|| Staf ||Sejarah|| Pentadbiran || Kurikulum || Hal Ehwal Pelajar || ||Kokurikulum || Program Kasih Mesra ||

Pn. S. Minachee

Guru Besar

Dunia pendidikan yang mengalami arus perkembangan yang begitu pesat telah banyak membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripadanya ialah penggunaan komputer sebagai alat yang utama. Dengan kemajuan ini juga penggunaan internet telah memudahkan individu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. SJK Tamil Iasin adalah sebuah sekolah yang tertua di daerah Jasin yang merupakan sekolah Tamil yang terbesar dan terbanyak bilangan muridnya. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Pekan Jasin dan muridnya datang dari sekitar Daerah Jasin. Masyarakat memandang tinggi dan menaruh harapan yang besar kepada sekolah ini di mana prestasi sekolah ini semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Saya yakin bahawa maklumat mengenai sekolah ini akan menjadi satu rekod yang berguna dan juga sebagai satu bahan rujukan kepada sesiapa sahaja ingin mengetahui akan perihalnya.

Saya berharap laman web ini akan membantu meninggikan lagi pandangan masyarakat terhadap sekolah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk laman web ini.

Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

PUAN MINACHEE A/P SUPPIAH

GURU BESAR

SEK. JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JASIN

77000 JASIN, MELAKA

 

Index