|
Analogi Taqwa
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Anfat:29)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat Pengampun lagi Maha Pengasihani (Al-Hadid:28)
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meningggalkan larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya. (At-Talaq:2-3)
Perhatikan dan renungkanlah rangkaian ayat-ayat diatas. Apakah yang kita dapati? Ketaqwaan kepada Allah Azzawajallah
merupakan asas kehidupan, kekuatan dan nur (cahaya). Ianya juga membolehkan
manusia membezakan antara hak dan batil. Dengan ketaqwaan kepada-Nya, manusia
mendapat jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan
keamanan sekalipun manusia berhadapan dengan maut dan seksaan.
Perjanjian
(Mu'ahadah)
(An-Nahl:91)
Kaifiat (cara)
perjanjian
(Al-Fatihah:4-7)
Ingatlah wahai diri. Dalam munajat engkau itu terdapat suatu ikrar daripada Engkau "Bahawasanya engkau tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah SWT, tidak memohon pertolongan melainkan darinya dan bahawasanya engkau akan beriltizam di atas jalan yang lurus, iaitu Islam dan tidak mencari jalan-jalan lain yang sesat lagi menyesatkan, yang jelas dimurkai Allah SWT. Barangsiapa yang membatalkan (mencabuli) perjanjiannya maka sesungguhnya akibatnya hanya akan tertanggung ke atasnya, juga barangsiapa yang tersesat, maka sesungguhnya akibat kesesatan itu hanya akan ditanggung oleh dirinya sahaja. Muraqabah
(As-Syuara:218-219)
Tentang ihsan ketika nabi Muhammad SAW ditanya : "Bahawasanya engkau menyembah Allah SWT seakan-akan engkau melihatNya, engkau tidak melhatnya maka sesungguhnya ia melihat engkau." (Hadith Riwayat Muslim)
Muraqabah ialah menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah SWT di setiap waktu dan keadaan seterusnya mendampingi-Nya / mengingatiNya ketika tersembunyi ataupun secara terang-terangan. Kaifiat (cara)
Muraqabah
Muhasabah
(As-Hasyr:18)
Muhasabah : menghisab dirinya setelah mengerjakan amal. Apakah tujuan & matlamatnya dalam ia beramal itu? Adakah kerana Allah SWT? Apakah amalnya diresapi oleh sifat riak? Apakah ia melakukan sebarang perkara yang ditegah oleh Allah SWT di waktu siangnya? Apakah ia telah menunaikan segala hak-hak Allah ke atasnya juga hak-hak manusia? Semoga Allah meredhai Baginda Umar Al-Faruq ketika baginda mengatakan : Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar. Allah berfirman : " Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari kamu." (Al-Haqqah:18)
Satu waktu yang khusus dipermulakan siang-siang di mana waktu itu ia berjanji pada dirinya untuk memperbetulkan niatnya dan membina segala kewajian seterusnya membebaskan dirinya dari riak. Demikian juga pada waktu akhiran, di mana waktu itu mengasingkan diri dan menghisab keseluruhan amalnya. Jika ia dapati dalam amalan kebaikan, maka terus memuji Allah SWT kerana menunjukkan jalan yang benar. Diketika itu juga memohon kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan meningkatkan amalannya. Tetapi jika didapati amalannya adalah sebaliknya, maka ia bertaubat kepada Allah SWT, menyesali serta memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulanginya. |