hnyflower1btn.gif (1483 bytes) KENYATAAN MEDIA WANITA KEADILAN

9hb Nov 2000

Wanita Dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat

Sehingga kini, senarai nama-nama mereka yang ditahan sempena perhimpunan 100,000 rakyat pada 5hb. Nov, (yang mana melibatkan empat orang wanita) masih belum dikeluarkan oleh pihak Polis

Wanita KeADILan mengecam kekejaman pihak Polis terhadap tahanan serta memandang berat laporan yang diterima berkaitan dengan layanan buruk terhadap mereka didalam lokap. Diantaranya ialah:

 1.. Para-para tahanan yang cedera terpaksa menunggu lebih kurang 12 jam sebelum mendapat rawatan perubatan

 2.. Seorang tahanan telah 'buta' penglihatannya kerana terkena gas pemedih mata yang dicampakkan kedalam trak Polis dimana beliau di tempatkan dan sehingga kini masih belum ada penawar yang sesuai buat matanya

 3.. Seorang tahanan wanita telah di arahkan berbogel dan kemudian diarahkan membuat ketuk ketampi semasa didalam tahanan

4.. Seorang tahanan wanita pula merupakan gadis sekolah yang akan mengambil peperiksaan SPM pada hari Isnin ini (13 hb Nov). Beliau yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut ditangkap berserta dengan ibu yang ada bersamanya ketika itu. Beliau masih belum dibebaskan walaupun pihak pegawai pendakwa telah berjanji dengan para peguam untuk membebaskan beliau dengan serta merta

Di sini Wanita KeADILan MENGGESA supaya DIHENTIKAN segera segala kekejaman ini dan juga memohon di BEBASKAN sekarang juga gadis yang tidak bersalah tersebut. Masa depan seorang gadis akan berkecai semata-mata kerana kekejaman dan kerakusan pihak Polis yang telah diperalatkan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional.

 

Hjh Fuziah Salleh
Ketua Wanita KeADILan