Meningkatkan Keupayaan Komputer


Pemacu Cakera

Tidak kira berapa besar cakera keras pada PC anda sekarang, lama kelamaan anda akan dapati anda memerlukan tambahan ruang tambahan. Anda boleh samada menukarnya dengan yang baru atau menambahkannya dan menggunakan kedua-duanya sekali.

Dalam sistem yang mempunyai dua cakera keras, satu daripadanya adalah disebut 'master' dan satu lagi dipanggil 'slave'. Kadangkala kita perlu menukar kedudukan pelompat (jumper) yang terdapat pada cakera keras. Panduan mengubah pelompat ini selalunya tertulis pada label cakera keras.

Anda mungkin terjumpa dua unit cakera keras yang tidak dapat berkerja/beroperasi serentak, tapi anda tidak tahu sehinggalah anda mencubanya.

Untuk menukar pemacu cakera keras, mula-mula tanggalkan skru yang mengikatnya dan kemudian tanggalkan kabel di belakangnya. Tukar dengan pemacu cakera yang baru dan pasangkan semula kabelnya.

Pemacu cakera keras dimasukkan ke dalam ruangnya melalui bahagian sebelah dalam dan biasanya anda tidak perlu menanggalkannya rangkanya. Pasangkan skru pada bahagian tepi cakera keras untuk melekapkan pada tempatnya.

Kebanyakan pemacu cakera keras mempunyai saiz yang sama seperti pemacu cakera liut 3.5 inci. Jika anda mempunyai pemacu CD-ROM bersaiz 5.25 inci, satu kit pemegang (bracket) adalah diperlukan.

Anda mungkin tersilap memasang kabel ribon pemacu cakera. Periksa pemacu cakera yang lama dan catatkan kedudukannya. Biasanya jalur merah pada kabel terletak pada pin no 1 dan pada cakera keras ianya bersebelahan dengan kabel bekalan kuasa. Kamel disambungkan kepada soket Primary IDE (Integrated Drive Electronics) pada papan litar utama atau pada kad I/O.

Kebanyakan PC sekarang boleh mengesan secara automatik kehadiran pemacu cakera keras yang baru dipasang dan mengkonfigurasinya selepas anda membut PC. Ia dapat dilaksanakan sekiranya anda menggunakan sistem pengoperasian Windows 95. Bagi PC yang agak lama, anda perlu pergi ke program BIOS setup dan seterusnya menaipkan bilangan 'head', 'cylinders' dan 'sector'. Maklumat ini biasanya terdapat pada label pemacu cakera keras baru.

Bagi PC yang sudah agak ketinggalan zaman, ia mungkin tidak lagi serasi dengan pemacu cakera keras yang baru. Tidak kira berapa besar saiz pemacu cakera keras anda, sistem akan melihatnya sebagai 500 MB. Selalunya 'driver' khas akan dibekalkan atau boleh juga dibeli secara berasingan untuk mengatasi masalah ini. Dua jenis 'driver' yang selalu digunakan ialah 'EZ-Drive' dan 'On-Track Disk Manager'.

Selepas anda memasang pemacu cakera keras, anda akan memerlukan disket but (boot disk) yang mempunyai utiliti FDISK dan FORMAT. Buat 'partition' pemacu cakera keras menggunakan utiliti FDISK dan setkan 'Primary Dos Partition'. utiliti ini (FDISK) membolehkan anda memecah/membahagikan pemacu cakera keras yang besar kepada dua atau lebih bahagian. Dengan pemacu cakera keras 3 GB, anda boleh menjadikan pemacu cakera C sebesar 1.5 GB dan pemacu cakera D sebesar 1.5 GB.

Selepas melaksanakan FDISK, PC akan dibut semula. Sekarang anda perlu format pemacu cakera keras dengan menggunakan disket sistem (gunakan arahan FORMAT C:/S untuk pemacu cakera C dan FORMAT D: untuk pemacu cakera D).

Pemproses Mikro (CPU)

Papan litar utama (motherboard) yang baru dengan soket ZIF 7 (ZIF - Zero Insertion Force) menerima sebarang pemproses Pentium (bukan Pentium II). Jika PC anda telah agak lama, anda perlu membuat beberapa konfigurasi lain.

Keluarkan penutup unit sistem dan perhatikan dengan teliti bahagian sebelah dalam. Anda akan nampak CPU, atau sekurang-kurangnya 'heat sink' atau kipas. Lihat samada ianya terletak pada soket ZIF, iaitu soket segiempat sama berwarna putih dengan lubang-lubang kecil bagi menempatkan pin yang terdapat pada CPU. Terdapat lengan (lever) kecil di bahagian sebelah tepi CPU yang digunakan untuk mengetatkan cip ditempatnya.

