Sejarah Sekolah

 Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru didirikan menggantikan bangunan yang sedia. Bangunan yang diperbuat daripada daripada kayu ini juga mengndungi 4 bilik darjah dengan saiz yang lebih besar (2 tingkat). Bangunan ini telah dirobohkan pada tahun 1994 bukan sebab keuzuran tetapi tapak kawasan ini digunakan untuk pembinaan bangunan baru.

 

Jumlah murid yang semakin bertambah setiap tahun mendorong kerajaan membina sebuah bangunan 2 tingkat denga belanja RM 58000. Bangunan ini siap digunakan dalam tahun 1972 yang pada ketika itu menempatkan bilik guru, pejabat, 3 bilik darjah serta tandas dan satu ruang kecil yang diubahsuai menjadi bilik sumber dan 3 bilik darjah.

 

Seterusnya pada tahun 1983 kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan 3 tingkat (Blok C) yang mengandungi 8 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik APD, stor dan tandas serta sebuah kantin. Untuk itu kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 478000 bagi menyiap dan melengkapkan bangunan ini.

 

Perkembangan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam tidak berhenti setakat itu. Sebaliknya pada tahun 1991 dan 1992, sekolah telah mendapat peruntukan dari kerajaan sebanyak RM 50 000 dan RM 70 000 bagi membina 2 blok bilik darjah di bawah projek gotong royong. Kedua-dua blok ini dikenali sebagai blok D dan E dan khusus menempatkan kelas tahap 1. Meskipun hanya projek gotong-royong, tetapi ia dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna.

 

Disebabkan pembangunan infrastruktur di kawasan Batu Berendam semakin pesat menyebabkan berlakunya kebanjiran murid, pihak sekolah terpaksa mengadakan 2 waktu sesi persekolahan yang dimulakan pada tahun 1993. Ketidakselesaan murid-murid mengikuti pelajaran, telah mendapat perhatian dari Kementrian Pendidikan seterusnya meluluskan peruntukan membina bangunan tambahan 4 tingkat yang terdiri dari 10 buah bilik darjah serta pejabat sekolah. Bangunan ini telah digunakan sepenuhnya mulai 20 Jun 1994.

 
Ke Menu
Aluan
Staf
Organisasi
Kurikulum
Takwim