Usaha tambahkan jumlah pelancong antarabangsa ke Kelantan

PIHAK-PIHAK  yang bertang-gungjawab dalam memperomo-sikan pelancongan ke Kelantan digesa supaya berusaha menarik lebih ramai lagi pelancong antarabangsa ke negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman, ketika berucap merasmikan Karnival Kebudayaan Kelantan 1998 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 1 September lalu ketika membuat gesaan itu berkata kunjungan pelancong antara-bangsa ke Kelantan masih lagi sekitar 350,000 - 400,000 orang.

Beliau mewakili YAB Tuan Dato’ Menteri Besar yang berada di Bukit Yong, sempadan Terengganu - Kelantan bagi menyerahkan baton Sukan Komonwel Kuala Lumpur 98. Menurut beliau jumlah pelan-cong antarabangsa ke Kelantan masih di takuk lama berbanding perkembangan pesat pelancong dalam negara ke Kelantan dari setahun ke setahun.

Beliau mencadangkan agar penulis-penulis pelancongan di peringkat antarabangsa diguna-kan untuk memperkenalkan Kelantan ke luar negara.

Beliau juga memberitahu usaha mengadakan promosi pelancongan ke Kelantan akan dilakukan oleh Pusat Penerang-an Pelancongan Kelantan sem-pena Sukan Komonwel Kuala Lumpur 98 ini di Suriya Kuala Lumpur City Centre (KLCC).