E    D    I    S    I        8
 Sirah

 
  
  
   
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

 
Hasrat 3G
( God, Glory and Gold )
Dorong Barat Jajah Islam 
           Permusuhan barat terhadap Islam adalah berasaskan pada faktor ideology. Ideology-ideology barat yang terhasil di zaman Reformasi di Eropah lahir bagi menyanggah dan menolak peranan ‘agama’ dalam membentuk peraturan kehidupan. 
           Agama Eropah yang kita kenali sebagai Kristianiti diserang gerakan sekularisasi sehinggakan kaum paderi yang bertahan digereja terpaksa menyerah kalah dan akhirnya agama menjadi ritual yang menjadi sandaran dan tempat berlindung ketika menghadapi sebarang krisis kejiwaan. Hakikatnya bagi pendokong ideologi berkenaan kehidupan mestilah bebas dari mana-mana ‘peraturan yang tetap’. Sebenarnya ‘peraturan yang tetap’ lahir dari agama anutan manusia. 
           Menyedari betapa Islam yang tidak menjadi “fenomena Eropah”, ia hanya tersebar ke benua itu di zaman Umayyah dan Abassiyah - “terlepas” dari proses pensekularan itu, agama ini dan umatnya dijadikan agenda utama dunia barat untuk dihadapi kerana ketahanannya membendung gerakan sekularisma sedangkan manusia barat dianggap terus “maju” kerana berpegang pada ideologi-ideologi rekaan mereka itu. 
           Walaupun Kristian terpisah dari ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip asal kerana ‘diEropahkan’ dan setelah disekularkan ia masih dapat ditunggangi bagi mencapai hasrat barat menundukkan Islam. Peperangan salib atas nama agama menjadi bukti jelas pada abad ke-12 lagi betapa “agenda” tersebut didokong teguh oleh elit yang berkuasa di Eropah. Kemudian datanglah episod penjajahan yang sekali lagi memperlihatkan pertentangan dan permusuhan itu dengan cara dan wajah yang lain. Ia merupakan pusingan seterusnya dalam agenda tersebut - membawa bukan sahaja kepada penjajahan fizikal malah juga mental. 
           Tiada siapa yang boleh menafikan semangat yang mendorong barat menjajah wilayah-wilayah Islam - semangat salibiyyah yang membara dalam jiwa mereka yang datang semata-mata untuk mencapai hasrat 3G : God, Glory and Gold (Tuhan, Kegemilangan, Emas). Fakta sejarah juga menunjukkan bahawa Inggeris yang datang ke Tanah Melayu hanya berjaya mencapai 2G manakala gagal mengkristiankan orang Islam berbangsa melayu. 
           Ketika tegak Khilafah Islamiyah, maruah Islam dan umatnya terus dapat dipertahankan. Kita mendapati betapa wilayah Islam semakin bertambah walaupun tidak dinafikan ada kawasan tertentu yang terlepas juga ke tangan pihak kuffar melalui beberapa siri peperangan. Ini tak bermakna maruah ummah tergadai, ia tetap teguh. 
           Pertentangan di zaman itu jelas antara Darul Islam dan Darul Harb dan ummat Islam sedia menghadapi sebarang ancaman musuh. Yang melenturkan semangat juang dan jihad mereka adalah faham kebendaan yang mula menjangkiti masyarakat Islam sehingga terhakislah kehebatan yang mereka miliki. Namun setelah kejatuhan sistem khilafah, penentuan orde politik dunia seterusnya. Barat yang dipulihkan tidak perlu gentar memikirkan kekuatan pada pihak Islam yang sebelumnya memang berwibawa dan mampu menewaskannya. Politik dunia kini dikuasai oleh golongan Judaeo-Kristian dan penguasaannya berterusan sehingga ke hari ini dan semakin mantap nampaknya. 
           Pihak Judaeo-Kristian kini berjaya menguasai seni politik iaitu kekuasaan mereka di pentas dunia yang menyerlahkan kehalusan dan kecanggihan seni tersebut. - sifat-sifat yang sebenarnya menjadi kebanggaan dunia Islam di zaman pemerintahan khilafah. Pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah lama yang telah mereka eksploit sebelum ini menjadi usang dan tidak relevan lagi. 
