SEJARAH SEKOLAH

 SK Paya Dalam mula dibuka pada tahun 1932 dengan nama Sekolah Rakyat Paya Daalam, ini kerana bangunannya dibina secara gotong royong oleh penduduk tanpa menerima sebarang bantuan dari pihak kerajaan. Bahan-bahan binaan di ambil dari hutan berhampiran. Dikelolakan oleh dua orang guru, seorang Guru Besar (Cikgu Abd.Aziz bin Rahmat) dan seorang guru pembantu (Cikgu Mahmud bin Ahmad). Kedua- duanya lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Muridnya pula terdiri dari 62 orang.

Untuk mengatasi kekurangan bilik darjah , maka orang-orang kampung telah mendesak kerajaan Inggeris memberi bantuan untuk mendirikan sebuah sekolah yang sesuai. Pada tahun 1949 sebuah sekolah yang lebih besar di bina di tapak yang baru (diwakafkan oleh Wak Paiman). Sekolah baru ini telah dapat memuatkan seramai 176 orang murid dalam 6 aliran dengan nama Sekolah Melayu Paya Dalam.

Pada tahun 1967 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan tambahan mengandungi 4 kelas bilik darjah dan sebuah kantin. Semakin hari semakin ramai anak-anak kampung yang memerlukan pendidikan. Oleh itu pada tahun 1975Jabatan Pelajaran Melaka telah memberi peruntukan membina sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 bilik Guru Besar, sebuah pejabat dan tandas guru serta tandas murid .

 Kini tahun 1999 Sekolah Kebangsaan Paya Dalam telah mempunyai 15 bilik darjah dengan murid seramai 498 orang , 25 orang guru dan 7 orang staf bukan guru, dengan menggunakan 3 buah bangunan yang sedia ada sejak tahun 1975. Mudah-mudahan sekolah akan menerima sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang dapat menampung segala kekurangan bilik darjah dan bilik-bilik khas.

 

[aluan guru besar][sejarah][organisasi][aktiviti][guru besar] [matlamat][bukan guru][senarai guru]

[kurikulum][kokurikulum][hal ehwal murid][pibg]