|
Thursday, 12-Feb-2004 10:55 AM
PRESTASI PM SELEPAS 100 HARI
Selama 22 tahun
pemerintahan otokratik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad,
telah berakhir. Namun, warisan peninggalannya, dalam dasar-dasarnya,
pencabulan hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa yang banyak
telah menghalang pembangunan Malaysia dan institusi-institusi awam
negara.
Banyak perkara yang
perlu ditangani oleh kerajaan. Ini termasuk tahap hak asasi manusia
yang semakin merosot, pencabulan hak individu termasuk kebebasan
akbar, kebebasan kehakiman dan semua institusi awam, ketidak telusan
dalam menyiasat skandal kewangan, rekod prestasi polis yang teruk,
dan bermacam lagi.
Perdana Menteri
Abdullah Ahmad Badawi menyatakan komitmennya, memantapkan budaya
demokratik dalam ucapan sulungnya sebagai PM. Ralyat menggesa PM
yang baru untuk mengambil peluang ini memulakan bab yang baru dan
membetulkan mana-mana kesilapan lalu.
Keadilan termasuk
67 badan-badan bukan kerajaan dan kumpulan hak asasi manusia yang
lain, telah menyerahkan Memorandum Bersama kepada Perdana Menteri
Abdullah Ahmad Badawi, Ke arah merubah negara “100 hari untuk bertindak!”
pada 13 November 2003 yang lalu.
Terdapat 11 prasyarat asas yang perlu dilaksanakan
dengan kadar segera. Penting bagi Perdana Menteri dan pentadbiran
baru laksanakan dalam tempoh 100 hari agar tercapai harapan semua
untuk membawa perubahan kepada Malaysia.
Pada pagi 10 Februari 2004 baru-baru ini 68
buah pertubuhan termasuk kumpulan wanita, kumpulan masyarakat, parti
politik dan kumpulan hak asasi mengadakan sidang media di Selangor
Chinese Assembly Hall. Sidang media tersebut adalah rentetan daripada
sidang media yang diadakan pada 13 November 2003. Selepas itu, jawatankuasa
ditubuhkan untuk mengikuti prestasi Perdana Menteri berdasarkan
sebelas isu yang dibangkitkan dalam senarai harapan yang diserahkan
kepada Perdana Menteri.
Setelah 100 hari menjadi Perdana Menteri, rekod
prestasi Abdullah dalam 11 isu yang dikemukakan telah dicatatkan
seperti di bawah. Perdana Menteri telah mengambil inisiatif positif
dalam tiga perkara – rasuah, kuasa polis dan projek mega, sementara
amat kurang dalam kebanyakan perkara lain. Anda sebagai rakyat dapat
menilainya, samada baik atau sebaliknya.
|
Bil
|
Tajuk
|
Isu/tuntutan
|
Respon Perdana Menteri
|
|
1.
|
Perpaduan
nasional dan Pluralisma
|
Membuat Akta Hubungan Kaum dan mewujudkan Surhanjaya Hubungan Kaum
untuk tangani perkauman dan diskriminasi perkauman
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
2.
|
Demokrasi
|
Menghadkan tempoh dalam jawatan bagi Perdana Menteri
dan Ketua Menteri selama 2 sesi sahaja
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Mewujudkan kumpulan kerja Parlimen untuk perkenalkan
semula pilihan raya majlis tempatan dan pilihan raya Senator-senator
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
3.
|
Hak
Awam dan hak politik
|
Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Mansuhkan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,
Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Rahsia Rasmi, Ordinan
Darurat, Public Order Preventive Ordinance dan Akta Dadah
Merbahaya – Langkah Pencegahan Khas
|
TIADA PERUBAHAN
Undang-undang Darurat masih digunakan ke atas mereka yang
mahkamah telah bebaskan kerana tiada cukup bukti.
|
|
Meminda Akta Polis, Akta Pertubuhan dan Akta Kesatuan
Sekerja sejajar dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa
|
Tindakan yang ke belakang dengan
memperkenalkan pindaan yang sebenarnya ‘undur’ kepada Kanun
Keseksaan.
