LAMUNAN
Lambaian ingatan yang lampau
Yang kerap memanggil ku dengan sayu
Kini semakin sayup dan jauh
Lalu tidak kedengaran.....
Terjaga aku akhirnya dari lamunan
Yang hanya menjanjikan kepalsuan
Dan di dalamnya, semuanya hanyalah kemungkinan
Tiada yang nyata, diselimuti keengkaran....
Terjaga diriku dari lamunan ini
Oleh tangan yang mencapai
Menarik ku kembali ke alam ini
Dan memberi harapan kembali
Bahawa kehidupan nyata ini
Hendaklah diharungi, dikecapi
Dan dipelajari........
Aku bersyukur
Bahawa masih ada yang bersimpati
Lalu menyelamatkan aku
Dari kegelapan.....
Lantas aku sedar
Bahawa kebahagiaan tidak boleh dikecapi
Melainkan aku sabar, dan tabah
Mengharungi hidup
Dan percaya kepada takdir dan Ilahi
Bahawa jalan kesejahteraan akan ku temui
AJR - 9/6/96