SEJARAH SEKOLAH

 

LOKASI SEKOLAH

Sekolah ini terletak kira-kira 9 Km dari Bandar Melaka Bersejarah. Luas kawasannya kira-kira 2.389 ekar.

 

SEJARAH AWAL

Sekolah Cheng telah dibangunkan pada awal tahun 1930an. Pada peringkat awal sekolah ini terdiri daripada satu bangunan dua tingkat yang diperbuat daripada kayu di sebeah atas manakala bawahnya diperbuat daripada batu. Tangganya diperbuat daripada batu dan atapnya adalah atap genting. Di tingkat atas bangunan ini ada satu bilik darjah yang besar dan tiga bilik darjah di bawah. Bilik Guru Besar terletak di tingkat atas. Terdapat enam orang guru dan seorang tukang kebun/sapu.

 

PERKEMBANGAN SEKOLAH

BANGUNAN

Dalam tahun 1976, satu bangunan batu dua tingkat telah didirikan. Bangunan ini mempunyai dua bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik pejabat dan sebuah tandas murid lelaki. Sebuah bilik darjah di tingkat bawah telah digunakan untuk bilik perpustakaan dan bilik pusat sumber. Sebuah bangunan gotong -royong telah dibina dan siap pada 22.12.1988, yang mengandungi 4 bilik darjah. Pada 17.3.1993 sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan 3 tingkat telah mula dibina. Bangunan tambahan ini mengandungi 12 bilik darjah, sebuah ruang pentadbiran, sebuah bilik guru, perpustakaan, bilik tayang, bilik gerakan, bilik perkembangan staf, bilik sembahyang, kedai buku, stor SPBT, dan klinik. Bnagunan ini mula digunakan pada 20.6.1994.

 

KANTIN SEKOLAH

Sebuah kantin sekolah yang sederhana besarnya telah juga dibangunkan bersama-sama dengan bangunan tambahan 2 tingkat satu blok pada tahun yang sama. Kantin ini mengandungi sebuah bilik dapur dan ruang makan yang agak luas. Pada pertengahan tahun1995, sedikit unjuran telah dibuat untuk menambahkan keluasan kantin.

 

PADANG PERMAINAN

Sebuah padang permainan telah dibina pada tahun 1930an yang mana masih digunakan hingga kini. Padang permainan ini juga digunakan oleh murid-murid tua sekolah dan orang luar untuk bermain bola sepak pada waktu petang.

 

[Kata aluan]Sejarah]Motto] Staff]Aktiviti]Organisasi]  

[HOME]