Beberapa perjumpaan ‘Bebaskan Anwar’telah disuraikan oleh
polis, dengan laporan polis mengenai keganasan dan ramai
yang terpaksa dapatkan rawatan perubatan. Enam (6) orang telah
ditahan semasa perhimpunan tersebut.
|
|
Memberi kuasa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia dan melaksanakan saranan-saranan yang dibuat oleh
Suruhanjaya kepada Parlimen semenjak tahun 2000
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Membebaskan tahanan politik yang terkenal di Malaysia
- Anwar Ibrahim
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Mendesak Pejabat Peguam Negara agar menyokong permohonan
rayuan oleh Mohd. Ezam Mohd Noor dan Irene Fernandez supaya
menolak segala tuduhan ke atas mereka
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Mendesak Pejabat Peguam Negara agar menggugurkan segala
tuduhan berkaitan kebebasan berkumpul dan keebasan bersuara
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Membebaskan semua tahanan ISA atau mendakwa mereka
di mahkamah
|
Berkuatkuasa, dengan beberapa tahanan 2 tahun kononnya ahli
KMM/JI diperbaharui. Beberapa pelajar juga menjalani perintah
tahanan dua tahun.
Tahanan daripada al-Maunah dibebaskan semasa Hari Raya.
|
|
Menamatkan empat pengisytiharan Darurat pada tahun
1964, 1966, 1969, dan 1977
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Menandatangani dan mengesahkan Perjanjian Antarabangsa
mengenai Hak Awam dan Politik; Perjanjian Antarabangsa mengenai
Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya; dan Perjanjian menentang Seksaan
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
4.
|
Ekonomi & Khidmat Sosial
|
Mengisytiharkan satu moratorium ke atas semua projek
penswastaan dalam negara
|
TIADA PERUBAHAN
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri berkata
semua penswastaan akan semak dan diluluskan berdasarkan kriteria
baru iaitu sustainability, kos efektif, kesesuaian dan keperluan.
Projek Landasan Berkembar ditangguhkan sementara, menunggu
proses tender yang baru.
Empangan Hidroelektrik Bakun diteruskan dengan tender pembinaan
dibuka semula
|
|
Mengisytihar ‘moratorium’ ke atas pelaburan KWSP sehingga
satu audit bebas dibuat ke atas prestasinya selesai
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Menghentikan pengkorperatan sistem khidmat kesihatan
nasional
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Menghentikan tindakan pengusiran secara paksa; Tingkatkan
bilangan dan kualiti perumahan kos rendah dan memberi geran
tanah kepada kampong-kampung yang sedia ada dan penempatan
penduduk bandar, pekerja ladang dan penduduk kampong baru
|
Pengusiran masih berlaku
|
|
Mewujudkan pengagihan dan ketetapan harga perumahan
kos rendah untuk keluarga miskin satu sistem perundingan yang
lebih telus dan adil
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Menyokong dan membentang kepada Parlimen bil cadangan
NGO mengenai Individu-individu yang Kurang upaya
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
5
|
Rasuah
|
Melantik semula Badan Pencegah Rasuah supaya ia bebas
dan bertanggungjawab kepada Parlimen
|
Kerajaan menandatangani Perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu mengenai Rasuah
BPR melakukan beberapa serbuan ke atas syarikat-syarikat;
penyiasatan profil tinggi dan tangkapan dibuat sehingga kini.
Sebuah Akademi Anti Rasuah ditubuhkan
di Malaysia
Kes-kes rasuah yang tertangguh lama yang telah dilaporkan
kepada BPR melibatkan ahli-ahli politik dan ahli keluarga
mereka, tidak disiasat atau diselesaikan.
|
|
Membuat peraturan bagi semua
wakil dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen supaya mengisytiharkan
asset mereka kepada umum
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
6.
|
Pendidikan
|
Meningkatkan sumber dan kemudahan di sekolah-sekolah
terutama sekolah-sekolah luar bandar dan di Malaysia Timur.
