Sejarah

Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Pay Fong 2 di Melaka adalah sebuah sekolah yang dikelolakan oleh Lembaga Pengurus Sekolah-sekolah Pay Fong , Pay Teck dan Ping Ming di Melaka.

Letaknya sekolah ini adalah di Jalan Bandar Hilir ( sekarang dikenali sebagai Jalan Tamby Abdullah atau Jalan Parameswara ) Melaka. Usia pembangunan sekolah setakat ini adalah selama lima puluh lapan tahun. Sekolah ini telah melatih ramai murid yang berguna kepada masyarakat kita sepanjang masa ini.

Sekolah Pay Fong ( 2 ) mulai dibina pada tahun 1938 . Letaknya mula-mula di No. 87 , Jalan Tengkera di Melaka. Kemudian Sekolah ini diberhentikan ke atas sebab kedatangan askar-askar Jepun. Setakat tahun 1945 , orang-orang kenamaan masyarakat kaum Cina di Jalan Bandar Hilir , seperti Encik Lee Chee Tuan , Encik Tan Chu Cheng , Encik Chuan Lai Fatt , Encik Lau Tong Kueh , Encik Tan Ho Four , Encik Lee Yuan Kim , Encik Yan Ming Chi dan Encik Chang Sing Wei bersama-sama dengan orang-orang peminat kepada bidang pelajaran Bahasa Cina membantu dalam pembinaan Sekolah Pay Fong ( 2 ) . Pada masa itu Sekolah ini berada di No.184 , Jalan Bandar Hilir . Guru Besarnya ialah Encik Goh Chin Kar .

Pada tahun 1957 , Encik Lung Chow Kuang , PJK menjadi Pengerusi Sekolah ini . Beliau bersama-sama dengan Ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah ini mendapatkan sokongan dari orang ramai dan juga bantuan kewangan dari kerajaan untuk membina sebuah sekolah baru . Dalam bulan Jun tahun 1961, sekolah baru telah didirikan di No. 225 , Jalan Bandar Hilir.

Pada tahun 1963 , Guru Besar Encik Goh Chin Kar telah bersara dan Encik Ong Chek Te telah menjalankan tugas Guru Besar Pada tahun 1964 dalam bulan Mac , Encik Tan Tian Bok , AMN telah menjadi Guru Besar yang kedua di sekolah ini .

Perhubungan rapat diantara Guru Besar Encik Tan Tian Bock dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah dan guru-guru di Sekolah ini dan juga penambahan jumlah penduduk di sekeliling sekolah ini menyebabkan jumlah murid bertambah beransur-ansur . Tidak lama kemudian , sekolah yang kecil ini dijadikan sekolah " Gred B".

Pada 31 Mac 1969 , Guru Besar Encik Tan Tian Bock telah ditukarkan ke tempat lain menyebabkan sekolah ini tidak mempunyai seorang Guru Besar selama dua tahun . Dalam masa itu , Pengerusi Sekolah melantik Penolong Kanan , Encik Ong Chek Te menjadi Guru Besar Sementara . Encik Wang Seng Wee telah menjadi Guru Besar yang ketiga di Sekolah ini mulai 1 Jan 1971 .

Oleh kerana jumlah murid kian bertambah berlipat ganda , bilik guru telah digunakan sebagai bilik darjah untuk murid . Lembaga Pengurus Sekolah telah bercadang meminta sumbangan dari pihak kerajaan dan orang ramai untuk membina 2 buah bilik darjah . Bilik darjah baru ini telah disiapkan pada bulan Oktober 1971 . Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi bantuan wang sebanyak RM 14,000.00 pada tahun 1971 untuk membina 3 buah bilik darjah dan 2 buah bilik tandas . Projek Pembangunan ini telah dimulakan pada bulan Disember 1971 dan disiapkan pada bulan Februari 1972 . Jumlah perbelanjaan pembangunan ini adalah RM 16 ,400.00 . Padang di hadapan sekolah juga dapat ditanamkan rumput dan dikelilingi dengan pagar . Pada tahun 1972 bangunan kantin baru telah didirikan .

 Guru Besar Wang Seng Wee telah ditukarkan ke Jabatan Pelajaran Melaka untuk menjadi Pengelola Sekolah-sekolah Cina pada 1 November 1974 dan Encik Yoong Tong Pin dilantik menjadi Guru Besar Sementara. Pada 1 Julai 1975 , Encik Long Yu Aik menjadi Guru Besar .

 Sebuah Bilik Muzik dan tempat meletak basikal telah dibina pada tahun 1978 . Pada bulan September 1978 , Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM15 ,000 . 00 untuk membina sebuah bilik perpustakaan dan sebuah bilik TV dan Radio . Dari bantuan Lembaga Pengurus Sekolah , sebuah bangunan bertingkat dua telah didirikan . Kantin sekolah diletaknya di bawah bangunan ini dan bilik perpustakaan dan bilik TV dan Radio di atasnya . Pembinaan ini telah disiapkan pada bulan Januari 1980 .

