LATAR BELAKANG SJK(C) KEH SENG

 

SJK(C) Keh Seng telah didirikan pada tahun 1948 dengan tercantumnya dua buah sekolah Cina. Pada tahun yang sama, Pengelola Sekolah Cina ,Encik Yong Suan Teck telah menamakan sekolah ini sebagai " KEH SENG" yang membawa makna " pembaharuan". Pihak Tokong Kim Sah Kiong telah mendermakan sebahagian tanah untuk pembinaan sekolah .

 

Bangunan lama SJK ( C ) Keh Seng telah didirikan pada tahun 1954 , dengan kerjasama Datuk Tan Cheng Swee, Datuk Tee Cheng Yoak, Datuk Chong Woo Yit serta Datuk Lim Kim Soo. Pihak sekolah telah berjaya membeli tanah sebanyak dua setengah ekar yang berdekatan dengan bangunan sekolah untuk menampung pertambahan murid-murid pada ketika itu.

 

Dengan adanya tanah baru, pihak sekolah telah memulakan projek pembinaan .Pada tahun 1982, bangunan Blok A yang bertingkat empat telah didirikan bagi memenuhi keperluan sebagai bilik guru, pejabat , bilik Guru Besar serta 18 buah bilik darjah .

 

Pada tahun 1987, bangunan Blok B yang bertingkat tiga mengandungi 13 buah bilik darjah telah disiapkan.

 

Bangunan Blok C yang bertingkat empat telah didirikan pada tahun 1994. Bagunan ini mengandungi bilik kemahiran hidup, bilik pemulihan, bilik komputer, perpustakaan, bilik muzik, bilik sumber, klinik gigi, 6 buah bilik darjah serta 2 buah kantin.

 

Pada masa kini, sekolah kami sedang bergiat membuat persiapan dalam rancangan pembinaan sebuah dewan serbaguna . Di mana kerja pembinaan akan dimulakan pada awal tahun 2000 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2000.

 

  kata aluan / sejarah / motto / lencana / profil / lagu / guru / bukan guru /

organisasi / aktiviti