Kata- kata Aluan Guru Besar

Guru Besar : En. Chong Yit Hoe

 SJK© Malim merupakan sebuah sekolah bantuan modal Gred A yang terletak di pinggir Bandar Melaka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1950, kini menjangkau usia 50 tahun.

Segala daya usaha dan abadi yang dicurahkan oleh para pengasas sekolah ini baik dari Lembaga Pengelola sekolah, PIBG dan juga masyarakat setempat amat kami sanjungi. Mereka bertungkus-lumus, tanpa mengenal penat lelah dan putus asa dengan semangat yang kental dan sanggup berkorban apa jua demi untuk kepeningan pendidikan generasi baru kita, maka sekolah ini dapat berkembang dengan pesat dari masa ke semasa.

Matlamat utama pendidikan ialah memperkembangakn lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sebagai penyambung obor pendidikan masa kini, saya berazam dan berdaya upaya menyumbangkan segala tenaga dan usaha kepada sekolah ini.

Saya yakin dengan adanya semangat kerjasama, kesungguhan dan dedikasi guru dan juga segala anggota sekolah, sekolah ini boleh mencapai prestasi kecemerlangan di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum untuk menuju ke arah "Zero Defect" sebagaimana dikehendaki.


sejarah | carta-oraganisasi | motto | guru | b.guru | lencana | profil | aktiviti |kurikulum | sekolah_siber | kementerian_pendidikan