Perisian Sistem                                

PENGENALAN

    Homepage ini mengandungi pengenalan tentang rekabentuk berbagai-bagai jenis perisian sistem. Selain itu, laman web ini juga menerangkan tentang perlaksanaan perisian tadi ke atas berbagai jenis mesin sebenar. Fokus utama ialah hubungan antara perisian sistem dengan senibina mesin itu sendiri.Rekabentuk penghimpun ,sistem operasi dan lain-lain juga dipengaruhi oleh senibina mesin itu dimana ia dilarikan.

    Topik yang utama di dalam homepage ini termasuklah penghimpun, pemuat, pemaut, pemproses makro, pengkompil dan sistem operasi. Nota ini mengutamakan rekabentuk dan perlaksanaan perisian itu sendiri.

    Selain itu, perisian sistem mengandungi beberapa jenis perisian sistem yang agak penting:

sistem pengurusan pangkalan data, teks editor dan sistem penyahralat yang interaktif. Ia juga menerangkan tentang pengenalan kepada konsep dan teknik dalam kejuruteraan perisian, dimana fokusnya adalah atas penggunaan kaedah-kaedah tadi dalam penulisan perisian sistem.

    Selain itu, nota ini juga menerangkan tentang pengenalan kepada konsep dan isu terpenting yang berkaitan dengan pengkompil dan sistem operasi. Ia juga menekankan tentang hubungan antara rekabentuk perisian dan senibina mesin.

    Tujuan nota ini dibuat adalah kerana untuk menyediakan pandangan keseluruhan bagi subjek ini yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar yang akan mengambil kursus perisian yang lebih lanjut di kemudian hari.

   

PERISIAN SISTEM DAN SENIBINA MESIN

     Satu ciri dimana kebanyakan perisian sistem berbeza dari perisian aplikasi ialah bahagian mesin. Program aplikasi menyediakan penyelesaian untuk sesuatu masalah menggunakan komputer sebagai alat; fokusnya kepada aplikasi bukannya sistem komputer. Program sistem pula (dari pandangan lain) adalah untuk menyokong operasi dan penggunaan komputer itu sendiri berbanding dengan aplikasi lain.Biasanya ia berkait dengan senibina mesin dimana ia akan diberikan, sebagai contoh penghimpun akan menterjemah arahan mnemonic kepada kod mesin.

      Format arahan, mod pengalamatan dan lain-lain ialah perkara-perkara di dalam rekabentuk penghimpun. Pengkompil pula mesti menjana kod bahasa mesin, masukkan  ke dalam fail seperti ciri-ciri perkakasan, nombor dan menggunakan pendaftar dan arahan mesin yang sesuai. Sistem operasi secara langsung berhubung dengan pengurusan iaitu hampir kesemuanya adalah sumber sistem komputer.

     Terdapat beberapa aspek dalam perisian sistem yang tidak bergantung sepenuhnya kepada jenis sokongan sistem komputer. Sebagai contoh, rekabentuk am dan logik penghimpun pada dasarnya adalah sama dalam kebanyakan komputer.Sesetengah daripada teknik kod pengoptimum yang digunakan oleh pengkompil adalah bebas daripada arahan mesin (walaupun terdapat mesin yang bebas daripada pengoptimuman). Selain itu, proses penggabungan yang biasanya menghimpun subprogram bersama tidak bergantung kepada penggunaan komputer itu.

      Kebanyakan “real computer” mempunyai ciri-ciri yang agak unik. Oleh itu, agak susah untuk membezakan diantara ciri-ciri perisian tadi yang samada ia adalah fundamental ataupun ia bergantung sepenuhnya kepada idiosyncrasies pada satu-satu mesin. Untuk mengelakkan masalah ini, fungsi fundamental untuk setiap perisian ini telah dibincangkan menggunakan “simplified instruction computer” (SIC).

      SIC ialah komputer hypothetical yang direkabentuk dengan teliti untuk menambahkan ciri-ciri perkakasan yang biasa  dijumpai dalam mesin nyata dan mengelakkan kompleksiti yang tidak relevan. Dengan cara ini, konsep utama dalam perisian sistem dapat diasingkan dari keterangan  implimentasi untuk berhubung dengan mesin tertentu. Namun begitu, kita tidak akan membincangkan tentang SIC dalam topik ini. Sebaliknya kita hanya membincangkan tentang  IBM 370  dengan lebih mendalam lagi.

                                                                                                                  Bab2 >>>