E    D    I    S    I        8
 Sirah

 
  
  
   
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cinta Kerana Allah
 
BEBERAPA HADIS DAN PERISTIWA
TENTANG CINTA KERANA ALLAH
           Abu Hurairah radhiyallahua’anhu, bersabda Rasulullah SAW. Ada seorang pergi berziarah temannya di suatu dusun. Maka Allah menyuruh seorang malaikat (dengan berupa manusia) menghadang di tengah jalannya dan ketika bertemu, malaikat bertanya,” Kemanakah saudara hendak pergi?” Jawab pemuda tersebut, ”Sesungguhnya saya ingin menziarahi seorang teman kerana Allah didusun itu.”Maka ditanya, ”Adakah kamu terhutang budi kepadanya dan ingin membalas budi kebaikannya?” Jawab pemuda itu pula,” Tidak, hanya semata-mata aku kasih dan sayang kepadanya kerana Allah.” 
           Maka berkatalah malaikat itu, “ Sebenarnya saya utusan Allah kepadamu, sesungguhnya Allah kasih kepadamu sebagaimana kamu kasih kepada kawanmu itu keranaNya.”  
    (MUSLIM) 
      
      
          Abu Hurairah radhiyallahuanhu meriwayatkan bahawa rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang melawat orang sakit, atau ziarah sahabatnya kerana Allah, maka di panggil oleh suatu seruan,”Selamatlah engkau, selamatlah perjalananmu dan selamat menjadi peribumi syurga.” 
    (ATTIRMIDZY) 
      
      
          Abu Musa Al Asha’ari radhiyallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,” Sebenarnya perumpamaan sahabat yang baik dan sahabat yang buruk itu umpama pembawa minyak wangi (kasturi) dan tukang besi. Maka pembawa minyak wangi itu adakalanya memberikan sedikit haruman tersebut kepadamu atau kau membeli padanya atau kau mendapat bau harum tersebut daripadanya. Adapun si tukang besi, kalau tidak membakar pakaianmu maka kau akan mendapat bau busuk daripadanya.” 
    (BUKHARI,MUSLIM) 
      
      
           Dari Anas radhiyallahuanhu, bersabda nabi SAW, “ Tiga sifat siapa yang memilikinya akan merasa kemanisan iman. Yang pertama, jika dia menyintai Allah dan rasulnya melebihi dari segala-galanya. Yang kedua, jika ia menyintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Dan yang ketiga, enggan kembali kepada kafir setelah Allah menyelamatkannya, sabagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.”  
    (BUKHARI, MUSLIM) 
      
      
           Dari Abu Hurairah, bersabda nabi SAW, ” Pada hari Qiamat, Allah akan berfirman, Dimanakah orang yang kasih sayang kerana kebesaranku, kini aku naunginya di bawah naunganKu, di saat tiada naungan kecuali naungan Allah.” 
    (MUSLIM) 
     
     
    Hadis riwayat Abu Hurairah, bersabda nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam,”Demi Alah yang jiwaku ditangannya, kamu tidak dapat masuk yurga sehingga beriman dan tiadalah iman itu, sehingga kasih sayang pada sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan kalau kamu kerjakan akan timbul perasaan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” 
    (MUSLIM) 
     
      
           Mu’az radhiyallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Allah berfirman, mereka yang cinta kasih kerana kebesaranku mempunyai beberpa mimbar dari cahaya , yang diinginkan oleh para nabi dan orang-orang yang mati syahid.” 
    (ATTIRMIDZY) 
     
     
           Firman Allah:” Sekiranya kamu cintakan Allah, maka ikutilah ajaranku, nescaya kamu dikasihi Allah, dan diampunkan dosa-dosamu. 
    (ALI IMRAN, 31) 
 
 || Hasrat 3G || Gembala-gembala Dunia ||