Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, kira-kira 12 kilometer dari Kota Baharu.
Beliau ialah anak yang kedua daripada isteri pertama Allahyarham Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar. lbu kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah Hajjah Aminah binti Abdul Majid yang sekarang ini tinggal bersama-samanya di Pulau Melaka. Lima daripada lapan orang adik beradik seibu sebapa dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang masih hidup ialah Nik Zainab, Nik Khadijah, Nik Azizah dan Nik Rozi.
Tiga orang adik beradik Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang telah meninggal dunia ialah Nik Hassan, Nik Abdul Rahman dan Nik Anuar.
Sebagai seorang anak kepada tok guru yang mempunyai disiplin yang kuat terhadap anaknya, maka sudah tentu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak dibenarkan bercampur gaul dengan kanak-kanak yang di luar pondok.
Beliau hanya dibenarkan berkawan dengan kanak-kanak yang berada di dalam kawasan Pondok Pulau Melaka.
Itu pun, bukan bererti semua kanak-kanak yang berada di dalam kawasan pondok itu dapat mendekatinya.
Tujuan utama almarhum ayahandanya menghalang anak lelakinya yang pertama itu bercampur gaul dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya adalah kerana dikhuatiri pengaruh luar pondok akan membentuk jiwanya yang masih belum diresapi oleh anasir-anasir luar pondok.
Beberapa orang penduduk Pulau Melaka dan Kedai Lalat yang saya temui, termasuk Tuan Haji Omar Abdullah yang tinggal tidak jauh dari Pondok Pulau Melaka, memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak pernah belajar dan memasuki mana-mana sekolah Melayu di sekitar Kedal Lalat.
Sebaliknya, bellau belajar menulis dan membaca jawi daripada ibunya, Hajjah Aminah binti Abdul Majid, pada waktu beliau berusia enam tahun. Ibunya juga telah mengajarnya membaca Al-Quran dan tajwid.
Apabila usianya tujuh tahun beliau telah diperintahkan oleh almarhum ayahandanya supaya mempelajari dan menghafal kitab-kitab nahu dan saraf, terrnasuk Matan Alfiah yang terkenal di kalangan para pelajar pondok sebelum Perang Dunia Kedua dahulu.
Menurut Ustaz Nik Abdullah Arshad, Ahli Parlimen Kawasan Pengkalan Chepa, Tuan Guru Haj i Nik Abdul Aziz merupakan seorang pelajar yang paling baik ingatannya pada waktu beliau mempelajari ilmu nahu dan saraf daripada almarhum ayahandanya.
"Kira-kira dalam usia lapan tahun beliau telah menghafal dan rnengingati Matan Alfiah, sebuah kitab nahu Arab yang sukar dipelajari.
'Tidak ramai pelajar yang lebih dewasa daripadanya yang mampu menghafal dan mengingati kitab Matan Alflah, tetapi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam usia lapan tahun sahaja telah menghafaz dan mengingati tiap-tiap satu kalimat dalam Matan Alflah itu," ujar Ustaz Nik Abdullah Arshad.
Sebagai seorang anak kepada Tok Guru, maka sudah pasti beliau telah mendapat didikan awal daripada orang tuanya dalam semua bidang ilmu sebelum melanjutkan pelajaran ke madrasah-madrasah atau pondok-pondok lain.
Dalam erti kata lain, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah pun dilengkapi dengan berbagal-bagai ilmu sebelum menghadapi guru-guru lain.
Dalam zaman pemerintahan Jepun, beliau bersama-sama ayahandanya, abang lparnya, Haji Nik Amat dan kakaknya, Nik Zainab, telah mengikuti kullah yang disampaikan oleh Allahyarham Maulana Tok Khurasan.
Menurut Encik Taib bin Tok Khurasan antara berpuluh-puluh orang Tok Guru di seluruh negeri Kelantan yang belajar dengan ayahnya dalam zaman pemerintahan Jepun, ada empat orang anak muda dalam umur belasan tahun yang turut belajar bersama-sama dengan alim ulama lain.
Empat orang anak muda yang dimaksudkan oleh Encik Talb Tok Khurasan itu ialah Encik Sulaiman Bahgia, adik beradik Hassan Yaakub dan Yusuf Zaki Yaakub dan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dari Kedai Lalat. Yang termuda antaranya falah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
'Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja yang termuda malah yang paling kecil sekah tubuh badannya di kalangan empat orang anak muda yang menuntut llmu dengan ayah saya pada waktu itu,' tambah Enclk Taib.
