Home | Pengenalan | Hubungi kami

PDK KAMII Gombak Setia

Pengenalan

Objektif penubuhan

Latarbelakang

 

PDK KAMII kawasan Gombak Setia telah ditubuhkan pada 8hb Januari 2001. Didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Merupakan sebuah pusat pemulihan bagi kanak-kanak kurang upaya menjalankan program pemulihan berdasarkan masalah yang dihadapi, Terbuka kepada semua kaum dan agama yang melambangkan masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

 

Tenaga Pengerak

 

Di bawah penyelenggaraan AJK yang dipengerusikan oleh YB dengan 6 orang tenaga pengajar dengan kerjasama  Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Kesihatan.

 

Objektif

 

Hasrat utama penubuhan ialah  membimbing kanak-kanak istimewa agar dapat berdikari didalam menjalankan aktiviti harian dengan objektif utamanya ialah;

 

*      Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak istimewa kearah kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera.

*      Intervensi awal untuk keperingkat komuniti tempatan dan menyediakan peluang bagi perkembangan keupayaan mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada.

*      Menjadi pemangkin bagi mewujudkan masyarakat penyayang dan penerimaannya di dalam masyarakat.

*      Penglibatan masyarakat/ komuditi/ ibubapa serta keluarga terdekat dalam program pemulihan dan penjagaan yang sempurna.

 

Aktiviti

 

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ;

*      Aktiviti kehidupan harian seperti pengawasan diri sendiri.

*      Kemahiran motor kasar merangkupi latihan dan senaman bagi tujuan pemulihan .

*      Aktiviti pra sekolah seperti membaca, menulis,  mengira, kerohanian dan sebagainya.

*      Kreativiti seperti kemahiran, nyanyian, bakat.

*      Perkembangan sosial- interaksi, komunikasi, pergaulan dan sebagainya.

*      Program lawatan ke tempat-tempat yang diperlukan dan menghadiri jemputan.

*      Perbincangan dan perjumpaan mengenai keperluan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.

anak2pdk.jpg

Laman web ini disediakan oleh amSani Design & Marketing