


![]()
Buku-buku Terpilih
Tajuk Buku: Kursus
Berfikir TinggiInilah buku yang mengemukakan teori-teori dan teknik-teknik berfikir untuk peringkat maktab, universiti dan profesional.
Menerangkan kelebihan dan kekurangan tradisi pemikiran barat yang didirikan oleh Socrates, Plato dan Aristotle.
Pemikiran terbaru ciptaan Edward de Bono iaitu Pemikiran Lateral dan Pemikiran Paralel.
Menerangkan cara-cara menggunakan pelbagai stail berfikir untuk mencipta strategi, taktik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
![]()

Sebuah keluarga yang materialistik dan menyimpang dari tata susila dan lunas-lunas kelslsman. Longgarnya ikatan kasih sayang dari ibu bapa menyebabkan Ambang menikahi Leman, seorang pemuda miskin. Inang pula dikongkong oleh keluarganya dan berasa amat rindu akan kasih mesra dari seorang lelaki. Adiknya Junico membunuh diri setelah gagal dalam percintaan hendak memiliki hati seorang gadis. Perhubungan seorang janda beranak tiga dengan seorang pemuda bernama Badik yang diragui sejauh mana kejujuran dan keikhlasan mereka. Memaparkan secara panjang lebar jurang antara si kaya dan si miskin di mana si miskin belum tentunya miskin hati dan budi mereka.
![]()
Tajuk Buku: Sejarah
MelayuBertolak daripada hipotesis bahawa Sejarah Melayu merupakan sebuah dokumen kebudayaan, maka kajian yang termuat dalam buku ini adalah untuk membuktikan sejauh manakah kebenarannya hipotesis tersebut dan sekaligus cuba menunjukkan bahawa Sejarah Melayu adalah satu sumber pensejarahan yang penting. Penulis telah menekankan beberapa aspek budaya dalam kajiannya itu untuk melihat kedalaman dan kemantapan budaya Melayu masa lampau.
![]()

Anda dapat menemukan kebahagiaan dan kejayaan hasil saranan Dr. Sidney Bremer sebagaimana yang telah dicapai oleh orang-orang di seluruh dunia! Dalam edisi yang best seller ini, dengan tepat dia menunjukkan bagaimana memecahkan persoalan-persoalan yang sentiasa mengganggu anda. Dia menunjukkan jalan menuju kejayaan dan motivasi dalam bekerja. Dia membantu anda menjadi seorang yang berperibadi lebih menarik. Dia mengungkapkan rahsia kejayaan dalam perkahwinan dan keluarga. Dia menerangkan bagaimana kegagalan boleh diubah menjadi kejayaan... bagaimana kekuatiran boleh dikurangi... bagaimana kelemahan boleh menjadi kekuatiran... bagaimana anda boleh menjadi pemimpin, bukan pengikut.
Ketiga-ratus-enam-puluh-enam esei dalam buku ini, yang disusun dalam bentuk per hari dalam setahun, adalah kunci untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Anda boleh memperolehinya dan menikmati hidup yang lebih bermakna, kaya dan bahagia, seperti yang anda impikan.
![]()