SJK(C) MALIM
SEJARAH SEKOLAH
  

       SJK (C) MALIM merupakan harta benda Persatuan Hai Nan Melaka. Ia diasaskan|oleh bekas Encik Gua Ju Chuan dan beberapa orang tokoh Cina sebelum Perang Dunia Kedua. Ia terletak di barat pinggir bandar Melaka, kira-kira 4 batu di Jalan Malim . Pada mulanya, kawasan sekolah ini amat terpencil dan bilangan penduduk yang tinggal di sini amat kurang. Sekolah ini juga berada dalam keadaan serba kekurangan. Tidak lama selepas sekolah ini dibuka, Perang Pasifik pun meletus, maka ia terpaksa ditutup untuk sementara.

       Semasa sekolah ini dibuka semula pada tahun 1950, ia masih tidak mempunyai bilik darjah sendiri. Murid-murid belajar dalam sebuah pondok yang terletak di atas bukit perkuburan yang berhampiran dengan sekolah kini. Pada tahun 1953, pemimpin-pemimpin Persatuan Hai Nan telah berusaha mengutip derma untuk membina bilik darjah baru di bawah pimpinan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Persatuan yang pertama, Encik Wu Yun Ke. Luasnya tanah sekolah ketika itu ialah kira-kira 2 ekar. Setelah berusaha secara bersungguh-sungguh serta secara kolektif selama 2 tahun, bangunan bilik darjah baru akhirnya dapat dibina pada tahun 1956. Usaha ini telah membawa banyak menafaat kepada rakyat Cina terhadap pendidikan negara di Malaysia.

       Sejak sekolah dibuka semula sehingga bangunan bilik darjah baru dibina, Encik Wu Yun Ke J.P.telah berusaha kerana selama lebih daripada 10 tahun sehingga beliau meninggal dunia. Walaupun beliau tiada lagi, namun sumbangan dan jasanya terhadap sekolah ini masih dikenangi. Selepas itu, Encik Long Zhao Guang P.J.K. di lantik oleh Lembaga Pengelola sebagai Pengerusi sekolah ini.

        Encik Long Zhao Guang suka berbakti kepada masyarakat. Beliau memengang jawatan Pengerusi bagi 4 buah sekolah di Melaka . Beliau bukan sahaja menyumbang dari segi kewangan, malahan juga dari segi tenaga. Sumbangan dan jasanya terhadap sekolah ini amat besar. Beliau telah membantu murid-murid miskin membeli buku setiap tahun. Semangat beliau terhadap perkembangan pendidikan sekolah Cina amat disanjungi.

        Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah yang lengkap. Bangunan sekolah memenuhi standard yang ditetapkan dan kelengkapannya juga semakin sempurna. Oleh kerana kawasan ini agak tepencil, pada tahun 1960-an . Namun begitu , oleh kerana kerajaan memandang berat terhadap pendidikan di luar bandar,jadi sekolah ini diberi 4 orang guru untuk mendidik kira-kira 60 orang murid. Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan 10,000 ringgit kepada sekolah ini setiap tahun. Berpandukan Rukun Negara, pendidikan kebangasaan telah berkembang dengan pesat dan masa depan tanah air amatlah cerah.


aluan |carta_organisasi |motto | guru |b.guru |lencana |profil |aktiviti|kurikulum | sekolah siber |kementerian pendidikan