| WANITA MAHU ANWAR
DIBEBASKAN 9 Oktober 2000 |
Peristiwa Pemecatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 telah
meninggalkan kesan yang mendalam kepada wanita-wanita yang mengenali beliau dan wanita
Malaysia keseluruhannya.
Seorang Wanita yang mengenalinya dari seorang bayi sehingga menjadi seorang pemimpin iaitu
Bondanya, Hajjah Che Yan atau Mak Yan, kini dalam keadaan yang tidak sihat, bertambah
penderitaannya mengenangkan nasib anaknya.
Seorang Wanita yang amat terkesan daripada peristiwa ini, ialah isteri beliau, Datin Seri
Wan Azizah yang terpaksa hadapi segala ketidaktentuan masa depan suaminya. Datin Seri Wan
Azizah terpaksa menjaga anak-anak yang masih memerlukan didikan seorang ayah.
Nurul Izzah, puteri sulung beliau, seorang anak muda yang terpaksa menangguhkan
pembelajaran buat seketika untuk menarik perhatian dunia, meminta masyarakat dunia, agar
"papa" dibebaskan.
Wanita-wanita di Malaysia juga merasa amat pilu, di atas tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar
Ibrahim. Siapakah pemimpin yang dapat menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, untuk membela
nasib wanita yang tertindas dan yang lemah? Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, yang
meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dan kelompok.
Justeru itu, Wanita keADILan mengambil keputusan untuk meneruskan serta menyemarakkan usaha-usaha Bebaskan Dato' Seri Anwar dengan mengadakan beberapa siri program. Program-program bertujuan memberi penjelasan serta penerangan tentang keadaan sebenar.Program yang juga memperingati beliau sebagai seorang yang prihatin terhadap golongan yang lemah dan yang tertindas.
Program yang telah dan sedang berjalan ialah ceramah-ceramah kelompok tentang Pandangan
para ulama' berkaitan kes Dato' Seri Anwar dan alibi terhadap tuduhan salahlaku seks
Dato'Seri Anwar.
Wanita juga menjual poskad Bebaskan Anwar,
serta mengeluarkan pelbagai cenderahati agar usaha Bebaskan
Anwar sentiasa tetap menjadi salahsatu agenda perjuangan menegakkan
keadilan.
Tandatangan rakyat sedang giat dipungut untuk petisyen Bebaskan Anwar yang akan diserahkan
kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Encik Kofi Annan.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama kita tegakkan keadilan, berikan
sokongan anda dengan menandatangani surat petisyen yang diedarkan atau dapatkan dari laman
web Wanita keADILan.