------------------------------------------------------------
e     d     i     s     i     9
akhlak

mukadimah

fokus

akhlak

dakwah

puisi

feqah

renungan

koleksi sinar

Tingkatan Tangisan

Tingkatan tangisan itu ada lima macam:

  1. Tangisan kerana malu, umpama tagisan Nabi Adam a.s.
  2. Tangisan kerana kesalahan, umpama tangisan Nabi Daud a.s.
  3. Tangisan kerana takut dan bimbang, umpama tangisan Nabi Yahya a.s.
  4. Tangisan kerana kehilangan sesuatu, umpama tangisan Nabi Yaakub a.s.
  5. Tangisan kerana merasakan kehebatan, umpama tangisan sekalian para nabi alaihimussalam.
     Selain itu ada lagi tangisan yang keenam, umpama tangisan Nabi Syuaib a.s iaitu tangisan rindu dan cinta. Nabi Syuaib a.s. menangis sehingga matanya buta, kemudian dikembalikan kepadanya pandangannya, lalu dia menangis lagi sehingga buta lagi matanya dan begitulah sehingga sampai tiga kali. Maka Allah mewahyukan kepadanya: Hai Syuaib! Sesungguhnya tangisanmu itu jika takutkan api neraka, maka Aku telah amankan api neraka, maka Aku telah amankanmu dari api neraka dan jika kerana mengharapkan syurga, maka Aku telah pastikanmu menjadi ahli Syurga!

     Nabi Allah Syuaib menjawab: Tidak, wahai tuhanku! Tapi kerana sangat rindu untuk memandang wajahMu! Allah Taala lalu mewahyukannya lagi: Hai Syuaib! Pantaslah bagi siapa yang inginkan Aku, wajib menangis kerana rindukan Aku. Sebenarnya penyakit ini tidak ada penawarnya sama sekali kecuali bertemu dengan Aku.

     Diriwayatkan bahawa Rabi'ah rahimahullahutaala: Aku menangis selama sepuluh tahun terhadap Allah, dan sepuluh tahun lagi dengan Allah dan sepuluh tahun lagi kepada Allah. Maka tangisan yang dengan Allah itu kerana mengharapkan kepadaNya. Dan tangisan terhadap Allah kerana takut kepadaNya. Manakala tangisan kepada Allah kerana rinduku kepada Allah.

     Dan berkata sesetengah mereka: Aku suatu masa datang kepada Rabi'ah Al-Bishriyyah dan aku dapatinya seorang bersujud. Aku pun duduk disitu sehingga dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba aku melihat ditempat sujudnya itu air yang bertakung dari matanya. Lalu aku memberi salam kepadanya. Dia pun menjawab salamku seraya berkata: Apa keperluanmu? Aku menjawab: Aku ingin menziarahimu.

 Mendengar itu, lalu Rabi'ah menangis, kemudia dia memalingkan wajahnya dariku seraya meratap: Duhai cahaya mataku! Aku masih perlu kepadaMu, dan hairan sekali kepada orang yang mengenaliMu, bagaimana dia boleh menyugulkan dirinya dengan selain daripadaMu? Dan ajaib pula kepada siapa yang yang mahukanMu, bagaimana dia boleh mahukan selain daripadaMu?