mukadimah |
1. Dakwah merupakan salah satu daripada tuntutan iman. Iman menuntut seseorang itu menjaga amanah Allah yang telah diberikan
kepada manusia.
(Al-Ahzab : 72)
Oleh itu, setiap yang beriman perlulah menjaga amanah Allah itu dan antaranya
termasuklah menjaga kesucian ajaran-ajaran Islam. Dan menjaga kesucian
tersebut tidak dapat lari amar ma'ruf dan nahi mungkar.
2. Dakwah sebagai bukti keimanan. Sesungguhnya teras keimanan itu ialah mencintai Allah dan rasulnya.
Sebagaimana firman Allah :
(Al-Baqarah : 165)
Bukti kasih seorang kepada Allah dan rasulnya ialah berjihad pada jalannya
dan berdakwah pada DinNya. Tidak takut kepada celaan orang terhadap seruan
yang dijalankan serta melindungi orang yang beriman. Firman Allah : "
Hai orang yang beriman, barang siapa di antara kamu murtad dari agamanya,
maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka
dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang
mukmin
dan bersikap keras terhadap orang kafir yang berjihad di jalan Allah dan
tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Dan itulah kurniaan Allah
kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi
Maha Mengetahui." (Al-Maidah : 54)
3. Dakwah adalah syarat kesempurnaan iman. Amalan merupakan syarat kesempurnaan iman. Amalan yang paling baik adalah amal soleh yang dilakukan secara berterusan. Dan tidak ada amalan yang lebih berterusan daripada melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. 4. Dakwah menjadi benteng kepada iman Dalam masa sepanjang zaman dari setiap kaum, syaitan berjaya menjadikan rakan-rakannya dari kalangan manusia. Mereka diperalatkan untuk tentera mereka. Mereka disuruh berjuang untuk kepentingan syaitan iaitu menyesatkan manusia. Firman Allah :
(Al-A'raf : 27)
"Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar membantah
kamu."
(Al-An'am : 121)
Jelas disini bahawa syaitan dan kawan-kawannya dari kalangan manusia akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia. Jadi, umat Islam
perlu bangkit untuk melawan segala tipu muslihat mereka dengan melakukan
amar ma'ruf dan nahi mungkar.
5. Dakwah sebagai bekalan untuk mengukuhkan iman Iman itu ada turun dan naiknya. Ia surut jika tidak dibajai dan dibiarkan
diserang oleh penyakit yang merosakkannya. Ia menjadi subur dan hidup dengan
menyahut seruan Allah dan Rasulnya mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan
larangannya.
"Hai orang yang beriman, jika kamu Din Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu." (Muhammad : 7)
"Dan Allah benar-benar akan menolong sesiapa yang menolongNya."
(Al-Haj : 40)
"Dan orang yang berjihad untuk Kami, benar benar kami akan tunjukkan
meraka jalan-jalan kami."
(Al-Ankabut : 69)
|