| LOKASI SEKOLAH: |
| SJK (C) Wen Hua terletak di Pekan Batu Berendam, kira-kira 6 km
daripada Pusat Bandar. Luas kawasan sekolah ialah 1.5 ekar. |
| |
| SEJARAH AWAL: |
| SJK (C) Wen Hua telah diberi nama pada tahun 1936. Pada peringkat
awal ia menggunakan sebuah rumah atap sebagai sekolah. Bilangan murid
pada masa itu kurang daripada 20 orang. Guru Besar pada masa itu ialah
Encik Hoo Zhen Xing. |
| |
| Pada masa pemerintahan Jepun sekolah ditukar untuk mengajar Bahasa
Jepun. Kebanyakan ibu bapa enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Sekolah ditutup pada masa itu. |
| |
| Selepas peperangan dunia kedua, sekolah dibuka semula. Sekolah dipindahkan
dan menumpang di sebuah Kuil Tua Pek Kong, Batu Berendam. |
| |
| Pada 1954 dengan bantuan Tabung Pelajaran Orang Cina, pihak LPS
melancarkan kempen mengutip derma dan berjaya mendirikan satu blok
bangunan papan yang mengandungi 3 buah bilik darjah di tapak sekolah
sekarang. Sekolah mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti air,
elektrik, kediaman guru, pejabat dan sebuah gelanggang bola keranjang.
Bilangan murid pada itu meningkat lebih 100 orang dan diajar oleh
4 orang guru. |
| |
| Pada tahun 1958, 2 buah bilik darjah konkrik didirikan. Pada tahun
1968, pihak LPS sekali lagi mengutip derma untuk mendirikan 1 blok
bangunan mengandungi 4 buah bilik darjah. |
| |
| Pada tahun 1985, pihak sekolah telah mengadakan majlis Makan Malam
Ibu Bapa dan berjaya mengutip RM 10,000.00 untuk mendirikan 1 blok
bangunan yang mengandungi 3 buah bilik darjah untuk megatasi masalah
kekurangan bilik darjah. Dalam tahun 1986, semua kelas dijalankan
pada sesi pagi sahaja. |
| |
| 1986 pengistiharan pengambilan alih lot tanah bersebelahan sekolah
. Pihak sekolah sedang menunggu peruntukan dari Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk kerja-kerja meratakan tanah untuk dijadikan padang
sekolah. |
| |
| Di atas bimbingan Y.B Datuk Seah Kwi Tong serta sokongan dari semua
pihak Dewan SJK (C) Wen Hua telah dapat dibina pada tahun 1993. Perasmian
Dewan SJK (C) Wen telah dirasmikan oleh Y.B. Encik Mohd Tamrin Bin
Abdul Ghafar , Ahli Dewan Rakyat, Batu Berendam pada 2-7-1993. |
| |
| Sekolah juga telah dapat penambahan bangunan baru 4 tingkat pada
tahun 1994 bagi menampung penambahan murid secara mendadak. |
| |
| Bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah ini dapat menguasai kemahiran
komputer, PIBG sekolah telah mendapatkan derma dari orang ramai untuk
membeli 22 buah komputer. Pada bulan Julai 1998 22 buah komputer telah
dibeli untuk kegunaan Kelas Konputer. Kelas Komputer serta Laman Web
telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Fong Chan Onn pada 21-10-1998.
Kini sekolah mempunyai 874 orang pelajar, 35 orang guru, seorang pembantu
tadbir, seorang PAR, 3 orang PRA dan 2 orang Jaga. Hasil usaha dan
kerjasama pihak sekolah dengan LPS dan PIBG , SJK (C) Wen Hua, pastikan
akan terus maju ke hadapan. |
| |
| PERKEMBANGAN SEKOLAH: |
| Fisikal Sekolah |
| Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada 1 blok bangunan yang mengandungi
3 buah bilik darjah. |
| 1958 |
2 buah bilik darjah telah didirikan. |
| 1985 |
1 blok bangunan yang mengandungi 2 buah bilik
darjah telah didirikan. |
| 1985 |
1 blok bangunan mengandungi 3 buah bilik darjah papan telah
didirikan. |
| 1992 |
Pihak LPS dan PIBG telah berjaya mengutip derma untuk membina
sebuah dewan yang mengandungi pentas dan 4 buah gelanggang badminton.
(Kos pembinaan sebanyak RM 50,000.00). |
| 1993 |
Satu projek pembangunan telah diluluskan oleh Kementerian
Pendidikan. Anggaran kos projek ialah RM 608,625.00. |
| 1994 |
Bangunan Tambahan 4 tingkat telah diap dibina dalam bulan
Mei 1994. |
| 1995 |
Perasmian Bangunan Tambahan telah dijalankan pada 22-4-1995. |
|
| PERISTIWA-PERISTIWA PENTING: |
| 14.12.1991 |
Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma dirasmikan oleh Timbalan
Menteri Pendidikan Y.B. Dr. Fong Chan Onn. |
| 20.4.1992 |
Uapcara penyampaian sijil kelulusan projek pembinaan bangunan
baru. |
| 10.5.1992 |
Upacara memcah tanah pembinaan Dewan SJK (C) Wen Hua, dirasmikan
oleh Y.B. Encik Mohd Tamrin Bin Abdul Ghafar, Ahli Dewan Rakyat,
Batu Berendam. |
| 15.8.1993 |
Upacara memecah tanah bagi pembinaan bangunan tambahan 4 tingkat
oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Dr. Fog Chan Onn. |
| 22.4.1995 |
Perasmian Bangunan Tambahan oleh YAB Datuk Haji Mohd Zin
Bin Haji Abd. Ghani, Ketua Menteri Melaka. |
| 21.10.1998 |
Peramian Kelas Komputer dan Laman Web oleh Y.B. Timbalan
Menteri Pendidikan, Y.B. Dr. Fong Chan Onn. |
|