Ucapan alu-aluan Pengetua.

  Bismillahirrahmannirrahim.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia serta rahmatnya laman web Sek Men.Keb.Air Molek dapat disempurnakan.

Terima kasih juga kepada En Yong dan Ahli Jawatan Kuasa yang menyediakan bahan dan mengemaskinikan laman web sekolah ini. Semoga usaha gigih mereka akan berterusan dan segala maklumat terkini sekolah ini dapat dimuatkan dan mutunya juga dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Menjelang alaf baru yang serba mencabar ini segala ilmu dan informasi perlu sentiasa terkini,tepat dan cepat.Saya sangat berharap agar laman web sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutamanya para pelajar dan pendidik demi untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan yang melibatkan penggunaan teknologi komputer khususnya dan bidang-bidang lain amnya.

Diharapkan laman web Sek.Men.Keb.Air Molek sentiasa terus memuatkan paparan yang bermutu,menarik dan berkualiti untuk faedah bersama,Insyallah.

 

Selamat Maju Jaya

 

Mismy Mohamad

Pengetua S.M.K.A.M.

Melaka.