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Menambah sekolah-sekolah Cina dan Tamil bersama subsidi,
sumber dan kemudahan, seperti yang telah dijanjikan semasa
PR 1999; Menyambung semula bantuan persekutuan kepada Sekolah
Agama Rakyat; Meminda Akta Pendidikan 1996 yang mencerminkan
dasar pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Ordinan
Pendidikan 1957 yang memastikan pendidikan bahasa ibunda untuk
semua
|
TIADA PERUBAHAN
Kementerian Pendidikan mengarahkan
24 sekolah rendah jenis Cina yang rendah bilangan murid untuk
tutup atau bergabung dengan sekolah lain. Tetapi oleh sebab
pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi, keputusan tersebut
ditarik balik.
RM 250,000 jumlah yang tidak mencukupi diberi kepada 125 buah
sekolah jenis Tamil.
|
|
Menyemak semula program POL dengan tujuan memperbaiki
penyampaian, kualiti dan akses
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Membuka semula SRJK (C) Damansara, Selangor
|
TIADA PERUBAHAN
Sekolah tersebut, baru-baru ini digunakan oleh Kementerian
Pendidikan sebagai depot setor.
|
|
Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan
menarik balik ‘Aku Janji’ untuk memastikan kebebasan akademik
dan kebebasan berpersatuan dan bersuara
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Laksanakan sistem kemasukan berdasarkan merit yang
sebenar ke IPT dan memberi peluang yang sama untuk mendapat
pendidikan kepada semua pelajar, berdasarkan ‘means-tested
sliding scale’.
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
7.
|
Wanita
|
Mengesahkan dan mengadakan kumpulan kerja bersama
Parlimen dan Kementerian Pembangunan Wanita untuk melaksanakan
Agenda Wanita untuk Perubahan 1999”
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
8.
|
Kebebasan
akbar
|
Memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta
Rahsia Rasmi
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Membuat Akta Kebebasan Maklumat
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
9.
|
Pekerja
|
Meluluskan sistem gaji minima untuk semua pekerja
seperti yang disyorkan oleh Malaysian Trade Union Congress
(MTUC)
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Meluluskan sistem gaji bulanan bagi pekerja ladang
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Mengiktiraf hak pekerja untuk mengadakan dan menjadi
ahli kepada kesatuan sekerja; Mempercepatkan pengiktirafan
kesatuan sekerja bagi sektor elektronik
|
TIADA PERUBAHAN
|
| |
|
Mengesahkan semua dasar Persetujuan Pertubuhan Pekerja
Antarabangsa terutama C87 Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan
kepada Hak untuk berpersatuan 1948
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Mengesahkan Persetujuan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai
Pekerja Asing
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Melaksanakan Skim Pemberhentian Kebangsaan atau National
Retrenchment Scheme (NRC) untuk menjaga kebajikan pekerja
yang menghadapi ‘retrenchment’
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
10
|
Institusi
Awam
|
Mewujudkan Suruhanjaya di Raja Siasatan untuk menyiasat
semua kes-kes salahguna kuasa polis, kematian semasa dalam
tahanan polis, penembakan oleh polis dan keganasan polis.
|
Suruhanjaya DiRaja diwujudkan bagi institusi Polis, Hak Asasi
Manusia sebagai salah satu perkara yang akan disiasat
|
|
Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Kehakiman untuk memastikan
prosidur yang lebih telus dan sistematik bagi perlantikan
kehakiman yang akan datang.
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
11.
|
Rakyat
Pribumi
|
Mengiktiraf hak milik tanah tradisi dan tinggalan
nenek moyang komuniti pribumi
|
TIADA PERUBAHAN
|
|
Menyokong dan meluluskan Draf Deklarasi Bangsa-bangsa
Bersatu mengenai Hak Rakyat Pribumi yang akan diluluskan dalam
Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.
|
TIADA PERUBAHAN
|
Berikut
adalah 68 buah badan-badan bukan kerajaan yang menyokong memorandum
tersebut:
1.
