Friday, 30-Jan-2004 8:20 AM

Sebab sebenar kenapa Anwar dipecat dan ditangkap

Apakah sebab sebenar Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September 1998 dan seterusnya ditangkap pada 20 September? Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad telah memberi berberapa sebab yang berlainan di beberapa tempat dan waktu yang lain.

Pada 22 September 1998, inilah apa yang diberitahu oleh Dr. Mahathir melalui TV:

“Beliau telah mengadakan beberapa perjumpaan dan persidangan haram di seluruh negara.

Beliau tidak ditangkap, tetapi ketegangan telah berlaku pada hari Ahad apabila beliau mengarahkan pengikutnya untuk merusuh, melakukan keganasan, menyerang beberapa tempat tertentu dan amat jelas bahawa beliau berusaha untuk membangkitkan emosi bertujuan untuk mewujudkan satu situasi seperti yang terjadi di Indonesia di mana mereka telah menadakan rusuhan setiap hari dan berusaha untuk keharmonian di bandar-bandar.

Dan mereka berharap dengan cara tersebut, mereka boleh mengulingkan kerajaan, khususnya mengulingkan saya, di mana ia adalah suatu kerja yang sia-sia kerana saya telahpun menjangkau usia 73 tahun dan tidak akan kekal selama-lamanya.

Tetapi sebenarnya beliau berusaha untuk memusnahkan keamanan dan kestabilan dalam negara.

Pihak Polis terpaksa menangkap Anwar segera. Pihak polis terpaksa bertindak dan mereka bercadang agar beliau ditangkap dan didakwa di mahkamah biasa.

Bukanlah tujuan mereka untuk menangkap beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walau bagaimanapun, kerana beliau berkeras mahu melakukan keganasan, mereka terpaksa menahannya lebih awal daripada tempuh yang dicadangkan ... Oleh itu mereka kini menahan beliau di bawah ISA, tetapi saya percaya mereka bercadang untuk membawa beliau ke muka pengadilan dan mendakwa beliau seperti biasa."

Dua tahun kemudian, dalam satu temuramah di Jepun, Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau membawa masuk Anwar ke dalam Umno untuk menghalangnya daripada jatuh ke tangan parti pembangkang, PAS, di mana beliau boleh merosakkan Umno. Dr. Mahathir menambah bahawa beliau menyangka Anwar boleh mengikuti haluan parti apabila beliau menyertai kerajaan. Malangnya, kata Mahathir, beliau tidak dapat mengawal Anwar, oleh itu beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali memecat Anwar.

Tetapi, pada 2 September 1998, Dr Mahathir berkata beliau memecat Anwar kerana salahlaku seksnya, bukan kerana beliau tidak boleh mengawal Anwar. Dan, untuk sebab kenapa Anwar ditangkap, inilah apa yang dikatakan oleh Suruhanjaya Di-Raja yang bersidang dari 22 Februari sehingga 4 Mac 1999 bagi menyiasat Anwar dipukul telah diberitahu:

Sebenarnya telah terdapat satu pakatan untuk menahan Anwar lama sebelum 20 September 1998, dan perkara ini telah disahkan oleh Dato' Taakob Md. Amin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), yang mengesahkannya.

Dalam bulan Jun 1998, pihak CID berada dalam proses untuk menyiasat Dato' Seri Anwar Ibrahim," kata Dato' Yaacob. Saya telah diberitahu dari masa ke masaberhubung dengan kemajuan perkembangan tersebut."

Pada 20 September 1998, satu ketetapan telah dibuat untuk menangkap Dato" Seri Anwar," tambah Dato' Yaacob. "saya tidak tahu bila sebenarnya keputusan untuk menangkap beliau dibuat sebelum beliau ditangkap pada malam itu."

"Keputusan telah dibuat sebelum 20 September 1998. Penangkapan Dato' Seri Anwar adalah dibawah Seksyen 377 panel Code. Keputusan telah dibuat seminggu sebelum 20 September 1998."

"Penangkapan telah dilaksanakan pada masa itu kerana saya sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menangkap Dato' Seri Anwar.”

"Keputusan untuk menangkap Dato' Seri Anwar di bawah Seksyen 377 panel Code telah di buat oleh Peguam Negara.

Dato' Yaacob Md Amin mengesahkan bahawa keputusan untuk menangkap Anwar telah dibuat seminggu sebelum tangkapan sebenar dilakukan, dan menurut beliau, Anwar telah ditangkap di bawah Seksyen 377 panel Code dan bukannya di bawah ISA. Walau bagaimanapun, selepas mereka memukul Anwar, mereka telah mengadakan mesyuarat tergempar di tingkat 30 bangunan Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Keputusan ini telah dibuat kerana Anwar telah dipukul dan mereka terpaksa menahannya lebih lama lagi. Jika tidak, mereka terpaksa membawa Anwar ke Mahkamah dalam masa 24 jam untuk mendakwa beliau dan seluruh dunia dapat melihat kecederaan yang dialami oleh Dato' Seri Anwar. Di bawah ISA, mereka boleh menahannya selama 60 hari tanpa perlu membawanya ke mahkamah.

