SEK. KEB. PANTAI KUNDOR

KM 16 PANTAI KUNDOR,

76400 TANJUNG KELING,

MELAKA

Aluan
Sejarah
Lencana
Staff
Enrolmen
 

 
SEJARAH SEKOLAH

Pada awal tahun 1954 terdirilah sebuah bangunan 120 kaki panjang ,35 kaki lebar dan 10 kaki tinggi diperbuat daripada kayu berdinding papan 3 kaki, bertingkat kayu dan beratap zink dinamakan Sekolah Melayu Pantai Kundor. Di hari ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor. Kos pembinaannya berjumlah RM1200.00 di atas kawasan seluas 17 pol kepunyaan kerajaan.

Sejarah awalnya tercatat hanya dua jawatan sahaja diperuntukkan,seorang guru besar Tn.Hj. Jantan bin Jenuh (Allahyarham) dan pembantunya Puan Hjh. Maimunah bt. Abdul. Bilangan muridnya berjumlah 60 orang murid. Terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan dari darjah satu hingga darjah tiga sahaja.

Tahun demi tahun berlalu. Bangunan kayu yang dibina sudah uzur. Dindingnya mula reput. Ada pula yang tinggal dimakan anai-anai. Namun demikian sekolah ini tidak jemu-jemu memberi khidmat walaupun sudah uzur. Murid-muridnya pula kian meningkat ramai.

Dalam tahun 1963, murid-muridnya meningkat pada kadar 30 %. Bangunan sekolah sudah tidak dapat menampung kemasukan murid-murid baru pada setiap tahun.

Nikmat kemerdekaan tanahair dapat dirasakan oleh penduduk kampung. Dari peruntukan Rancangan Malaysia Ke Dua, Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor mendapat dua bangunan yang mengandungi lima buah bilik darjah, sebuah kantin dan tempat letak basikal berserta bekalan elektrik tanpa bekalan.

Bangunan A JKR 960, Bangunan C JKR 958, tempat letak basikal JKR 961 di atas Lot 1230 seluas 2r 17.5p kepunyaan Puan Enson bte Isnin (ibu kepada Datuk Sidang Hj. Salleh Lemat).

Bangunan sekolah baru ini dirasmikan oleh Y.A.B. Encik Abdul Ghafar bin Baba (Ketua Menteri Melaka yang kedua) pada 14 Mac 1964.

Dua belas tahun berlalu, Kampung Pantai Kundor dan Kampung Tanah Merah Jaya berubah wajah dilanda arus pembangunan. Malah bukan sahaja kampung membangun, penduduknya juga semakin bertambah. Pada Tahun 1976, bilangan murid meningkat kepada 250 orang. Bilik-bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung murid-murid yang semakin bertambah.

Dibawah pentadbiran Tn. Hj. Abdullah b. Kasim, sebuah bangunan mengandungi dua bilik darjah dan dua bahagian tandas dapat diadakan, termasuk kemudahan padang permainan dan bekalan air. Bangunan tambahan ini dibina di atas tanah lot 1a 2r 3p kepunyaan Tn. Hj. Kari dari Tanggaa Batu dan Datuk Penghulu Aman b Baba ( Bekas Penghulu Kawasan Tangga Batu ).

Pada awal tahun 1981, arus kemajuan semakin hebat melanda negara, negeri dan kampung termasuk Pantai Kundor. Pada ketika itu banyak industri didirikan, juga pembesaran Kem Tentera di Sungai Udang. Ini menyebabkan bilangan murid terus bertambah ramai. Terdapat juga kemasukan kanak-kanak dari negara jiran.

Bilangan murid meningkat ke 339 orang. Kantin terpaksa digunakan untuk menempatkan sebuah lagi bilik darjah. Tuan Hj. Rahmat b. Petol PPN, sebagai Guru Besar telah berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan, malangnya tiada peruntukan dari Kementerian.

Pada awal Januari 1983, Tn. Hj. Mohd Amin Hetam PPN,PJK, sebagai Guru Besar terpaksa berusaha mengadakan dua bilik darjah terapung secara bergotong-royong dengan bantuan YB Datuk Wira Ahmad Nordin b. Mohd Amin, ADUN Kawasan Sungai Udang, Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru terus mendesak Kementerian Pendidikan supaya sebuah bangunan bertingkat diwujudkan.

Pada 27 Januari 1984, YB Datuk Khalid b. Yaakub selaku Menteri Pelajaran telah melawat dan menyaksikan sendiri desakan yang telah dibuat. Beliau berpuas hati dan berjanji sejumlah peruntukan daripada Peruntukan Malaysia Keempat akan diperuntukan bagi pembinaan sekolah ini.

Pada penghujung tahun l985 sebuah bangunan tiga tingkat siap dibina dan boleh digunakan dengan peruntukan RM280.000.00 di lot 6l0 seluas l ekar 0r 3l.4p kepunyaan enam orang penduduk kampung, Bangunan ini mempunyai 13 bilik darjah, bilik pejabat, bilik Guru Besar, bilik Penolong kanan, tandas dan berapa setor alatan.

[aluan] [sejarah] [lencana] [staff] [enrolmen]   

Sekolah Siber

Kementerian Pendidikan

Terima Kasih...