Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas ( SMKN ) yang terletak kira - kira 50 km dari bandar Melaka wujud setelah timbulnya kesedaran masyarakat setempat tentang pentingnya pendidikan anak-anak mereka. Isu pembukaan sekolah baru ini dikemuka dan dibincangkan di semua peringkat kepimpinan DUN Bukit Asahan .

Kajian mengenai lokasi dan sekolah penyalur selesai dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Melaka pada 6 Ogos 1993 . Akhirnya persetujuan telah dicapai untuk menumpang buat sementara di Sekolah Kebangsaan Nyalas untuk sesi persekolahan 1993 / 1994 pada sebelah petang .
Upacara penyerahan kunci telah diadakan di antara pihak pemaju Gading Binaan Sdn. Bhd. dengan Jabatan Pendidikan Melaka yang diwakili oleh En. Ashari B. Hassan dari Unit Pembangunan dan Pembekalan JPM. Bangunan SMKN yang dibuat melalui pembinaan pasangsiap diduduki secara rasminya pada 1 Disember 1994 .

Murid perintis terdiri daripada
145 orang . Mereka merupakan pelajar Tingkatan Peralihan seramai 23
orang dan pelajar Tingkatan Satu berjumlah 122 orang .
Bagi sesi 1994 / 95 berlaku pertambahan pesat pelajar yang berjumlah
210 orang . Manakala sesi 1995 / 96 pelajar SMKN berjumlah 532 orang
.
Penyalur bagi SMKN adalah
terdiri daripada beberapa buah sekolah yang terdapat disekitarnya
iaitu Sek. Ren. Keb. Nyalas , Sek. Ren. Keb. Masjid Baru , Sek. Ren.
Keb. Felda Bukit Senggeh , Sek. Ren. Jenis Keb.
( Cina ) Toon Hua , Sek. Ren. Jenis Keb. (Tamil ) Bukit Keledek dan
Sek. Ren. Jenis Keb. ( Tamil ) Air Kuning ,Tampin .