Soket ZIF 2 dan 3 digunakan pada PC 486 terkemudian (saiznya lebih besar dari cip 486). Ini adalah untuk memudahkan 'Pentium Overdrive' yang lebih besar dimuatkan ke atasnya. Pentium 'Pentium Overdrive' akan menambahkan kelajuan kepada 63 MHz atau 84 MHz, bergantung kepada kelajuan papan litar utama (25 MHz atau 33 MHz). Bagaimanapun papan litar utama jenis ini sukar diperolehi sekarang. Kita perlukan papan litar utama 'Evergreen 586'.

Terdapat cip AMD yang berjalan pada kelajuan 133 MHz tetapi dengan PC 486 yang kita 'upgrade', ianya akan berjalan pada kelajuan 100 MHz.

Soket ZIF 4 digunakan untuk CPU Pentium 60/66 MHz dan ada juga 'Pentium Overdrive' untuknya. Cip ini akan menambahkan kelajuannya menjadi dua kali ganda (120/133 Mhz) seterusnya dapat memperbaiki prestasi PC anda.

Overdrive P75 menambahkan kelajuan PC anda kepada P125 daan P90 kepada P150. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengangkat lengan soket ZIF, keluarkan cip lama, masukkan dengan yang baru dan tekan semula lengan soket. Anda harus memasangnya pada kedudukan yang betul. Perhatikan tanda pada pin1 (biasanya bucu yang tidak tajam).

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

Menambahkan ingatan kepada PC akan membuatkan Windows berjalan dengan lebih lancar lagi. SIMM (Single Inline Memory Module) mengandungi cip RAM pada papan litar yang kecil. Pada papan litar utama PC, terdapat dua atau lebih soket putih yang telah berisi (mungkin telah penuh atau mungkin belum) dengan SIMM.

Terdapat dua saiz soket iaitu 30 pin dan 72 pin. SIM boleh diperolehi samada dengan parity atau 'non-parity'. Pastikan jenis yang mana satu digunakan oleh papan litar utama anda dan belilah dari jenis yang sama.

Buku panduan papan litar utama boleh dirujuk bagi memastikan jenis yang mana satu anda perlukan. Jika anda tidak pasti, pembekal RAM akan amemberitahu anda berdasarkan pengeluar dan model PC.

Papan litar utama yang terkemudian boleh menerima EDO RAM (Extended Data Out), biasanya lebih mahal atetapi ianya lebih pantas.

SIMM selalunya digunakan secara berpasangan. Jadi untuk lebih selamat, belilah dua atau empat unit yang sama jenis dan sama saiz. Jika anda mempunyai empat soket SIMM di mana dua daripadanya telah diisi dengan modul 4 MB setiap satu (jumlahnya 8 MB), belilah dua kepaing lagi modul 4 MB untuk menjadikannya 16 MB. Anda boleh juga membeli dua keping modul 8 MB (jumlahnya menjadi 20 MB) atau dua keping modul 16 MB (jumlahnya akan menjadi 40 MB).

Buka penutup unit sistem PC anda dan periksa kedudukan SIMM. Biasanya ia terlindung oleh unit bekalan kuasa (power supply). Jika anda tidak boleh mencapainya, tanggalkan unit bekalan kuasa PC anda perlahan-lahan. Untuk mengeluarkan SIMM, tekan klip pada kedua-dua bahagian hujung soket, condongkan SIMM dan keluarkan perlahan-lahan. Untuk memasukkan SIM pula, masukkan pada kedudukan condong (lebih kurang 60 darjah) dan kemudian tegakkan sehingga ia terletak tepat pada tempatnya.

Kebanyakan PC tidak perlu diberitahu berapa banyak RAM anda gunakan. Ia secara automatik akan mengesannya. Walau bagaimanapun, bagi PC yang telah agak lama, anda harus pergi ke program CMOS setup (biasanya Advance CMOS Setup) dan 'enable'kan pilihan memori lebih 1 MB.



webmaster  |  what's internet  |  komputer punya cerita  |  isi perut komputer  |

bahagian utama komputer  |  cakera keras  |  perkakasan komputer  |  keselamatan data  |

| meningkatkan keupayaan komputer  |  atasi masalah penjagaan komputer  |  pengacau virus  |

| trouble shooting 1trouble shooting 2  |  internet punya cerita  |  IRQ DMA  |