LENCANA SEKOLAH SJK(C) MALIM

UKURAN SEBENAR

Panjang : 60 cm Lebar : 50cm

 

WARNA

Merah - Keberanian Kuning - Keluhuran Biru - Bersatupadu

 

LAMBANG- LAMBANG

Tiga bulatan - Tiga kaum besar yang bersatupadu

Api - Menuju ke arah yang cerah

Buku dan pen - Pengetahuan

 

UNGKAPAN KATA

- Jujur - Teguh - Rajin - Cermat

 

Jujur membawa maksud lulus hati, tulus dan ikhlas. Dengan cogan kata ini,

murid-murid akan menggunakan atau mempraktikkan nilai moral kejujuran ini dalam

kehidupan mereka. Seseorang yang jujur tidak akan membuat sesuatu yang dikatakan

keluar batas dari segi nilai moral. Orang yang jujur akan sentiasa dipercayai dan

dihormati oleh orang lain.

 

Teguh membawa maksud kukuh, kuat, erat, tidak merosot dan tidak berubah

dari segi iman, hati dan pendirian. Seseorang yang memegang prinsip berteguh hati

dalam melakukan sesuatu hal tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain dan akan

mendapat kejayaan.

 

Rajin adalah satu nilai moral yang patut dipelihara oleh semua orang murid.

Murid-murid hendaklah sentiasa suka bekerja giat, tekun dan belajar bersungguh

-sungguh supaya mendapat kejayaan yang lebih cemerlang. Murid-murid hendaklah

menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu setiap hari.

 

Cermat merupakan satu nilai moral yang amat perlu dipelihara oleh murid-murid.Seseorang murid yang mengamalkan nilai moral bercermat dalam kehidupannya akan sentiasa berhati-hati, tidak gopoh atau tidak cuai ketika membuat sesuatu pekerjaan.

Mereka tidak boros atau membazir ketika membelanja atau menggunakan sesuatu.

 

Keempat-empat cogan kata sekolah kami ini bertujuan mendidik dan membimbing murid-murid supaya menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab

, berdikari, berjimat, rajin berusaha dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan

negara kita.

 


aluan | sejarah | carta_organisasi | motto | guru | b.guru | profil |aktiviti|kurikulum | sekolah_siber | kementerian pendidikan