SEJARAH
SEKOLAH 6.
Bangunan Baru Dan Pentadbiran 7.
Kemudahan Sekolah Pada Masa Sekarang Pada awal tahun 50-an iaitu Zaman Penjajahan British,
Bahasa Inggeris adalah satu bahasa penghantaran amat
mencabar ketika itu kerana bahasa tersebut mempunyai nilai
ekonomi yang begitu tinggi. Melalui kesedaran dari penduduk
di kawasan Masjid Tanah ini betapa perlunya diadakan sebuah
sekolah Inggeris, dengan harapan lebih ramai anak-anak
tempatan dsari kawasan yang berdekatan dapat menikmatinya.
Secara kebetulan pada masa tersebut, orang yang benar-benar
berkemampuan dan golongan berada sahaja yang dapat
menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris yang terletak di
bandar Melaka. Dengan itu, salah seorang anak tempatan di sini telah
tampil kehadapan untuk mengemukakan cadangan bahawa perlunya
sebuah sekolah Inggeris didirikan untuk menampung
pembelajaran anak-anak tempatan pada waktu tersebut.
Dermawan itu ialah Allahyarham Datuk Tambichik Karim,
DKSJ, JP iaitu seorang wakil rakyat Kawasan Sungai Baru
& Exco Kerajaan Negeri Melaka. Beliau juga pernah
menjadi wakil Gabenor Melaka ke persidangan Majlis Raja-Raja
Melayu, bekas Guru Besar dan juga Pengasas Penyatuan
Masyarakat Kawasan Masjid Tanah. Sekolah ini telah dibina oleh pihak kerajaan pada masa
tersebut dan mula digunakan pada 12hJanuari 1953 dengan
nama " Masjid Tanah English School "@ MTES yang
mempunyai 6 buah bilik darjah (bangunan bawah pada masa
sekarang). Pada masa itu, muridnya seramai 153 orang. Guru Besarnya
ialah En. Tan Gim Ann bersama 4 orang guru penolong iaitu
En. George Thomas, En. Lim Kim Loon, En. Chin Peng Lam dan
En. A. Ramasamy. En. Ramasamy bertugas hanya beberapa bulan
sahaja dan digantikan dengan En. Joned Bin Mohd Ali. Pada
mulanya hanya 4 buah bilik darjah sahaja yang diguanakn
dengan nama " Special Malay 1", "Special English 1", "
Standard 1A" dan " Standard 1B". Pada ketika itu bekalan
air, elektrik dan kemudahan moden masih lagi tidak
disediakan berserta padang yang tidak lengkap
sepenuhnya. Sungguhpun dalam keadaan serba kekurangan namun
pencapaian prestasi pelajaran murid-murid pada masa itu
sangat memuaskan. Pada masa sekarang, masih terdapat lagi
bekas-bekas anak-anak murid sekolah Inggeris ini yang telah
memegang jawatan tinggi dan berjaya dalam hidup. Tanah tapak sekolah ini pada mulanya adalah kepunyaan
Tn. Hj Hassan Bin Hj. Abdullah adalah seorang bekas
Guru Besar dan beliau ialah anak watan di sini. Keluasan
tanah mengikut ukuran yang dinyatakan ialah 3 ekar 13 rod
17 pol. Bangunan asal yang didirikan telah dirasmikan oleh
Tuan Residen Pesuruhjaya Tinggi Melaka (Resident
Coimmissioner OF Malacca ) iaitu Tuan G. E. C. Wisdon pada
26 Januari 1953. Nama sekolah ini asalnya ialah Masjid Tanah English
School kemudian bertukar kepada SR Sungai, Masjid
Tanah Satu. Akhir sekali dengan kehendak dan persetujuan
LPS dan PIBG sekolah ini maka sekolah ini ditukar nama
kepada Sek. Ren. Datuk Tambichik Karim pada tahun 1978.
Nama tersebut dipilih kerana jasa yang telah diusahakan
sebagai pengasas yang telah mewujudkan sekolah ini dahulu.
Pada awal 1998 arahan dari Kementerian Pendidikan Malysia
dan Jabatan Pendidikan Melaka sekolah ini diberi nama
Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim, dalam
gred A antara sekolah di Masjid Tanah Pada tahun 1969 kerajaan telah membina sebuah bangunan
baru tiga tingkat. Bangunan ini dibina untuk menampung
pertambahan murid setiap tahun dan telah berjumlah 1493
orang dengan dua sesi iaitu pagi dan petang. Memandangkan keadaan ini pada tahun 1970 pihak Jabatan
Pelajaran Melaka telah membahagikan dua pengurusan
pentadbiran kepada sekolah iaitu dengan melantik dua orang
Guru Besar. Seorang Guru Besar mentadbirkan sekolah SRK Sungai Baru
Satu dan seorang lagi mentadbirkan SRK Sungai Baru Dua. Pada 21 Julai 1978 sekolah Sr Sungai Baru Dua telah
dipindahkan ke tapaka dan bangunan baru yang diberi nama SRK
Sri Laksamana di Bukit Beringin, Masjid Tanah. Kemudahan
Sekolah Pada Masa Sekarang Di antara kemudahan-kemudahan sekolah yang terdapat di
sekolah ini pada masa sekarang ialah sebuah Klinik Kesihatan
Pergigian , Bilik Pss, perpustakaan, Bilik T. V Pendidikan,
padang berumpuit, padang bersimen, sebuah kantin yang dibina
bersama bangunan tiga tingkat, bilik-bilik darjah yang cukup
beserta kemudahan asas seperti air, api dan telefon. Catatan atau maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan
pada: Dikemaskinikan oleh PAR, SKDTK 98/99 (En. Rosli Bin
Sulaiman) Pada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ( Unit
Pembangunan ) telah meluluskan/ menjalankan satu projek
pengubahsuaian lantai pejabat sekolah,bilik guru,bilik PSS
dan bilik perpustakaan pada tahun 1997. Terdapat juga satu penambahan bilik khas kawalan
kebakaran untuk BOMBA yang dibina di hujung bangunan tiga
tingkat bersama-sama dengan penambahan ruangan belakang
kantin. Sekolah ini juga digunakan oleh Sekolah Agama JAIM pada
waktu petang. Pada tahun 1998 Jabatan
Pendidikan Melaka ( Unit Pembangunan ) telah meluluskan
satu projek Sistem Pendawaian Lama Ke
Baru di bangunan tiga tingkat dan siap pada bulan
April 1998. Tambahan juga dibuat oleh pihak PIBG dan kelab kebajikan
guru & kakitangan serta derma orang perseorangan untuk
membuat garaj kereta guru yang terletak di bangunan atas (
padang bersimen ) pada tahun 1997.