Alaigal
2.
Aliran Kesedaran
Negara (ALIRAN)
3.
All Women’s Action
Society (AWAM)
4.
Ayer Keroh Consumer
Association
5.
Borneo Resources
Institute Malaysia (BRIMAS)
6.
Centre For Orang
Asli Concerns (COAC)
7.
Child Development
Initiative (CDI)
8.
Civil Rights
Committee, Selangor Chinese Assembly Hall (CRC)
9.
Community Development
Centre (CDC)
10.
Democratic Action
Party Socialist Youth (DAPSY)
11.
Era Consumer
Malaysia (ERA)
12.
Federation of
Malaysia Consumer Association (FOMCA)
13.
Free Media.Com
14.
Gerakan Selamatkan
Sekolah Agama Rakyat (GEGAR)
15.
Group of Concerned
Citizens
16.
Indigenous Peoples
Development Centre (IPDC)
17.
Institut Kajian
Dasar (IKD)
18.
Institute for
Social Analysis (INSAN)
19.
Jawatankuasa
Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
20.
Jawatankuasa
Sokongan Peneroka Bandar Johor (JSPB Johor)
21.
Klang Consumer
Association
22.
Kuala Lumpur
and Selangor Youth Graduates Society
23.
Kumpulan Aktivis
Media Independen (KAMI)
24.
Kumpulan Kemajuan
Masyarakat (KKM)
25.
Labour Resource
Centre (LRC)
26.
Malaysia Youth
& Student Democratic Movement (DEMA)
27.
Malaysian Local
Democracy Initiative (MALODI)
28.
Melaka Environmental
Association
29.
Pahang Association
of Consumers (PAC)
30.
Parti Islam SeMalaysia
(PAS)
31.
Parti Keadilan
Rakyat (KeADILan)
32.
Parti Reformasi
Insan Malaysia (PRIM)
33.
Parti Sosialis
Malaysia (PSM)
34.
Partners Of Community
Organisation, Sabah (PACOS)
35.
Penang Anti-ISA
Network (PAIN)
36.
Penang Consumer
Protection Association (PCPA)
37.
People Service
Organisation (PSO)
38.
Perak Consumer
Association (PCA)
39.
Perak Environmental
Association
40.
Persatuan Kebangsaan
Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM)
41.
Persatuan Masyarakat
Negeri Selangor (PERMAS)
42.
Persatuan Sahabat
Wanita Selangor (PSWS)
43.
Pertubuhan Jamaah
Islah Malaysia (JIM)
44.
Police Watch
and Human Rights Committee
45.
Pusat Komunikasi
Masyarakat (KOMAS)
46.
Rakan Perjuangan
Peneroka Bandar (RAKAN)
47.
Red Rose Youth
Centre
48.
Sarawak Natives
Action Network (SNANET)
49.
Save OurSelves
(SOS) Penang
50.
Selangor and
Federal Territory Consumer Association
51.
Selangor Environmental
Association
52.
Semparuthi Iyakkam
53.
Sisters in Islam
(SIS)
54.
SOS Damansara
(Save Our School)
55.
SOS Selangor
(Save Our Sungai Selangor)
56.
Suara Rakyat
Malaysia (SUARAM)
57.
Suara Warga Pertiwi (SWP)
58.
Sustainable Development
Network Malaysia (SUSDEN)
59.
Tenaganita
60.
Teras Keupayaan
Melayu (TERAS)
61.
Tholilaliyin
Tholar (Sahabat Pekerja)
62.
United Chinese
School Committees Association of Malaysia (Dong Zong)
63.
United Chinese
School Teachers’ Association of Malaysia (Jiao Zong)
64.
Women & Workers
Independent Media & Training Centre (WIMTEC)
65.
Women’s Aid Organisation
(WAO)
66.
Women’s Candidate
Initiative (WCI)
67.
Women’s Development
Collective (WDC)
68.
Writers Action
for Media Independence (WAMI)
|