SEJARAH SEKOLAH

 

Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pendididkan, pada 1hb. Januari 1965 sepuluh buah kelas yang terdiri daripada 362 orang murid lelaki berasal dari penduduk persekitaran 15 Km iaitu Kampung Bacang, Kg. Sungai Putat, Batu Berendam, Peringgit, Bukit Beruang, Bukit Katil, Bukit Pulau, Air Keroh dan kampung-kampung berhampiran telah memulakan asas penubuhan sekolah ini. Pada mulanya ia menumpang belajar di Anglo Chinese School, Melaka.

 

Pada 1hb. Januari 1966 berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Durian Daun (kini dikenali Sekolah Men. Keb. Tun Tijah). Kemudian pada 1hb. Januari1967 berpindah pula ke Sekolah Menengah Rendah Satu Batu Berendam, Melaka. Kemudian namanya ditukarkan kepada SEKOLAH TUN MUTAHIR (kini dikenali sebagai S.M.K.TUN MUTAHIR).

 

Pada 17hb. Januari 1968, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin Johari. Selaku Menteri Pelajaran Malaysia masa itu. Bermula tahun 1976, pengambilan murid-murid peralihan telah dimulakan. Pada 1hb. Januari 1979 pengambilan murid-murid perempuan telah dibuat. Pada tahun 1989, buat pertama kalinya pelajar-pelajar sekolah ini mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Ini disusuli pula dengan pengwujudan aliran sains tulin bermula 3hb. Disember 1991.

 

Kini sekolah ini telah mempunyai seramai 1,265 orang murid dengan 76 orang guru dan 15 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini juga mempunyai kelas pendidikan khas pelajar cacat pendengaran yang diintegrasikan

 

 

SCHOOL HISTORY

 

In line with the growth and development of education , on the 1st of Januari 1965 , ten classes with 365 male students from the population of around 15 km radius i.e Kampung Bacang , Kampung Sungai Putat , Batu Berendam , Pringgit , Bukit Beruang Bukit Katil , Bukit Pulau , Ayer Keroh , and the nearby villages had begun the foundation for this schools formation. In the beginning , the students had to put up at the Anglo Chinese School Malacca .

 

On the 1st of January 1966 , they moved to Durian Daun Primary and Secondary Boys School (now known as Sekolah Tun Tijah ). Then , on the 1st January 1967 , it moved to Batu Berendam First Lover Secondar School , Malacca. Afterwards , the was changed to SEKOLAH TUN MUTAHIR MALACCA.

 

On the 17th of January 1968 , this School was officially opened by Yang Berhormat En . Mohd Bin Johari as the Education Minister at that time. Since 1976 , the remove class had begun. In 1989 , the Sijil Pelajaran Malaysian began for the first time in the School. On the 3rd December 1991 , the general Science stream was started .

 

Now this School has 1,265 students , 76 teachers and 15 non-academic staff. This school also has an integrated hearing impaired classes.