 Pada awal tahun 1980 , Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ) sekolah ini telah memberi sumbangan sebanyak RM 4 , 000 .00 untuk mengubahsuaikan bilik bacaan menjadi sebuah Klinik Pergigian Sekolah . Alat-alat pergigian adalah dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia . Pada bulan Julai 1980 Jabatan Kesihatan Malaysia telah menghantar seorang jururawat untuk memberi perkhidmatan kepada murid-murid sekolah ini .

 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi bantuan sebanyak RM 16,000.00 untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan sekolah . Majlis Daerah Melaka Tengah juga telah sumbangkan sebanyak RM10, 000.00 untuk mendirikan pagar sekolah .

 Pada hujung tahun 1983 , sebuah bangunan baru bertingkat tiga mengandungi 9 buah bilik darjah telah siap dibina . Perbelanjaan untuk projek ini memakan wang sebanyak RM 300,000.00 Wang ini adalah sumbangan dari Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ) sekolah ini .

 Oleh kerana bilangan guru telah bertambah hingga 38 orang pada tahun 1987 , bilik guru yang lama tidak dapat menempatkan semua guru ini . Ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah telah menyumbangkan sebanyak RM 8 ,000.00 untuk membesarkan bilik guru yang lama itu . Projek ini telah disiapkan pada awal 1987 .

 Disamping menjalankan urusan harian , para guru juga bertungkus lumus untuk mengutip derma bagi Tabung Pembangunan Sekolah . Pada tahun 1990 , kakitangan sekolah telah menyumbangkan RM 6 ,000. 00 kepada Tabung Pembangunan . Pada tahun yang sama juga , kakitangan sekolah telah berusaha menganjurkan Pasaria dan berjaya mengutip derma sebanyak RM 10 ,000.00. Atas usaha guru-guru sekolah mendapat derma sebanyak RM 140 , 000.00 untuk membina sebuah bangunan 3 tingkat yang telah disiapkan pada bulan September 1990 .

Pada tahun 1992 pula , kakitangan sekolah sekali lagi menganjurkan kutipan derma dan berjaya mengutip sebanyak RM 320,000.00 Kutipan ini telah digunakan untuk membina sebuah lagi bangunan baru bertingkat 3 yang telah disiapkan pada bulan Oktober 1993 . Pembangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Fong Chan Onn , DMSM Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada 28 Mei 1994 .

 Guru Besar Encik Long Yu Aik telah ditukarkan ke SJK ( C ) Pay Fong ( 3 ) , Jalan Puteri Hang Li Poh , Melaka mulai 11 Mei 1993 dan Encik Tan Tiong Kang , seorang Guru Penolong Kanan I di sekolah ini telah diarahkan untuk memegang kerja Guru Besar sehingga 30 November 1994 .

Encik Tan Hoon Kheng dari Jabatan Pendidikan Melaka telah mengambilalih tugas Guru Besar mulai 1 Disember 1994 . SJK ( C ) Pay Fong ( 2 ) telah mendapat '' Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah Cemerlang Tahun 1995 '' yang diberi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan November , 1995 .

 Selepas Encik Tan Hoon Kheng bersara pada tahun 1996 , Encik Teoh Chye Kee dari SJK ( C ) Wen hua telah dilantik menjadi Guru Besar mulai 13 Jan. 1996 .

Oleh kerana jumlah murid kian bertambah berlipat ganda , 5 kelas Tahun Satu terpaksa diadakan pada sessi petang . Lantaran ini , Lembaga Pengurus Sekolah dan pihak PIBG telah bercadang meminta sumbangan dari pihak sekolah serta orang ramai untuk membina se buah bangunan baru bertingkat 4 lagi supaya sekolah hanya mempunyai sessi pagi sahaja . Pada tahun 1996 dan 1997 , Jamuan Makan Malam telah diadakan untuk menambah kutipan Tabung Pembangunan . Bangunan empat tingkat ini telah dibina mulai bulan Mei 1997 dan disiapkan pada akhir bulan November . Bangunan baru ini mengandungi 12 buah bilik darjah , sebuah pejabat Guru Besar , GPK serta guru , bilik TV , perpustakaan , Pusat kegiatan dan dua buah bilik tandas.

Mulai tahun ini , sekolah ini telah menjadi sekolah bersessi pagi . Pada masa sekarang sekolah ini mempunyai 49 orang guru , 6 orang kakitangan bukan guru dan seramai 1,377 orang murid.

 

WS5 / SEJARAH ( Disediakan pada 2.9.1998 )

home | aluan | sejarah | aktiviti | tenaga pengajar | tenaga bukan pengajar | motto | organisasi |