Kelantan hampir capai sasaran TMK 98 tarik 2.5 juta pelancong

DARI Januari sehingga Jun tahun ini Kelantan sudah dikun-jungi 1.5 juta orang pelancong, meningkat sebanyak 150,000 orang dibandingkan dengan tempoh masa sama tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut tahun ini jumlah perolehan turut meningkat iaitu mencapai RM550 juta. Demikian diberi-tahu oleh Pengerusi Jawatan-kuasa Kebudayaan, Pelancong-an, Belia dan Sukan, YB Abdullah bin Ya'kub ketika berucap di majlis perasmian Karnival Kebudayaan Kelantan 1998. Karnival dirasmikanoleh Timbalan Menteri Besar Kelan-tan, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada 1 September lalu.

Beliau berkata, sempena Tahun Melawat Kelantan 98, Karnival Kebudayaan Kelantan kali ini merupakan puncak acara sebagai mengambil kesempatan bulan September sebagai bulan Kelantan paling ramai dikunjungi pelancong.

Karnival Kebudayaan Ke-lantan berlangsung dari 1 Sep-tember hingga 10 September. Inilah kali ketiga karnival tahunan seperti ini dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan dengan dikendalikan oleh Pusat Penerangan Pelancong (TIC).

Beliau berkata karnival kali ini adalah lebih meriah kerana penyertaan bertambah besar. Seramai 2,211 peserta terlibat mengisi acara-acara karnival berbanding 2,017 peserta tahun lalu.
Katanya, pertambahan ini menunjukkan karnival anjuran Kerajaan Kelantan ini semakin mendapat sambutan.

Beliau memberitahu bahawa tahun ini penyertaan gerai jualan juga bertambah iaitu 248 buah berbanding 180 pada tahun 1997.

Ada lima acara permainan tradisional dipersembahkan sepanjang karnival ini seperti kertok, gasing dan dikir barat bertema, tambah beliau.

Katanya lagi, pada tahun ini juga diadakan hiburan berunsur dakwah seperti nasyid yang dilangsungkan pada waktu malam sebagai hiburan atau makanan rohani kepada para pengunjung karnival.