SEJARAH SEKOLAH

 

Sejarah Awal

Sekolah ini ditubuhkan pada 16.4.1922 dengan menyewa rumah kediamandi 135 Jalan Bunga Raya Melaka oleh beberapa orang kenamaan yang diketuai En. Sim Hong Pak dan En. Tham Song You.Mereka merancang membantu budak-budak miskin yang tercircir sekolah dan merayau di kawasan itu. Oleh itu nama sekolah Ping Ming membawa makna 'sekolah untuk rakyat miskin'

Pada mulanya sekolah ini memberi pendidikan percuma, murid tidak kenakan bayaran. Lebih kurang ada 60 orang murid dibahagikan kepada 4 darjah iaitu 1a, 1b, 2a dan 4b. 2 bilik darjah diperuntukan. Kemudian sumbangan bulanan dari penyokong untuk menampung perbelanjaan. Apabila bilangan murid bertambah ke 200 orang, murid dikena bayaran 50 sen sebulan sebagai yuran sekolah. Disamping itu pihak pengurus berjaya memohon bantuan subsidi 'elaun Gred C' daripada Kerajaan Tempatan.

 

Tahun 1929, En. Goh Heng Fu dilantik mengurus sekolah. Pada tahun berikut murid berpindah ke tapak baru, 170, Jalan Bunga Raya ,Melaka, Bangunan ini mengandungi 3 buah kedai dan dijadikan 6 bilik darjah. Pada tahun 1933 En. Hok Siu Wan dilantik mengurus sekolah dan dapat bantuan elaun Gred B dari Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1935, En. Tay Kun Peng mengurus Sekolah. Bilangan murid bertambah ke 360 orang. Ada 12 orang kakitangan. Yuran sekolah $1.00 sebulan. Pada tahun 1936, Sistem jawatan Guru Besar diwujudkan, En. Tay memegang jawatan Guru Besar. Dari tahun 1936 - 1939 sekolah ini dapat bantuan elaun Gred A daripada Pejabat Pelajaran Tempatan.
Selepas Perang Kedua
Selepas perang kedua pada 8-10-1945, Sekolah ini terpaksa meminjam bangunan 115, Jalan Gelanggang, Melaka untuk memulakan pengajaran me-mandangkan bilik darjah telah diduduki orang. En. Chong Sek San menjadi Guru Besar. Sesi petang terpaksa diadakan kerana bilangan murid bertambah.

Pada tahun 1947, En. Sim Moo Yu dilantik sebagai Guru Besar, murid-murid kembali ke bangunan asal untuk melanjutkan pelajaran mereka. Pada tahun 1949, sekolah ini dibekal sebuah radio oleh Pejabat Pelajaran tempatan. Setiap hari murid dapat mendengar siaran radio yang ditetapkan. Dalam tahun 1950 sekolah mendapat perkhidmatan telefon.

Pada 16 April 1950 sekolah ini meraikan Ulangtahun yang ke 28. Pada 8 Jun 1950, pengasas sekolah En. Sim Hong Pak meninggal dunia. Jasa baiknya amat disanjung tinggi. Pada ketika itu Bahasa Melayu Darjah 4 mula diajar.

Selepas Merdeka
Pada 20hb April 1962, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Malayu Y.B. Kapten H. AB. Hamid Khan J.M.N. J.P. telah dijemput merasmikan pembukaan bangunan baru yang bertapak sekarang. Bangunan lama dijadikan 'Kindergarten Ping Ming Melaka'.

Walaupun bangunan dua tingkat ini ada 14 buah bilik darjah, masih tidak cukup memenuhi untuk diadakan bilik guru, bilik perpustakaan, bilik muzik dan bilik alat bantuan mengajar. Kempen 'Menambah Banguan Sekolah' telah dilancarkan. Kerajaan telah menghulurkan bantuan $2600, Shaw's Co. $1000, Lee's Funds $4000 serta sumbangan ibubapa dan orang ramai, bangunan tambahan telah dibangunkan. Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. En. Mohd Khir Johari telah dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan tambahan pada 17-6-1968. Disamping itu sekolah meraikan Ulangtahun yang ke-46.

Sekolah Ping Ming telah menjadi sekolah yang terkenal di masyarakat Tionghua, ramai ibu-bapa ingin mendaftarkan anak mereka di sekolah ini. Peristiwa ibu-bapa beratur di luar pintu pagar sekolah untuk mendaftar mula jam pukul 3:00 pagi telah menjadi sejarah pada 24-4-1972.

Pada 20-7-1973, En. Sim Moo Yu bersara. Majlis Perpisahan yang sungguh meriah diadakan sebagai tanda penghargaan. En. Chen Sih Chih mengganti-kannya. (1973 - 1975 ) Lepas itu En Chiew Thaw Chen (1975-1976) berusaha mendirikan gerbang pintu masuk dan pondok menunggu bas.

En. Lee Han Cha dilantik sebagai Guru Besar dari 1976-1984. Usaha mem-bangunkan sekolah diteruskan. Bilik Pergigian telah ditubuhkan bantuan dari Jabatan Pendidikan, JKR, Jabatan Kesihatan telah diterima. Suatu blok bangun-an empat tingkat telah diracanag dan direlisasikan pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh Datuk Yeoh Tiow Tiong, Pengerusi Lembaga Pegurus Sekolah Gabungan Enam Sekolah.

Selepas itu En. Lieu An Soon memegang jawatan Guru Besar dari 1985-1992 En. Ng Pok Sang dari Negeri Sembilan dilantik sebagai Guru Besar dari 1992-1995. En. Wong Kee Ing di tukar ke sekolah ini pada 1995 dan bersara pada 1997. Mereka telah-pun memberi khidmat yang cemerlang dan berjasa baik kepada sekolah.

Kejayaan sekolah ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk ahli Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru, Ibubapa, guru dan orang ramai.


home|index|aluan|sejarah| organisasi|aktiviti|motto|lencana|guru|bukan guru