| KERAJAAN MESTI MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB TERHADAP TRANSFUSI DARAH YANG TERCEMAR
VIRUS HIV 24 Mei 2000 |
Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kepincangan pentadbiran Barisan Nasional. Seorang wanita di Hospital Jitra telah diberikan transfusi darah yang tercemar Virus HIV. Jika ini dikatakan sebagai kes yang terasing, bagaimana pula dengan kes isteri seorang peneroka FELDA di Raub yang telah meninggal dunia September tahun lepas setelah dijangkiti virus yang merbahaya ini melalui cara yang sama. Kini anak beliau yang berumur 6 tahun pula telah dijangkiti virus merbahaya ini. Wanita KeADILan memandang berat tragedi yang menimpa kedua-dua kes wanita malang ini. Jika perkara yang sama berlaku dinegara-negara lain, kita pastinya akan mendengar Menteri Kesihatannya meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab diatas kecuaian itu. Rakyat Malaysia berhak untuk berasa selamat semasa mendapatkan rawatan di Hospital, dan semua pihak yang bekerja dihospital tidak berhak untuk mengambil ringan perkara yang melibatkan nyawa seperti ini. Demi untuk mengelak tragedi yang serupa berulang lagi, kami menggesa supaya:
Semua rakyat diMalaysia mempunyai hak yang sama untuk hidup dan menikmati kemudahan kesihatan yang baik. Sekiranya Kementerian Kesihatan yang tugas utamanya ialah bertanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa manusia pun mengambil sikap cuai begini, maka adakah lagi harapan untuk rakyat Malaysia? Fuziah Salleh |
| PERUTUSAN
HARI WANITA SEDUNIA 6 Mac 2000 |
Mengingati masa lalu dan merancang masa depan yang gemilang |
Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria. Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia. Secara dasarnya merayakan hari wanita ini mengetengahkan dua perkara;
Bagi wanita di seluruh dunia, makna nya lebih luas dan simbolik. Ini lah harinya mereka melihat dan merenung kembali, sejauh manakah perjuangan mereka dalam mengendalikan keadilan, keamanan, keselamatan dan kemajuan. Di hari ini jugalah kita berkumpul dan berjumpa untuk bersatu, membina rangkaian networking, bergerak untuk satu agenda perubahan yang bermakna dan memberi faedah. Beberapa dekad yang berlalu menunjukkan kemajuan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan. Wanita mula menonjol dalam pelajaran dan pendidikan, mereka mendapat hak penjagaan kesihatan yang memuaskan, penglibatan dalam tenaga buruh telah berganda, beberapa peraturan dan legislature yang menjamin hak dan peluang peningkatan kerjaya serta saraan hidup yang lebih baik telah di luluskan, hak hak asasi manusia terhadap wanita telah di ketengahkan malah beberapa negara di dunia telah melantik wanita dalam membuat keputusan policy makers dalam sistem pemerintahan. Namun bilangan penglibatan wanita masih belum di tahap yang membanggakan. Walaupun begitu, isu isu wanita masih banyak yang perlu di ketengahkan dan di perjuangkan. Wanita adalah mahkluk yang termiskin di dunia, 1.3 billion orang miskin adalah wanita. Di Asia dan Afrika 75% wanita yang berumur 25 tahun keatas adalah buta huruf. Di sana sini wanita sentiasa menjadi mangsa perceraian, mangsa rogol, deraan dan keganasan rumahtangga yang menyebabkan kecacatan malah kematian. Kesengsaran mental dan fizikal wanita Bosnia yang hidup ibarat menggalas biawak hidup kerana mengandungkan anak-anak hasil rogolan tentera Serbia perlu di tafakuri. Terkini wanita di Chechen telah menjadi mangsa buas nafsu ganas tentera Rusia yang merogol dan kemudian membunuh wanita tersebut. Walhal wanita itu perlu perlindungan, keselamatan, keamananan dan ini mencabul hak ahak asasi mereka untuk hidup bebas dari dizalimi. Wanita memerlukan satu kehidupan yang harmonis aman damai dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Hanya wanita yang boleh mengetengahkan isu wanita dengan lebih berkesan. Oleh itu kita melihat betapa pentingnya wanita bermuafakat dan bekerjasama dan melibatkan diri dalam bidang politik dan ekonomi. Oleh itu hari wanita ini sememangnya perlu dijadikan hari untuk kita merenung kembali dan meneliti kemajuan-kemajuan yang telah dibuat, menggerakkan agenda wanita untuk perubahan, memperbaharui keinginan, keazaman, kemahuan dan semangat ingin maju untuk masa depan yang gemilang dari wanita biasa menjadi wanita pencipta sejarah dan memimpin masyarakat. Untuk mengungguli isu wanita, pemimpin wanita perlu dilengkapi dan dibekali dengan keyakinan yang teguh dan ilmu yang kontemporari. Kerana hanya dengan keyakinan yang teguh dan mantap yang yakin dan semngat yang bernyala sahajalah boleh menjadi bahanapi dalam perjuangan menuntut keadilan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan. Kita perlu percaya bahwa wanita mampu melakukan apa yang mereka lakukan, wanita pula perlu keyakinan spiritual dalam diri mereka dan keyakinan itulah yang memberikan inspirasi kepadanya untuk bekerja dan berjuang. Tugas kita bersama ialah;
Dengan itu, selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia. Semoga segala pencapaian kita dapat di perkukuhkan dimasa hadapan. Dari Wanita kepada Wanita Fuziah Salleh |