SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU VETERINAR

KLASIFIKASI

KUMPULAN PERKHIDMATAN

 

SKIM PERKHIDMATAN:

TARIKH KUATKUASA

 

Gred Gred G8

 

Gred G7

 


SYARAT LANTIKAN

 

 

 

 



PENETAPAN GAJI PERMULAAN




TEMPOH PERCUBAAN

 

LATIHAN

 

PEPERIKSAAN/
KURSUS INDUKSI

 


PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

 

 

 


PERGERAKAN GAJI TAHUNAN


URUSAN KENAIKAN PANGKAT


KENAIKAN PANGKAT KE GRED G7

 

 

 

 



KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR

PERTANIAN

SOKONGAN

 


PEMBANTU VETERINAR

1.1.1992

Jadual Gaji (Pindaan 1995)

P1T1 RM 473 - P1T23 (RM 1159 533 - 1369)
P2T1 RM 501 - P1T23 (RM 1231 567 - 1447)
P3T1 RM 530 - P1T23 (RM 1306 602 - 1528)

P1T1 RM 1197 - P1T23 (RM 1612 1257 - 1802)
P2T1 RM 1243 - P1T23 (RM 1699 1303 - 1895)
P3T1 RM 1291 - P1T23 (RM 1790 1351 - 1992)

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) terdiri daripada warganegara;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau SPVM atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya dengan oleh kerajaan; DAN
(d) lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


2. Gaji permulaan yang lebih tinggi di atas P1 Gred G8 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

 

3. Pembantu Veterinar Gred G8 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 3 tahun

4. Pembantu Veterinar boleh dikehendaki mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan?Perkhidmatan yang berkenaan

5. Pembantu Veterinar Gred G8 dalam percubaan adalah dikehendaki gadir dengan jayanya Kursus Induksi serta lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan;


6. Pembantu Veterinar Gred G8 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan

(b) hadir dengan jayanya Kursus Induksi serta lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan

7. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi kecemerlangan perkhidmatan.

8. Ketua Jabatan/Perkhidmatan boleh menetapkan kursus untuk tujuan kenaikan pangkat jika perlu.


9. Pembantu Veterinar Gred G8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Veterinar Gred G7 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecermelangan perkhidmatan yang ditetapkan;

(c) hadir dengan jayanya kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti dipara 8 di atas jika berkenaan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.


10. Pembantu Veterinar yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G6 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

 

BIDANG TUGAS PEMBANTU VETERINAR

1. Klasifikasi Perkhidmatan Pembantu Veterinar

Lapuran Jawatankuasa Kabinet Mengenai Lapuran Gaji Sektor Awam, perkhidmatan Pembantu Veterinar diletakkan dibawah Gred G08/G07 (Pertanian). Skop perkhidmatan pada masa ini adalah luas dan kompleks, meliputi Kesihatan Awam Veterinar (pemeriksaan diperingkat pengeluaran, pengangkutan dan pemerosesan daging di loji bagi menjamin pengeluaran makanan bersih, selamat dan halal), pengendalian loji pemerahan susu, rumah sembelih, pengurusan ternakan dan kawalan penyakit dikalangan ternakan.

2. Bidang Tugas Pembantu Veterinar mengikut penempatan

2.1 Pusat Ternakan dan Ladang

- Pengurusan ternakan
- Pengurusan sumber tenaga
- Kawalan dan rawatan penyakit
- Sumber data dan maklumat (komputer)
- Permanian beradas

2.2 Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu

- Pentadbiran dan perancangan
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
- Kawalan dan rawatan penyakit
- Kesihatan gerompok
- Pemasaran produk dan bekalan
- Pengurusan sumber tenaga

2.3 Pejabat Haiwan Daerah
- Permanian beradas
- Kesihatan Gerompok
- Perkhidmatan pengembangan veterinar
- Pemeriksaan dan pengawasan penyembelihan ternakan
- Pengurusan padang ragut - Rawatan binatang kesayangan
- Projek-projek ternakan integrasi

2.4 Rumah sembelih
- Pentadbiran dan perancangan
- Pengurusan sumber tenaga
- Pemeriksaan daging
- Pemeriksaan ante-mortem
- Pengawasan penyembelihan ternakan

2.5 Unit Kesihatan Awam Veterinar
- Pemeriksaan loji pemprosesan
- Pemeriksaan daging

2.6 Stesyen Kuarantin
- Pengawasan penyakit berjangkit
- Pemeriksaan ternakan keluar masuk

2.7 Makmal Diagnosa
- Pengurusan ternakan kajian
- Kesihatan gerompok
- Membuat ujian penyakit

2.8 Pusat Latihan
- Tenaga pengajar
- Pengurusan ladang/ternakan
- Kesihatan gerompok
- R & D
- Penyeliaan pelatih

2.9 Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri
- Pengurusan projek-projek ternakan
- Pengurusan sumber maklumat (komputer)
- Pengurusan padang ragut
- Kesihatan gerompok
- Perkhidmatan pengembangan veterinar

 

Klik di sini untuk ke muka hadapan .

Kesatuan masa kini, Rumusan mesyuarat, Pekeliling, Sejarah, Kegiatan kesatuan
Skim Perkhidmatan Pembantu Veterinar, Kemajuan & Kenangan PV,