SEJARAH SEKOLAH
       Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka yang ada pada hari ini telah mula digunakan pada awal Tahun 1880an. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Rambai, Melaka. Bangunan sekolah ini pada ketika itu diperbuat daripada papan dan beratapkan atap rumbia. Letaknya bangunan sekolah pada masa itu di Batu 5, Batang Tiga, Bukit Rambai. Sekarang ini, tapak bangunan awal telah dijadikan Rumah Penginapan Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR). Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Encik Abu Bakar bin Haji Said.
 
 

            Pada awal tahun 1900, Sekolah Melayu Bukit Rambai ini telah dipindakan ke tapak yang sedia ada dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Rambai, Melaka. Bangunan sekolah masih lagi diperbuat daripada papan dan beratapkan zink. Memandangkan perkembangan pembangunan negara dan pembukaan tanah-tanah perumahan baru, akhirnya sekolah initelah diberi kelulusan pembinaan dua buah bangunan dua tingkat pada awal tahun 1920-an. Kedua-dua bangunan ini masih kekal dan awal tahun 1920an. Kedua-dua bangunan ini masih kekal dan digunakan.

         Keselesaan dan kemudahan pembelajaran murid terus mendapat perhatian dan pembelaan pihak pentadbiran dan pemimpin masyarakat tempatan. Dengan usaha gigih kedua pihak, pada tahun 1988 sekolah ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM 45 000.00. Peruntukan daripapa YB. Encik Tamrin bin Ab. Ghaffar, Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka. Dengan peruntukan ini sebuah surau baru telah dapat dibina.

        Dari tahun ke setahun, Bukit Rambai terus membangun. Beberapan buah taman perumahan telah mula dibuka dan didiami. Kawasan perindustrian dibuka dan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan. Semuanya ini menjadikan Bukit Rambaisebuah daerah penempatan dan kediaman baru, lantaran kedudukannya 11 kilometer sahaja dari Bandar Melaka. Atas faktor ini, Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai juga tida terkecuali menerima arus perubahan khususnya dalam pertambahan bilangan pelajar. Maka terciptalah satu sejarah bagi sekolah ini pada akhir tahun 1990 di mana sekolah sesi petang terpaksa diadakan. Murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 seramai 360 orang dan 11 orang tenaga pengajar mula bersekolah sesi petang.

            Pada tahun yang sama juga iaitu Tahun 1990, kerajaan telah meluluskan pembinaan 2 buah bangunan baru ( Tiga Tingkat dan Dua Tingkat) bangunan ini mempunyai:


 
      
  • Sebuah pejabat
  • Sebuah bilik guru.
  • Sebuah bilik gerakan
  • Sebuah bilik mesyuarat
  • Sebuah klinik pergigian.
  • Sebuah bilik pergigian.
  • Sebuah bilik koperasi.
  • Sebuah perpustakaan dan bilik ABM.
  • Sebuah bilik tayang.
  • 13 buah bilik darjah.

  • ..Tandas dan stor.
 Pada tarikh 22 JUN 1994, kedua-dua bangunan baru ini telah siap dibina dan boleh digunakan. Mulai tarikh ini jugalah Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai mula bersekolah di sesi pagi keseluruhannya.

    Sepanjang tempoh 1880an dan sehingga sekarang (1990) Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai telah di tadbirkan di bawah Pentadbiran 14 orang Guru Besar:


 
 
  •  En. Abu Bakar bin Hj Said -
  •  En. Mohd Yassin bin Saad -
  •  En Tambi bin Ibrahim -
  •  En. Samad bin Tahir -
  •  En. Mohammad bin Sulaiman - Tahun 1947 hingga 1948
  • Tn. Hj. Harun bin Mohd. Ali - Tahun 1948 hingga 1952
  • Tn. Hj. Ismail bin Mohd. Som - Tahun 1953 hingga 1961
  • En. Mohammad bin Omar - Tahun 1962 hingga 1967
  • Tn. Hj. Majid bin Hussein - Tahun 1968 hingga 1970
  • En. Abdullah bin Daud - Tahun 1971 hingga 1978
  • En. Zainal bin Abd. Jalil - Tahun 1978 hingga 1991
  • En. Ismail bin Baba - Tahun 1991 hingga 1992
  • En. Mohd. Nor bin Mohd. Dom - Tahun 1993 hingga 1997
  • Tn. Hj. Isa bin Othman - Tahun 1997 hingga sekarang

  •  
     
      Dalam usianya melebihi 100 tahun, Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai telah berjaya melahirkan ramai pemimpin-pemimpin yang berjaya di dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah Yang Berbahagia Datuk Kudus bin Alias (Bekas Timbalan dan Ketua Polis Negara), Tuan Haji Ab. Karim bin Haji Hassan (Usahawan Binaan dan Hartanah), Tuan Haji Yaakub bin Hj Mohd. Amin (Pemimpin Politik) dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan namanya.

                Dalam bidang kurikulum khususnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pencapaian sekolah ini masih di bawah paras kelulusan 25%. Berbanding dengan ko-kurikulum sekolah ini pernah menjadi Johan Peringkat Negeri Melaka dalam permainan Sepak Takraw, Bola Sepak dan Bola Baling (Perempuan). Manakala Pasukan Nasyid sekolah juga telah mengharumkan Sek. Keb. Bukit Rambai dengan mendapat Johan di peringkat Negeri Melaka. Manakala dalam olahraga pula, adik Azizi telah berjaya mengharumkan sekolah dengan mendapat gelaran olahragawan dengan merangkul pingkat emas dalam acara lompat tinggi MSSM baru-baru ini.

     


     
    [index][aluan][sejarah][lencana/motto][matlamat/piagam][lagu][staf/bukan staf][organisasi]