Dalam mesyuarat tersebut, mereka memutuskan bahawa Dato' Seri Anwar hendaklah ditahan di bawah ISA," kata Dato' Yaacob. "Mereka tidak pernah berbincang berhubung dengan apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar di dalam lokap."

Tetapi, kerana desakan dan tekanan antarabangsa, mereka terpaksa mengugurkan tahanan ISA dan membawa Dato' Seri Anwar ke mahkamah, dan mereka telah memilih tuduhan rasuah dan liwat sebagai alasan.

Kes Dato' Seri Anwar dipukul juga tidak selari dengan apa yang telah dikatakan oleh Dr. Mahathir tetapi ia telah dirancang dengan baik.

"Pada 20 September 1998, lebih kurang jam 10.00pm, saya menerima panggilan telefon dari Dato' Yaacob (Pengarah CID) meminta saya pergi ke lokap untuk mengawasi penahan Dato' Seri Anwar," kata Dato' Ramli Yusoff, Timbalan Pengarahnya.

"Tan Sri Rahim dan Dato Yaacob datang … Rahim telah berhenti di pintu masuk dan saya melihat Rahim menunjukkan signal tangan yang bermaksud 'tutup mata'."

"Rahim memberi isyarat dengan jarinya supaya kami diam. Beliau juga memberi isyarat agar Dato' Seri Anwar digari. Saya menerima isyarat tersebut sebagai satu arahan untuk menutup mata dan mengari Dato' Seri Anwar. Signal lain adalah agar kami semua diam.

"Saya melihat ASP Zulkifli memberi isyarat ibu jari menandakan semuanya 'OK' kepada saya. Saya percaya Rahim juga melihat isyarat tersebut."

"Selepas itu, saya melihat Rahim menuju ke bilik lokap nombor enam di mana Dato" Seri Anwar berada. Pada masa itu, Saya dan Yaacob mengikutinya dari belakang."

"Apabila Rahim memasuki laluan ke lokap tersebut, saya berada di kaunter. Selepas beliau masuk, baru saya bergerak."

"Apabila saya berada di setengah jalan pada laluan tersebut, saya mendengar suara dari bilik nombor enam. Saya dengar. "Adoi, ya Allah, janganlah pukul saya"."

"Itu saja yang dapat saya dengar, Dalam nada seolah-olah sedang merayu," kata Dato' Ramli Yusoff, Timbalan Pengarah CID, kepada suruhanraya Di-Raja.

"Saya tidak mendengar perkataan lain sebelum saya mendengar perkataan, "Adoi, Allah, jangan pukul saya,” dari arah bilik tersebut."

(Oleh itu, ini menafikan dakwaan bahawa Anwar memanggil Rahim sebagai anjing dan Rahim telah hilang sabar dan terus memukul Anwar).

Pada ketika itu saya menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut. Saya melihat Dato' Seri Anwar terbaring, muka ke bawah, di atas lantai simen, dan saya juga perhatikan Rahim dengan tangannya sedang berhayung."

"Saya terus bertindak dengan memegang tangan kanan Rahim dan menolak beliau ke belakang jauh dari Dato' Seri Anwar sehingga beliau terhuyung hayang."

"Pada waktu yang sama, saya melihat Dato' Yaacob (Pengarah CID) memegang seluar Rahim dari belakang dan kami berdua menolak beliau keluar dari bilik tersebut, dan membawa beliau keluar dari lokap."

"Saya berpatah balik dan pergi ke bilik nombor enam. Saya melihat kesan kecederaan yang dialami oleh Dato' Seri Anwar. Saya melihat kesan bengkak di dahi sebelah kirinya. Saya kemudiannya mengarahkan ASP Rodwan untuk merawat dan menyapu minyak pada dahi Dato' Seri Anwar."

"Berlaku satu mesyuarat ringkas di tingkat 11. Kami berbincang sesama sendiri mengenai kecederaan yang dialami oleh Dato' Sero Anwar dan juga membuat laporan yang sewajarnya. Pada ketika itu, Saya menerima panggilan dari ASP Rodwan. Beliau memberitahu saya bahawa bengkak yang dialami oleh Dato' Seri Anwar semakin serius."

"Saya memberitahu Rahim mengenai kecederaan Dato' Seri Anwar dan bertanya apa yang patut saya lakukan. Beliau memberi arah kepada saya dalam bahasa Inggeris, "Leave it to me." Beliau tidak menyebut kepada saya mengenai tangkapan."

"Lebih kurang jam 1.00am pada 21 September 1998, saya menerima panggilan telefon dari Dato' Yaacob yang mengarahkan saya untuk menahan Dato' Seri Anwar di bawah ISA."

Oleh itu, dengan pengakuan yang dibuat oleh pegawai polis, Anwar tidak ditangkap di bawah ISA kerana beliau mengancam keselamatan negara atau kerana demonstrasi. Keputusan ini telah dibuat kemudian, selepas beliau dipukul, dan keputusan untuk menangkap beliau telah dibuat seminggu sebelum berlakunya penangkapan sebenar. Dan beliau tidak dipecat kerana kesalahan salahlaku seksnya tetapi kerana Dr. Mahathir tidak dapat mengawal beliau, sebagaimana yang diakui oleh Dr. Mahathir.