Beliau berkata, sekiranya Exco dari parti itu berpendirian, mereka sepatutnya meletakkan jawatan secara ‘gentleman’ dan tidak perlu menunggu arahan daripada pemimpin mereka.
‘Amatlah memalukan sekiranya Exco berkenaan sanggup bertahan dalam kerajaan
negeri walaupun semua portfolio termasuk jawatankuasa kecil yang diang-gotai
mereka sudah dilucutkan,” ujarnya.
Tuan Guru Dato’ Menteri Besar melahir-kan rasa risau kerana Exco daripada
PMS46 itu hanya menerima gaji tanpa kerja dan bagaimana nanti untuk mereka
menjawabnya di hadapan Allah.
Beliau juga berkata apabila perlantikan Exco baru selesai dibuat, maka
pergolakan politik Kelantan dengan sendirinya akan selesai.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tabung Bantuan Pembinaan Madrasah Darul Annuar, Pulau Melaka yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Rakyat dan Adun-Adun Negeri Kelantan di tapak bangunan tersebut.
Untuk melicinkan pentadbiran kerajaan bagi memenuhi tanggungjawabnya kepada rakyat, Tuan Guru Dato’ Menteri Besar berkata kerajaan negeri sekarang yang mempunyai lima Exco termasuk beliau sendiri memikul portfolio yang dilucutkan daripada ahli PMS46 itu.
Menurut beliau kemelut di dalam Exco kerajaan yang berlaku sekarang
akan berakhir apabila kesemua Exco dari Parti Melayu Semangat 46 meletakkan
jawatan atau dipecat sehingga membolehkan dilantik Exco baru yang seiring
dengan kerajaan sekarang.