|pentiumII| |videocon| |digicam| |cdwriter| |modem| |scanner| |printer| |perpustakaan|
 
Pentium II 233MHz
  PENTIUM II 233 MHz
 
         Kelab Sains Komputer KISAS ( KSK ) merupakan salah satu badan yang sentiasa  mengikuti perkembangan teknologi terkini. Pada awal penubuhan kelab ini, kemudahan komputer pada masa itu adalah merupakan keluaran yang terbaru antaranya Pentium-75 Mhz , Pentium-100 Mhz dan Pentium-133 Mhz..Namun teknologi maklumat berarus deras tanpa mengikut masa. Ekoran itu , KSK telah mengambil langkah bijak untuk mengikut arus kemajuan dengan menambah komputer-komputer terkini seperti Pentium Mmx 166 Mhz dan yang terbaru ialah Pentium II 233 Mhz.
 
Video Conferencing
VIDEO CONFERENCING
 
        Dalam mengharungi era cyber , KSK telah mengambil langkah bijak untuk menyediakan kemudahan `video conferencing ' untuk kemudashan semua ahli. Dengan adanya kemudahan ini ,semua ahli kelab dapat mengetahui cara menggunakan alat ini yang mana ia merupakan salah satu alat komunikasi yang semakin meluas digunakan. Melalui alat ini juga ahli kelabdapat berhubung dengan bekas-bekas pelajar melalui `chat room' kami sendiri.
 
 
Digital Camera
DIGITAL CAMERA
 
        Sejajar dengan matlamat kelab untuk memberi pendedahan sepenuhnya kepada semua ahli tentang perkembangan  dunia teknologi , pada tahun ini KSK telah membeli sebuah kamera digital yang menggunakan disket bagi mengambil alih fungsi filem.Kami juga memberi peluang kepada semua ahli kelab untuk menggunakannya dalam proses membuat homepej persatuan ataupun kelab masing-masing.
 
 
CD Writer
 CD WRITER
 
        Satu lagi kemudahan terbaru yang kami sediakan untuk semua ahli kelab adalah CD Writer. Ia berfungsi sebagai satu wadah untuk menyalin sesuatu program. Melalui alat ini juga , kami dapat menggunakannya sebagai pengganti kepada CD ROM bagi komputer - komputer yang tidak mempunyai CD ROM.
 
 
Modem 33.6kbps dan 56kbps
MODEM
 
        Di KSK, kami juga mempunyai dua buah modem iaitu Zoltrix dengan kelajuan 36 kbps dan Well dengan kelajuan 56.6 kbps yang mana ia digunakan sebagai `server' kepada internet. Dengan ini para ahli kelab dapat meng'access'  internet dan menggunakannya sebagai wadah penyalur maklumat terkini sesuatu berita dan perkembangan terkini seluruh pelosok dunia. Sebagai permulaan , KSK hanya menyediakan satu sahaja talian internet untuk kemudahan ahli kelab. Kemungkinan  KSK akan menambah satu lagi talian internet di KSK mengikut perancangan kelab pada tahun hadapan. Ini kerana pada tahun hadapan juga kolej akan dibekalkan dengan beberapa talian internet selaras dengan program sekolah bestari.
 
 
Scanner ScanJet 4c
SCANNER
 
        Scanner merupakan satu lagi kemudahan yang terdapat di KSK.Kemudahan ini digunakan sepenuhnya oleh ahli kelab untuk memasukkan salinan dokumen atau pun gambar ke dalam komputer dan disket. Scan Jet 4c ini juga digunakan dalam proses membuat pertandingan homepej di peringkat kolej.
 
 
Printer LaserJet 6L
PRINTER LASERJET 6L
 
        Kelab Sains Komputer KISAS juga ada menyediakan perkhidmatan `printing' .Keistimewaan perkhidmatan ini di KSK ialah caj yang dikenakan adakah rendah dan hasil yang berkualiti. Masa yang diambil juga pantas kerana kelab ini tidak ketinggalan dalam teknologi percetakan. Kelab ini mempunyai pelbagai pencetak antaranya ialah Laser Jet 6L yang merupakan antara teknologi terkini dalam percetakan melalui komputer dengan menggunakan teknologi laser dalam mencetak dokumen. Selain daripada itu terdapat juga printer-printer lain seperti Laser Jet 5L , Laser Jet 4L , Epson Stylus Color 300 dan BJC 210SP.
 
 
Perpustakaan Mini
PERPUSTAKAAN MINI
 

        Sebagai tempat rujukan dan mendapatkan pelbagai maklumat tentang komputer dan teknologi terkini, KSK ada menyediakan sebuah perpustakaan mini .Di perpustakaan mini ini terdapat pelbagai buku -buku serta majalah yang berkaitan dengan `software' dan `hardware'. Perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan pinjaman buku untuk semua ahli kelab. Ini bertujuan memberikan informasi terkini dalam pelbagai aspek termasuklah pendidikan dan alam perkomputeran dengan ledakan informasi teknologi maklumat yang terbaru.
 

 
 
| ke atas | | seterusnya