Sedang tekun bekerja

 

Duka...

Ingin mengikuti saat suka beliau? klik disini

           Andai kata hayat Tan Sri P.Ramlee masih ada , kita sendiri tidak pasti apakah Allahyarham dihargai masyarakat hingga kini bergelar Tan Sri ? . Mereka yang mengenali Seniman Agung itu secara lahiriah pasti maklum , P.Ramlee mengharungi detik penghujung usia yang hiba dan memeritkan jiwa.

            Siapa sangka , seorang yang dipuja , yang membawa keuntungan kepada pelbagai pihak , tiba-tiba ditempelak agar berhenti menyanyi ketika menghiburkan peminat di Stadium Chin Woo pada tahun 1973.

           Lebih terguris lagi , apabila eksekutif syarikat rakaman EMI , Puan Devan , tanpa rasa malu dan terhutang budi meminta P.Ramlee agar tidak merakamkan lagi album dengan alasan lagu-lagunya sudah tidak laku dan lapuk ditelan zaman , ketika P.Ramlee datang menemuinya untuk bertanyakan album terbarunya.

            Itu belum lagi bagaimana P.Ramlee disisihkan oleh rakan dan anak didiknya sendiri , hingga membuatkan beliau merajuk lalu meninggalkan “ Perfima “ bagi menubuhkan “ Rumpun Melayu “ yang mengusahakan Pawagam P.Ramlee.

          Pada hari kematian P.Ramlee , 29 April 1973 , Shaw Brothers Cuma sekadar mampu menaja biskut kering kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Ketika di dalam Perfima ( Syarikat Usahasama P.Ramlee , Jins Shamsuddin , Abdullah Hussain , Jaafar Abdullah , Datuk HM Shah , Zainuddin Noordin ) , P.Ramlee selalu disisihkan oleh rakan ahli dalam Perfima contohnya dalam suatu mesyuarat ketika membincangkan projek filem “ Sandera “ , seorang daripada ahli Perfima telah mengatakan yang Jins Shamsuddin lebih layak mengarahkan filem tersebut kerana ideanya masih “ fresh “ sedangkan idea P.Ramlee sudah nak kering….dan sambil menambah , P.Ramlee hanya layak membuat lagu tema dan latar belakang filem itu sahaja . Alangkah sedihnya P.Ramlee ketika itu.

            Begitulah nasib seorang seniman , ada pasang surutnya dalam mengharungi badai serta gelora persada seni negara.

 

Ingin mengikuti saat suka beliau? klik disini

Sedang  memperkatakan sesuatu...

Meneliti proses pengambaran