|
Saturday, 24-Jan-2004 9:16 AM
Antara
anak-anak tahanan ISA yang menuntut
bapa-bapa mereka
dibebaskan
LAGI KEZALIMAN
ISA oleh Nirasha
Doktor telah
mendapati Abdul Muaz
Abdul Samad salah seorang
anak tahanan
ISA sedang mengalami tekanan jiwa yang serius. Menurut ketua jabatan
psikiatri Prof Dr Mohamed Hatta
Shaharom, Abdul Muaz mengalami tekanan jiwa dan tidak
dibenarkan meneruskan
pengajiannya sehingga pulih daripada keadaan tersebut.
Bapanya
Abdul Samad, 44 tahun
telah ditahan di
bawah ISA semenjak
29 Disember 2001. Pada mulanya dia telah ditahan kerana
terlibat dengan
Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM),
kemudian polis mendakwa
dia menjadi
ahli Jemaah Islamiah
(JI).
Dia
telah memfailkan permohonan habeas corpus di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bagi penahanannya diisytiharkan menyalahi undang-undang. Keputusan dijangka dalam
dalam masa sebulan.
”Anak
saya dalam keadaan
yang tenat. Doktor-doktor berkata,
saya patut berada bersama anak saya, tetapi
saya tidak tahu jika dapat
melawatnya selepas
ini. Pihak penjara tidak
memberitahu saya apa-apa. Saya mungkin kena
mohon sekali lagi,”
katanya semasa
dibawa keluar selepas
tamat waktu
melawat di HUKM.
Apabila
ditanya tentang penahanannya, Abdul Samad berkata, peluang untuk dibebaskan hanya jika mahkamah
menetapkan permohonan
habeas corpus memihak kepadanya.
”Kerajaan
tidak akan membebaskan
saya walaupun
tamat arahan tahanan
(Februari akan
datang). Tiada siapa yang saya
tahu telah dibebaskan, malah, orang baru ditahan
di Kamunting,”katanya.
Setiap
kali tarikh tamat
tahanan, ada saja
yang akan berlaku
di luar sana untuk memberi
alasan menahan kami lebih lama,” tambahnya.
Ditanya
tentang tuduhan terhadapnya, katanya, “Semuanya direka oleh kerajaan. Saya tidak bersalah atas segala tuduhan.”
Abdul
Muaz Abdul Samad yang berumur 19 tahun. Sebelum mendapat cuti selama
enam bulan,
adalah seorang pelajar Matrik di UIA Petaling Jaya, mengambil jurusan kejuruteraan. Anak yang sangat bijak dan
baik ini merupakan anak sulung dari enam
orang adik-beradik,
5 lelaki seorang perempuan. Seorang yang pendiam kecuali
mungkin kepada
sahabat-sahabatnya yang rapat.
Adik
perempuannya yang belajar di darjah 6 menderita
sakit buah pinggang, obesity dan darah
tinggi. Ibunya tidak bekerja dan
menderita sakit
tulang belakang dan sebelum ini,
hampir dua bulan tidak dapat
bergerak ( ini
berlaku beberapa
bulan yang lepas). Kini siibu terpaksa "melupakan" kesakitannya semata-mata untuk menjaga anaknya pula.
Sebenarnya
bukan Abdul Muaz sahaja yang mengalami keadaan tekanan yang tidak tertanggung itu, malah terdapat anak-anak tahanan ISA yang lain
yang mengalami keadaan
yang sama.
Contoh lain ialah
keadaan keluarga Nordin Ahmad- Pn Noraishah di mana
anak-anaknya tidak
mahu ke sekolah
lantaran sering
diejek oleh rakan-rakan
mereka mungkin
begitulah juga nasib ahli keluarga
yang lain.
Begitulah
kerajaan BN dan Umno yang telah mencabuli hak rakyat.
Pentadbiran baru Abdullah Ahmad Badawi
tidak berubah
seperti yang di bawah Mahathir, menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa. Rakyat perlu kecam sekeras-kerasnya
keputusan kerajaan
yang masih mahu menggunakan
ISA untuk melenyapkan
pandangan bertentangan daripada rakyat. Hapuskan ISA, undang-undang zalim!!
|