![](images/spacer.gif)
Sokongan rakyat kepada perjuangan PAS telah teruji melalui pilihan raya umum pertama pada
tahun 1955. Dalam pilihanraya yang melibatkan 52 kerusi, PAS telah berjaya memenangi 1
kerusi di Perak. Dalam pilihanraya kedua, pada tahun 1959, PAS telah mencapai kemenangan
yang besar, iaitu dengan kejayaan membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Walau
bagaimanapun, kerajaan PAS di Terengganu telah ditumbangkan memimpin Kelantan sehingga
tahun 1977.
Tahun 1969 adalah satu tahun penting dalam sejarah Malaysia. Parti Perikatan telah
mengalami kekalahan yang teruk sehingga mengakibatkan meletusnya Tragedi 13 Mei. Selepas
Tragedi ini, untuk kepentingan negara, PAS telah bersama-sama membentuk kerajaan campuran
di semua peringkat dengan Perikatan. Beberapa pemimpin PAS telah dilantik menjadi Menteri
Kabinet. Pada tahun 1974, PAS telah menjadi ahli gabungan Barisan Nasional. Dalam
pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut, calon-calon PAS telah bertanding diseluruh
negara dan mencapai kejayaan yang besar.
Penglibatan PAS dalam Barisan Nasional berakhir berikutan terjadinya krisis di Kelantan
pada tahun 1977. Sejak daripada tahun tersebut, PAS telah melalui perubahan besar, akibat
daripada penyertaan golongan muda seperti Ustaz Fadhil Mohd Nor dan Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Haji Awang. Berikutan dengan krisis yang dialami oleh UMNO, pada tahun 1987,
yang mengakibatkan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46, PAS telah bersama- sama
menubuhkan satu pakatan politik yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah. Melalui
pakatan ini, PAS telah berjaya sekali lagi memenangi kerajaan Kelantan pada tahun 1990.
Kerajaan Kelantan berjaya dipertahankan sekali lagi dalam pilihanraya 1995.