S. J. K. C Notre Dame

KATA-KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN

GURU BESAR

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata di laman web ini.

Tidak lama lagi, kita akan menjangkau ke abab 21. Sebagai persiapan , teknologi maklumat(IT) telah giat diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Melaka telah mengambil langkah positif dengan mengarahkan agar setiap sekolah rendah gred A di negeri ini mempunyai laman web sendiri dan S.J.K. C Notre Dame adalah salah satu daripada sekolah yang telah dipilih.

Pengetahuan komputer adalah amat penting dalam dunia teknologi maklumat. Lebih-lebih lagi, pelajar-pelajar yang bakal memimpin negara pada masa akan datang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan komputer yang secukupnya. Sejurus itu, pada permulaan tahun 1999, atas usaha bersama PIBG sekolah, sebuah makmal komputer telah berjaya didirikan dan Kelas komputer pula telah dimasukkan ke dalam jadual pengajaran harian bagi memastikan setiap pelajar SJK C Notre Dame, berpeluang belajar dan menguasai kemahiran teknologi maklumat terkini . 

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan sektor samada milik kerajaan mahupun swasta telah menyelaraskan penggunaan komputer dalam kerja-kerja penghasilan, pengurusan dan pentadbiran. Kami beharap penyelarasan penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dipertingkatkan lagi. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pula dapat diperluaskan lagi demi masa depan pelajar disamping mengurangkan beban kerja guru 

Akhir kata, Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad . Sama ada wawasan tersebut boleh dicapai, ia terpulang kepada usaha kita semua. "Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan" bersama-samalah kita berusaha menjayakan wawasan tersebut. Terima Kasih.


 [ Sejarah ] [ Organisasi ] [ Guru ] [ Bukan Guru ] [ Aktiviti ] [ Pencapaian ]