           Seni politik tersebut diperhatikan dalam pengutaraan pelbagai jenis ideologi dan teori politik bagi menangani persoalan hidup yang paling asas. Teori yang teratas sekali ialah pembicaraan sistem politik bagi mentadbir urusan-urusan manusia yang paling dasar. Contohnya dikemukakan fahaman nasionalisma di mana ia ditanam bersungguh-sungguh ke atas sesuatu bangsa selepas mereka berjaya disekularkan. Kemunculan negara-negara yang menjadi kemuncak fahaman ini telah memecahkan manusia menurut kumpulan etnik dan identiti etnik berdasarkan wilayah dan kawasan seterusnya membentuk negara yang punya sempadannya dan identiti dan nasionalitinya yang tersendiri. 
           Setiap negara mempertahankan ‘kedaulatannya’ ini menjadi rukun utama kewujudannya. Bagi ummat Islam mereka dipecah-pecahkan mengikut identiti etnik sehingga identiti ini bukannya akidah yang menentukan secara tegas siapakah mereka sebenarnya. Aqidah Islam sudah tentu musnah dalam konteks politik diganti sentimen perkauman yang mengatasi ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyah) dan konsep persamaan dalam Islam. Oleh kerana kuasa Islam sendiri telah hancur dengan hancurnya pemerintahan Islam diganti negara-bangsa maka maruah ummah turut hancur dan tidak dapat lagi dipertahankan. Ini kerana setiap negara bangsa sibuk dengan urusan-urusannya sendiri dan tidak mempunyai masa, keupayaan dan wibawa untuk melihat masalah yang dihadapi oleh negara Islam yang lain. 
           Sumber yang dikongsi bersama kini menjadi habuan bagi pihak kuasa-kuasa kuffar. Pergerakan individu Islam menjadi terhad akibat peraturan visa dan sebagainya. Kegawatan masalah politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh sesebuah negara sudah cukup untuk menyibukkannya. Lantas ia menjadi penghalang daripada memberi perhatian kepada nasib yang menimpa negara-bangsa ummat Islam yang lain. Malah lebih parah lagi apabila berlaku pertelingkahan negara-bangsa umat Islam sehingga memuncak kepada peperangan pula kerana masing-masing menegaskan prinsip “mempertahankan kedaulatannya” itu. 
           Kewujudan negara bangsa menjadi fakta dan kenyataan yang jelas di abad ini. Ia dimantapkan dengan pelbagai institusi yang sengaja direka oleh kuasa-kuasa besar dunia yang memainkan peranan utama memenuhi keperluan puak Judaeo-Kristian itu. Usaha melemahkan lagi ummat Islam dijalankan dengan memperkukuhkan fahaman nasionalisme. 
           Zaman penjajah telah memperlihatkan betapa usaha ini digiatkan begitu bersungguh-sungguh sekali. Umat Islam kehilangan identiti mereka dan diganti dengan identiti baru yang dibawa masuk oleh penjajah. Kekuatan lama tidak mungkin dapat dibina semula akibat lenyapnya keperihatinan ummah terhadap urusan politik sebagai tuntutan aqidah mereka. 
           Penjajah telah menggunakan kesempatan ini untuk meleburkan saki baki identiti yang masih ada. Institusi ‘keagamaan’ seperti jabatan-jabatan yang menjaga ‘hal ehwal agama’ diperkenalkan guna memastikan proses pensekularan berjalan lancar. Akhirnya faham pemisahan antara politik dan agama menjadi agama baru dianuti mula-mula oleh pemimpin-pemimpin yang berjaya ‘merampas’ tampuk kekuasaan di wilayah-wilayah baru itu dan diikuti masyarakat amnya sehingga sebatilah ia dengan budaya masyarakat. 
           Natijahnya generasi-generasi yang datang kemudian tidak lagi sedar tentang kesepaduan antara politik dan agama sebagai ajaran pokok dalam Islam. Mereka jahil tentang masalah politik, asas sistem politik dan betapa politik sebenarnya sebahagian di dalam agama. Dan politik yang dimaksudkan ialah politik yang menjadikan akidah dan syiar sebagai dasarnya. Dengan itu ideologi -ideologi baru ‘terpaksa’ diterima bagi mengisi ‘kemerdekaan’ sedangkan hakikatnya setiap negara umat Islam tunduk patuh kepada sistem yang telah diasaskan oleh barat. Amat memalukan kerana setiap negara di barat yang dianggap hebat atau ‘great’ seperti Great Britain jatuh tersungkur dari kedudukannya.  
     
 || Gembala-gembala Dunia || Cinta Kerana Allah ||