SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang (SKBB) telah ditubuhkan pada tahun 1907 atas inisiatif masyarakat setempat dan kerajaan. Pada mulanya terdapat hanya satu sahaja bangunan asal beratap nipah. Tetapi pada hari ini (1999) , SKBB tersergam indah dengan lima buah blok bangunan; tiga buah blok setingkat dan dua blok empat tingkat.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai dua orang tenaga pengajar iaitu Encik Khatib bin Said selaku Guru Besar dan seorang guru penolong. Bilangan pelajarnya pula seramai 32 orang.

Kini, SKBB mempunyai seramai 46 orang guru termasuk seorang Guru Besar dan tiga orang Guru Penolong Kanan serta lima orang staf sokongan berpadu usaha demi mendidik seramai 1040 orang anak bangsa di bawah kepimpinan Puan Hjh. Sahara bt. Hj. Mohd Sudi, (PPN., PBM ) selaku Guru Besar.

Dengan berlatar belakang bukit iaitu Bukit Beruang, berhadapat dengan tiga persimpangan jalan, serta berjiran dengan Jabatan Pendidikan Melaka, Universiti Telekom Malaysia (UNITELE), Istana Negeri (Kediaman rasmi TYT Yang DiPertua Negeri Melaka), Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB ), Komplek Mahkamah serta dua pusat membeli belah iaitu Jaya Jusco dan Kotamas, SKBB kelihatan indah megah, berdiri gagah bersama arus pembangunan pesat di persekitarannya.

kataluangb/bguru/guru/lencana/lagu/pentadbir1/sejarah/organisasi/aktiviti/profil/home