Antara Tok-Tok Guru yang turut berguru kepada Tok Khurasan pada waktu itu ialah Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mat Nazir, Haji Nik Mahmud, dua orang anak Mufti Haji Wan Musa iaitu Haji Nik Muhammad Salleh dan Haji Nik Muharmnad Mahyuddin, Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Nik Mat Alim Pulau Melaka (ayahanda Nik Aziz), Haji Said Kangkong (guru agama di Masjid Muhammadi, Kota Baharu), Tok Hakim Haji Wan Hassan (Kadi Besar yang pertama di Kelantan), Haji Ahmad Mahir Ismail (bekas Mufti Kelantan), Haji Daud Bukit Abal, Haji Muhammad Kerasak, Haji Ahmad Gong Dato', Haji Nik Abdul Rahman Sungai Budor, Ku Haji Syed Hassan Lemal, Haji Hussin Rahimi Bunut Payung, Haji Ahmad Tok Kenah Kubang Kerian, Ustaz Wan Ismail Wan Nawan Seberang Pasir Mas, Haji Nik Hassan Kubang Pasu, Haji Che Ismail, Lebai Man Perlis atau Haji Othman Bukit Besar, Ustaz Haji Nur bin Haji Salleh dan beberapa orang ulama lagi yang nama mereka tidak dapat dicatitkan di sini.
Bekas-bekas anak murid Tok Khuransan yang tersebut di atas telah diakui dan diiktiraf sebagai ulama pada waktu mereka belajar dengan Maulana Tok Khurasan dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah antara murid Tok Khurasan yang termuda dan terkecil sekali pada waktu itu.
Bayangkanlah, bagaimana seorang pelajar yang begitu muda dapat mengikuti mata pelajaran yang dipelajari oleh mereka yang sudah bertaraf ulama?
Kalau bukan calang-calang murid, maka sudah tentu beliau tidak akan dapat menangkap dan memahami kitab-kitab yang dibaca oleh Allahyarham Tok Khurasan itu.
Inilah satu bukti yang jelas bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang pelajar yang luar biasa yang dapat mengikuti semua pelajaran yang diulangkaji oleh alim ulama di hadapan Maulana Tok Khurasan sedangkan beliau baru berusia belasan tahun.
Masih terbayang dalam ingatan Encik Taib tentang watak dan peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pada waktu beliau belajar dengan ayahnya di Kampung Sireh dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
Beliau menyifatkan Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang pelajar agama yang mempunyai akhlak yang unggul dan budi pekerti yang mulia.
"Bagi saya tidak ada satu yang cacat dan cela di atas diri Haji Nik Abdul Aziz sejak muda lagi, dan sudah ada tanda-tanda yang beliau akan menjadi seorang peminpin Islam yang di hormati oleh semua pihak.
Beliau terkenal sejak muda lagi sebagai seorang pelajar yang warak, merendah diri dan tidak bercakap serta berceloteh tentang perkara-perkara yang tidak memberi manfaat," jelas En. Taib Tok Khurasan.
Encik Taib masih ingat lagi bahawa Haji Nik Abdul Aziz mamakai baju Melayu dan bersongkok baldu bulat serta berkain pelikat. Yang menarik lagi kata Encik Taib, ada kalanya Nik Abdul Aziz terpaksa bermalam di Kampung Sireh kerana abang iparnya tidak ikut belajar pada malam-malam yang tertentu. Menurut cerita Encik Taib lagi, Haji Nik Aziz lebih bersedia bermalam di bangsal runcitnya daripada bermalam di madrasah tempat beliau belajar.
'Walaupun adik saya, Shuib, tidur di atas madrasah itu tetapi saya tak hati sampat hati membiarkan anak Tuan Guru Haji Nik Mat Alim bermalam di madrasah. Oleh sebab itu saya mempelawanya bermalam di bangsal saya bila beliau tidak ditemani oleh abang lparnya Allahyarham Haji Nik Amat," jelas Encik Taib Tok Khurasan lagi.
