Yang berbeza dan tak berbeza

“Zul, bak po demo ucap guna perkataan 'hebat' dalam tulisan di ruangan 'Sirat Liku Tok Wakil' di dalam Buletin?” tanya seorang kawan yang sentiasa mengikuti tulisan saya di ruangan tersebut.
Saya jawab dengan penuh tanggungjawab, “Sebenarnya saya tak perasan.”

Lalu dia sambung lagi pandangannya. “Demo seba-gai Tok Wakil kena beringat, tidak saja perkataan, feel perangai dan kata-kata semua kena jaga, malah dalam semua hal, termasuk semasa demo nak tulis sesuatu demo kena fikir semua hal: penggunaan perkataan, mesej dan idea juga kena beringat.”

Saya amat berterima kasih atas kesudiannya membuat teguran.  Sesungguhnya de-ngan teguran itulah, insya' Allah, terpandu perjalanan ke-hidupan harian dan pemikiran  saya sebagai Tok Wakil.
Teringat saya kepada per-bincangan di dalam satu majlis usrah bulanan kawasan DUN Pulai Chondong baru-baru ini.  Di dalam majlis tersebut ada seorang pemuda bertanya kepa-da naqib, “Bak po gat orang sa-yang kepada Nabi walaupun ka-dang-kadang Nabi tegur orang secara berdepan; seperti orang yang masuk ke masjid terus duduk sedang nabi ber-khutbah, Nabi terus menegur supaya sembahyang dua rakaat dulu se-belum duduk di dalam masjid?”

Naqib pada malam itu  menjelaskan bahawa terdapat dua aspek yang perlu diambil berat dalam perhubungan Nabi dengan sahabat-sahabatnya. Nombor satu, mereka itu bera-pat sesama mereka, sehingga-kan seolah-olah hati mereka satu, dan yang kedua para saha-bat mengambil pandangan Nabi dengan penuh taat dan patuh.

Ini, kalau kita bawa ke dalam amalan harian, kita kena buat usrah supaya rapat dan kita kena terima kebenaran ilmu daripada sumbernya yang asli iaitu dari al-Quran dan Sunnah dan kitab-kitab, melalui lidah-lidah ulama sebagai penyampai.

Saya cukup terasa kebenar-annya apabila disaran begitu.  Sebenarnya, betapa jauhnya saya daripada boleh dikatakan rapat dengan rakyat sehingga ke peringkat begitu sedangkan saya wakil rakyat.  Tinggallah saya dengan satu angan-angan dan ikhtiar yang sedikit untuk merapatkan hati pemimpin de-ngan pengikut agar timbul satu masyarakat dan kepimpinan yang saling faham memahami dan berupaya melahirkan keharmonian berjamaah.

Saya mengambil kesempat-an untuk mengajak orang ramai, rakyat jelata supaya sentiasa rapat dengan pimpinan terma-suk Tok Wakil dan sampaikan sebarang pandangan dan tegur-an atas apa sahaja kesilapan.

“Ambo sebagai Tok Wakil, nak mintalah di dalam usrah ini supaya kita berterus terang.  Bukan sahaja dalam pujian tetapi juga dalam perkara yang tidak kena.  Ambo minta sung-guh, terutama daripada yang rapat dengan ambo dan orang kuat parti.”

Saya pun minta nasihat daripada majlis. Seorang ahli di penjuru dinding tempat berusrah itu bersuara dengan lantang. “Masalahnya, kita malu, Tok Wakil. Nanti gapo pula ore kata: Kita tegur Tok Wakil, kita seke mana?”

Ini saya jawab. Sebenarnya kita tak ada beza. Antara Tok Wakil dengan rakyat tak ada beza dari segi tugas sebagai muslim.  Yang berbeza cuma tugas pentadbiran.  Tapi, kita kena ingat, tugas pentadbiran itu adalah untuk kesempurna-an tugas sebagai  muslim.  Jadi, tidak ada masalah rakyat tegur apa tidak kena pada Tok Wakil.

Itulah juga harapan saya kepada semua bagi kelicinan usrah pentadbiran kita bagi memastikan tujuan kita sebagai muslim yang baik terlaksana. Insya' Allah.