KEMANA ARAH TUJU KITA?

Bagai melukut tepian gantang, suara lantang dengar nya tiada, kudrat kita disangkal peraturan,peraturan kita dimamah kejahilan dicabul kedaulatan. Kemana arah tuju kita ?

YANG TELAH KITA LAKUKAN

Banyak usaha telah dijalankan, demonstrasi setiap Sabtu, boikot akhbar dilaksanakan, kelancangan suara di laungkan, GERAK ditubuhkan, penyatuaan puluhan ribu rakyat Malaysia dibuat membangkang menyeru supaya Dr M meletak jawatan. Apa lagi ya? Memo dilaksanakan,headlights on setiap Rabu, stick Reformasi dicetak dan diharamkan, Web Master melaungkan REFORMASI.

BAGAI MELUKUT TEPIAN GANTANG

Ramai pemuda Melayu kita jadi korban. Masa depan mereka tercalar kerana usaha menegakkan keadilan. Bukan nya mereka berpesta di Dataran Merdeka, bukan nya mereka bersuka suka di Kampung Baru. Kini mereka membayar. Membayar dengan begitu mahal sekali. Masa depan mereka tidak punya arah lagi . Siapa kelak akan membela nasib mereka pertiwi selagi Dr M masih Perdana Menteri?

Yang dipenjara , yang luka yang menderita disiksa dihina semua berlaku di negara ini, kerana undang undang negara yang luhur murni di laksanakan mengikut sesedap hati.Kita menjerit,melaungkan ketidakpuasan hati lalu kita sendiri dihina di nista dibumi merdeka ini.

Entahlah nasib pertiwi yang telah berbudi pada reformasi bagi mendaulatkan undang undang bagi meluhurkan perlembagaan tidak siapa akan peduli kerana mereka masih berkuasa dan sehingga bila tidak kita ketahui.

PEMBOHONGAN JELAS TERBUKTI

Tidak ada malu malu lagi. Terus pembohongan dijalani. Nampak jelas sekali.Menteri bagai tidak berwibawa lagi, bagai hilang maruah diri. Jawapan tidak pernah ada bagi persoalan yang ditujukan.

1. KEADILAN SIASATAN POLIS ATAS SIAPA MENDERA ANWAR

    Mana dia lapuran tersebut. MANA dia. KArangan cerita belum sedia siap lagi ke?

2. PERSOALAN PERUNDANGAN DAN SISTEM KEHAKIMAN

    Kes Sukma , Kes Munawar, Kes Dato Nalla, Kes Anwar Ibrahim semua tertanggung semua        tidak menyeluruh semua bagai sedang direka.

3. Jelas berpuluh puluh Peguam menyatakan kedaulatan Undang Undang tercemar, mana jawapan Dato Menteri semua.

YANG JELAS KERAJAAN SENDIRI TIDAK TAHU APA NAK DIPERLAKUKAN LAGI

Jawapan Menteri cuma berikut:

Kita beri sokongan kepada YAB PM Malaysia. Dia mesti ada sebab berpelaku sedemikian.

Kita tunggu Mahkamah bagi keputusan.

Polis kita adil dan tidak berat sebelah

Kita mesti bersatu dengan kerajaan.

BOSAN BOSAN BOSAN. Tidak ada satu jawapan bagi setiap soalan yang kami dikemukakan.

ENTAH LAH sampai ketika teras kekecewaan meyelubungi kita. Sampai ketika ketakutan menghantui kita, sampai ketika semangat jitu pudar dimamah waktu,sampai ketika semua berlalu, sampai ketika mereka yang berkorban,dipenjara menyesali waktu, sampai ketika kita terima,kezaliman pada rakyat kita.

ENTAHLAH  arah tuju kabur dan gelap tanpa cahaya menebusinya. Segala usaha tanpa jaya. Patutkan kita duduk sahaja. Patutkah kita berdiam diri sahaja , patutkan kita menerima dan berserah sahaja pada Allah yang Maha Kuasa.Mungkin itulah sahaja lah yang perlu kita buat. Kita tawakal dan sembahyang memohon agar semua berubah. Dengan ini mungkin kita selamat dari dipukul FRU dan SB, mungkin kita selamat dari ISA, mungkin kita tidak dipenjara . Mungkin itu sahaja patut kita lakukan.

MUNGKIN ...........kerana kederat disambar patahnya semangat....................

Komentar