SEJARAH
( SJK C NOTRE NAME )
1949 Rev.Mother - Martha membeli sepintu kedai di jalan Tengkera, Melaka, untuk menubuhkan sekolah, ramai muridnya 23 orang. 
1952 Sekolah itu ditamatkan kerana masalah iktisas dan hal-hal lain
1957 Dengan Bantuan (Ahli Majlis Perbandaran Kawasan Bandar Hilir), Encik D'Cruz, Rev.Mother Pius membeli sebidang tanah daripada Kerajaan, luasnya 5 ekar, di Jalan Gajah Berang, Melaka, untuk membina sekolah (iaitu alamat sekolah sekarang). Sekolah itu mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah kantin dan tandas.
1958 Jumlah murid 148 orang iaitu dari darjah satu hingga darjah lima. Guru Bersar ialah Sister Mary Magdelena. Diadakan pembukaan rasmi bangunan sekolah pada 4hb Disenber 1958.
1959 Ditambahkan lagi hingga darjah 6, jumlah murid 184 orang 
1960 Sekolah Menegah mula didirikan
1961 Sekolah Menengah siap dibangunkan. Pentadbiran institusi pun dibahagikan kepada Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah. 1hb Februari 1961, Guru Besar Sister Mary Magdelene bertukar ke Singapura. Sister Mathew Woo Yang berasal dari Ipoh menggantikan tempat kekosongannya 
1963 Rev. Mother Pius yang memulakan Sekolah Rendah lagi pada 1957, mendirikan Sekolah Menengah serta membina dewan sekolah itu bertukar ke Bukit Mertajam pada 26hb Disember 1963
1964 Murid-murid seramai 239 orang .
1965 Menbina lagi 2 buah bilik darjah baru. Bulan Ogos, kantin sekolah diperbesarkan
1967 Membina pejabat guru besar dan pejabat guru.
1969 Sekolah mengandungi 12 buah kelas.
1974 Bertambah 19 buah kelas, jumlah murid 847 orang. Pengerusi PIBG ialah Encik Tan Kee Gak. 
1976 Murid telah meningkat lebih daripada 1000 orang dan guru berjumlah 32 orang. Julai 1976, sebuah bangunan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik perpustakaan pun siap dibina.
1978 Sesi pagi 16 buah kelas, sesi petang 8 buah kelas, jumlahnya murid 1135 orang. Mei 1998, gelanggang bola keranjang telah dibina dengan bantuan PIBG. Sebuah klinik pergigian ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan.
1979 Guru Besar, Sister Mathew Woo Bersara.
1980 Sister Peter Tan yang datang dari Kuala Lumpur menggantikan kekosongannya. Paun Tan Kin Lip dilantik menjadi Guru Penolong Kanan kerana Cik Leong Pui Mui telah bertukar ke SJK(C) Yok Bin. Pihak sekolah membuat bumbung pada gelanggang bola Keranjang yang membelanjakan 40 ribu ringgit. Pengerusi PIBG, Encik Soon Kim Hock serta AJK melancarkan tabung membina bumbung. 
1986 Kantin lama telah dirobohkan lalu membina bangunan dua tingkat. Tingkat bawah dijadikan kantin sekolah dan pejabat guru. Tingkat atas dijadikan pusat sumber. PIBG menjual tiket jamuan makan malam raksasa untuk memungut derma bagi tabung pembinaan tersebut.
1989 Pada 31hb Mei, 1989, Guru Besar Sister Peter Tan Bersara, maka Pn. Tan Kin Lip memangku jawatan kekosongannya. 
1995 1995 Pada penhujungan tahun 1995, sebuah bangunan sekolah 7 bilik darjah di musnahkan oleh anai-anai dan diiytiharkan sebagai sebuah bangunan merbahaya. Justera itu, sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Kelas berapung diadakan.
1996 Maka Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Murid-murid Tua Sekolah ini menggambil inisiatif mengerakan Kempen Derma Bangunan Baru pada awal tahun 1996. Ia di ketuai oleh Pengerusi PIBG, iaitu Encik Puan Chen Keck. Banyak aktiviti diaturkan, Syarikat Tiger Bir menganjurkan konsert nyanyian, 3 Lembaga Sekolah menjual kuih-kuih Tahun Baru Cina, Penduduk Kampung Baru Salak South Kuala Lumpur turut membantu mencari derma, segala sumbangan untuk merayakan hari jadi ke-80 Pengerusi Lembaga Sekolah Dato Goh Tiong Sin juga disalurkan kepada tabung pembinaan bangunan baru sekolah dan murid tua Ng Kui Hua dianjurkan menyanyi. Sokongan kuat daripada semua lapisan masyarakat yang mencintai Bahaa Cina dan sekolah Cina telah berjaya mendapatkan jumlah melebihi RM satu juta. Kementerian Pendidikan Malaysia juga memperuntukkan sejumlah RM150,000 untuk bangunan baru ini. Guru Besar Tan Kin Lip bersara pada akhir tahun 1996.
1997 Guru Besar Lim Siew Guat mula bertugas pada 1-1-1997. Tender bagi project pembinaan bangunan baru pun diadakan. Perasmian Pecah Tanah Bangunan Baru Oleh YB Timbalan Menteri pendidikan Malaysia Dato Dr. Fong Chen Onn diadakan pada 31-2-1997. Bangunan Baru Sekolah Baru 4 tingkat mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. Bangunan Baru ini mempunyai 16 buah bilik darjah, sebuah bilik komputer berhawa dingin, sebuah bilik pergigian moden dan lengkap, sebuah bilik penjual buku, sebuah bilik guru Penolong Kanan serta pusat aktiviti yang luas di bawah tingkat bangunan itu.
1998 Pada 1-4-1998, Sekolah bermula satu sesi persekolahan. Semua 25 kelas diadakan pada waktu pagi. Perasmian pembukaan bangunan baru oleh YB Timbalan Menteri pendidikan Malaysia Dato Dr. Fong Chen Onn dan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Dato Goh Tiong Sin diadakan pada15-10-1998. Maka SJK (C) Notre Dame Melaka memajukan setapak lagi ke abad 21. 
1999 Guru Besar, Puan Lim Siew Guat Bersara. Guru Besar baru Puan Lim Ting Theng mula bertugas pada 21 Julai 1999.
Kemudahan dan kelengkapan sekolah semakin bertambah baik dekad kebelakangan ini. Bilangan murid bertambah dari beberapa puluh pada awalnya kepada hampir seribu sejak permulaan sekolah ini. Hasil kejayaan ini adalah usaha daripada semua pihak. Perkembangan Pendidikan Bahasa Cina kelak Bergantung kepada guru, Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan penyokong kuat Bahasa Cina. Mereka harus berusaha lebih gigh dan berganding bahu bagi perjuangan bahasa ibunda.

[ Kata Aluan ]  [ Organisasi ] [ Guru ] [ Bukan Guru ] [ Aktiviti ] [ Pencapaian ]