| IPDA | Jabatan Sains & Matematik | Staf | Kursus |
| Penyelidikan | Komen | Tatap Komen | Webmaster | Home |
 

Kemahiran Proses Sains Asas

Kemahiran-kemahiran ini adalah penting untuk menggalakkan perkembangan kognitif murid di peringkat awal dan pertengahan sekolah rendah. Guru sains perlu memahami setiap ciri kemahiran ini dan cara-cara memupuk penguasaannya suapa mereka dapat meningkatkan pembelajaran sains dalam bilik darjah.

 KEMAHIRAN MEMERHATI

Contoh:-
Memerhati adalah proses mengumpul maklumat tentang objek/fenomena dengan menggunakan kesemua atau sebahagian daripada deria. Alat atau instrumen boleh juga digunakan untuk membantu deria.
 
 
    Anda diberi sebiji buah limau. Senaraikan pemerhatian anda. Soalan di bawah boleh dijadikan panduan untuk membuat pemerhatian anda. 
    1. Apakah warnanya? 
    2. Adakah warnanya sekata? 
    3. Apakah bentuknya? 
    4. Adakah permukaan kulitnya licin? 
    5. Adakah kulitnya tebal? 
    6. Berapakah berat buah limau ini? 
    7. Adakah buah ini mempunyai bau? 
    8. Apakah rasa buah ini? 
     Aktiviti ini boleh dijalankan di kelas untuk melatih murid menguasai kemahiran memerhati?
    Jawapan kepada soalan di atas boleh didapati bila kita memerhati dengan mengguna deria bau, rasa, sentuh dan penglihatan.
 
Pemerhatian kualitatif memerlukan penggunaan  deria.
Pemerhatian kuatitatif diperolehi menggunakan alat atau instrumen. Soalan manakah yang perlu dijawab dengan menggunakan alat pengukur?
Pemerhatian ke atas perubahan memerlukan pengumpulan maklumat secara kualitatif dan kunatitatif.

Contoh:
Letakkan seketul kiub gula ke dalam segelas air.  Catatkan tiga pemerhatian semasa dan selepas gula itu dimasukkan ke dalam air.