Encik Taib berasa gembira kerana seorang daripada anak murid ayahnya telah diberi amanat untuk mentadbir negeri Kelantan. Beliau tidak meragui kemampuan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz untuk menjadikan negeri Kelantan sebagai model negeri Islam di Semenanjung ini.
Di samping mempelajari berbagai ilmu daripada almarhum Tok Khurasan, Tuan Guru Haji Abas, Mufti Haji Wan Musa dan beberapa orang Tok Guru lain, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga telah memasuki kelas khas di Jamek Ismaili yang diselenggarakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam zaman pemerintahan Jepun dahulu.
Jamek Ismaili ini ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk meningkatkan pengajian pondok ke peringkat yang setaraf dengan universiti-universiti lain di luar negeri.
Pengetua Jamek Ismaili ini lalah Allahyarham Haji Ismail Pontianak, bekas Mufti Pontianak, Indonesia. Tenaga pengajarnya terdiri daripada Haji Ahmad Mahir, Haji Nik Adib, Haji Said Kangkong, Haji Yaakub bin Haji Ahmad, Haji Nik Abdul Rahman bin Haji Nik Abdullah Khatib, Haji Nur Mufti dan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang.
Semua tenaga pengajar di Jamek Ismaili ini adalah terdiri daripada alim ulama yang ulung di negeri Kelantan dan kemampuan mereka untuk menjadikan Jamek Ismaili ini sebagai uriiversiti tidak boleh dipertikaikan.
Antara pelajar yang mengikuti kuliah di Jamek Ismaili ini ialah Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Yusof Zaid Yaakub, Haji Mustapha ldris, Ustaz Ariffin Awang, Nik Muhammad Mahyuddin Musa, Ustaz Azhari Abdul Rahman Melur, Haji Ismail bekas Imam Langgar, Haji Jaafar Abdul Samad bekas Kadi Kelang, Haji Muhammad Amin dan beberapa orang pelajar pilihan yang nama mereka tidak dapat dicatatkan di sini.
Tetapi sayangnya kerana, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan tidak meneruskan usahanya ke arah menjadikan Jamek lsmaili itu sebagai sebuah universiti Islam bagi menampung pelajar pondok di seluruh Nusantara.
Jamek Ismaili itu telah dapat berfungsi hanya pada zaman pemerintahan Jepun sahaja dan apabila British menjajah negara ini semula tidak ada usaha yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk menggerakkan Jamek Ismaili yang didokong oleh semua alim ulama yang terulung di Kelantan.
Akhimya, Jamek Ismaili itu hanya menjadi kenang-kenangan manis sahaja kepada bekas pelajarnya yang telah banyak menimba ilmu daripada institusi pengajian pondok moden yang luar biasa itu.
Saya telah diberitahu bahawa Jamik Ismaili ini tidak ada hubungannya dengan Jamek Merbau, dan yang ada hubungan dengan Jamek Merbau ialah Ma'ahad Muhammadi yang ada sekarang.
Kalau diperhatikan senarai nama-nama pelajar yang mengikuti kuliah di institusi pengajian ltu, maka jelaslah bahawa kedudukan Haji Nik Abdul Aziz dalam bidang pelajaran sudah setaraf dan setanding dengan beberapa orang pelajar agama yang terkenal pada waktu itu seperti Ustaz Yusuf Zaid, Nik Muhamad Mahyuddin Musa, Ustaz Ariffin Awang, Ustaz Mustapha ldris dan beberapa orang pelajar lain lagi, walaupun usianya baru belasan tahun.
Menurut Datuk Yusuf Zaki Yaakub, Jamek Ismaili ini hanya wujud dalam masa pemerintahan Jepun sahaja.
Pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah di Jamek Ismaili ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar pondok di sekitar bandar Kota Baharu.
"Hanya pelajar-pelajar agama pondok, termasuk pelajar agarna di Masjd Muhammadi, yang sudah mampu membaca kitab-kitab Arab dalam semua bidang ilmu sahaja yang diterima untuk mengikuti kuliah di Jamek Ismaili itu.
'Tujuan utama Jamek Ismaili ini diwujudkan ialah untuk membolehkan pelajar-pelajar pondok melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
"Kalau Jamek Ismaili itu masih wujud maka
sudah pasti ramai pelajar pondok telah dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
uriiversiti," jelas Datuk Yusuf Zaki Yaakub.