KATA-KATA ALUAN

 

GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM

TN. HJ. SULAIMAN HASHIM
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya dapat kita menerbitkan laman web dari bahagian maklumat SKBB. Ini merupakan sabuah lagi titik tolak era maklumat dari sekolah ini yang telahpun mempunyai laman web sendiri yang telah dilancarkan oleh bekas Pengarah Pendidikan Negeri Melaka pada tahun 1998.

 

Di sini, ingin juga saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK data yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan bahan serta pengembelingan tenaga untuk menghasilkan laman web ini.

 

Saya berharap disamping laman web ini menjadi satu bahan rujukan kepada Unit Maklumat ia juga menjadi rujukan kepada guru-guru SKBB sendiri. Saya juga mengharapkan agar murid-murid diberi pendedahan cara-cara melawati laman web supaya mereka dapat melihat sendiri perkara-perkara yang mereka perlu tahu tentang sekolah mereka sendiri.

 

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat dikemaskinikan sepanjang masa agar pelawat mendapat maklumat yang tepat dan terkini. Semoga penerbitan ini mendapat manfaat pada semua pihak. Insha Allah.

 

Sekian Wassalam.

 
Ke Menu
Sejarah
Staf
Organisasi
Kurikulum
Takwim