KATA - KATA ALUAN

 

GURU BESAR S J K ( C ) KEH SENG

 

 SJK (C ) Keh Seng kini memiliki sebuah bilik komputer yang berhawa dingin .
Di dalamnya terdapat 50 buah komputer dan sebuah multi-server . Sistem pembelajaran komputer telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam sistem pendidikan sekolah .

Tujuannya demi memberi peluang pemelajaran komputer di kalangan pelajar di sekolah ini. Selain itu, sekolah juga mempunyai sebuah bilik komputer yang tersedia dengan enam buah komputer khas untuk kegunaan guru .

 

Setakat ini, perkembangan kelas komputer sekolah Keh Seng memang merupakan perintis dalam bidang IT di negeri Melaka .Disebabkan kepentingan dan peranan informasi teknologi sudah berkembang pesat . Maka kami sentiasa meningkatkan kelengkapan dan kemudahan perisian untuk mendahului perkembangan dalam teknologi dan multimedia .

 

Pelaksanaan laman web di S J K ( C ) Keh Seng merupakan sebahagian kecil dalam bidang informasi teknologi .

 

Akhir kata, kami berasa bangga atas penggunaan laman web SJK ( C ) Keh Seng .

 

Sekian , terima kasih .

 

"SELAMAT MENGGUNA"

 

 Guru Besar S J K ( C ) Keh Seng

 

  Encik Yang Ching Lian

 kata aluan / sejarah / motto / lencana / profil / lagu / guru / bukan guru /

organisasi / aktiviti /