Menu

Makmal Komputer

Virus

Browser

Pembantu
Pelajar

Unix

CPU






 

 
Tanggungjawab | Bantuan | Etika | Prosedur | Peraturan | TIngkah Laku
Cadangan | Penutupan | Penjimatan | Meyalin Perisian | Kebersihan
Disket | Etika Pakaian | Mail Elektronik | Loceng Kecemasan
Kebakaran Kecil | Black-out | Kunci | Manual | Pembukaan
Penggunaan PC | Penggunaan Laptop | Pengguna


TUGAS-TUGAS AM

MorePembantu pelajar adalah bertanggungjawab dalam:-

Membantu semua ahli, kakitangan, mahasiswa atau siswazah dalam menggunakan pelbagai jenis alat-alat komputer dan perisian yang ada di Makmal Komputer

Sentiasa berwaspada dan mengambil berat sebarang masalah yang timbul dan mungkin timbul dari alat-alat komputer yang digunakan oleh pengguna.

Untuk alat-alat komputer; termasuklah:-

MorePerhatikan dan ambil tindakan jika komputer berada dalam keadaan amat panas (overheating)

MorePastikan "hub" dan pelayan dibuka terlebih dahulu sebelum membenarkan pengguna menggunakan Makmal Komputer.

Morememberitahu pegawai bertugas jika sesebuah komputer rosak samada dari segi perkakasan atau perisian dengan mencatatkan masalah tersebut dalam Laporan Pegawai Bertugas.

MoreMempastikan disket-disket yang dibawa oleh pengguna di "scan" dahulu sebelum menggunakan komputer menggunakan perisian antivirus McAfee VirusScan

MoreMemperhatikan tindak-tanduk pengguna apabila menggunakan pelayar (browser) untuk tujuan melayar ke laman web lucah (pornografi) atau chatting

Alat-alat elektrik yang lain; termasuklah:-

MoreLampu-lampu haruslah ditutup sebelum balik

MoreAlat-alat elektrik yang lain seperti projektor haruslah dipastikan berada pada tempat sepatutnya sebelum balik

Masalah pengguna; termasuklah:- 

MoreMembantu pengguna makmal komputer dalam menggunakan alat-alat dan perisian yang ada di dalam makmal komputer

MoreMemberitahu masalah yang timbul kepada pengawai bertugas

MoreKad matrik atau barang-barang yang tertinggal haruslah diberikan kepada kakitangan perpustakaan di Kaunter Pinjaman untuk tindakan lanjut

Lain-lain tugas yang difikirkan perlu dalam membantu pengguna atau meningkatkan prestasi penggunaan Makmal Komputer dari segi perspektif pengguna. 

Jangan buat kerja rumah dalam Makmal Komputer jika ada pengguna yang ingin meminta bantuan atau kerja yang ditugaskan masih belum selesai.

Adalah tanggungjawab Pembantu Pelajar untuk mempastikan tiada sebarang alat yang hilang sebelum meninggalkan Makmal Komputer.

Dimana dan siapa yang boleh anda meminta bantuan

Dokumentasi atau manual yang ada di dalam Makmal Komputer

Buku-buku komputer yang ada dalam rak perpustakaan

Pembantu Pelajar yang lain (on-duty)

Tulis masalah anda dalam borang Laporan Pengawai Bertugas

Puan Chan Sai Noi 
(Ketua Bahagian Penyelidikan & Pengurusan Maklumat - 7593301)

Lain-lain pengawai yang bertugas atau hantar email kepada comp_lab@hotmail.com

Adalah perlu untuk membuat temu janji dengan kakitangan perpustakaan, di mana setiap masalah akan diselesaikan dengan sebaik dan secepat mungkin. Pembantu Pelajar juga dinasihatkan berbaik-baik dengan Pembantu Pelajar yang lain jika ingin meminta bantuan dan nasihat daripadanya.

Etika masa bertugas

Setiap pembantu pelajar akan dibekalkan dengan jadual bertugas yang telah ditetapkan.

Ini bermakna:

MoreDalam masa bertugas Pembantu Pelajar mestilah memberi khidmat yang terbaik, efisyen dan sopan-santun.

MoreTiba tepat pada masa dan tidak balik awal

MoreMemakai name-tag semasa bekerja

MoreSelesaikan sebarang masalah yang timbul mengikut kemampuan

Sebarang pertukaran dan masalah yang timbul mengenai jadual; Pembantu Pelajar bolehlah menghubungi Pn Zaharani (7593301 atau 7593357)

Prosedur Makmal Komputer

Pembantu Pelajar adalah bertanggungjawab untuk mendaftarkan pelajar yang menggunakan Makmal Komputer. Program yang telah sedia ada ialah program yang diselenggarakan oleh Unit Automasi, Perpustakaan Universiti Malaya. Sesiapa saja yang menggunakan komputer di Makmal Komputer dimestikan mendaftar, termasuklah Pembantu Pelajar (lain-lain Pembantu Pelajar yang bukan on-duty). Proses pendaftaran termasuklah pengambilan kad matrik, proses menginput nombor kad matrik, nama, fakulti dan nombor pc yang sedang digunakan ke dalam komputer untuk pendaftaran. Pengguna Makmal Komputer yang memerlukan bantuan mestilah dibantu mengikut kemampuan. Jika mereka memerlukan bantuan yang lebih lanjut bolehlah mengarahkannya ke kursus-kursus yang dianjurkan oleh Perpustakaan Universiti Malaya atau UPUM (Unit Perundingan Universiti Malaya)

Peraturan penggunaan Komputer

Pengenalan

Para pengguna Perpustakaan Universiti Malaya yang mengakses komputer, sistem komputer dan rangkaian komputer yang diselenggarakan oleh Perpustakaan mempunyai tanggungjawab dan kewajipan tertentu. Semua akses adalah tertakluk kepada polisi Perpustakaan, polisi Universiti Malaya dan undang-undang Kerajaan Tempatan, Negeri dan Persekutuan. Pengguna komputer yang disediakan oleh Perpustakaan mestilah beretika, menghormati hak intelektual, hakmilik data, hak berahsia dan mekanisma sistem keselamatan.

Panduan

Pengguna mestilah menggunakan sumber komputer yang disediakan dengan betul. Pengguna mestilah:

Moremenggunakan komputer untuk tujuan-tujuan yang berfaedah mengikut prosedur yang telah di tetapkan;

Morebertanggungiawab kepada semua aktiviti komputer yang digunakan;

Moreakses hanya kepada fail-fail atau data hakmilik sendiri, yang umum, atau yang diberi kuasa mengakses;

Morehanya menggunakan versi perisian yang sah;

Moremematuhi peraturan penggunaan Internet.

MorePengguna dilarang menyalahgunakan sumber komputer yang disediakan oleh Perpustakaan. Berikut adalah diantara tindakan yang dianggap sebagai penyalahgunaan:

Moremenggunakan katalaluan (password) orang lain;

Moremenggunakan fail, sistem atau data hakmilik orang lain tanpa kebenaran;

Moremenggunakan program untuk memecahkan katalaluan atau untuk mengakses maklumat yang terkawal;

Moremencuba untuk memperdaya, memecah atau menembusi keselamatan sistem;

Moremelakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan sistem atau sebarang maklumat yang tersimpan di dalamnya seperti mencipta dan menyebarkan virus atau memusnahkan fail-fail;

Moremembuat atau menggunakan salinan perisian yang tidak sah (tidak berlesen), menyimpannya di dalam sistem, atau menyebarkannya melalui rangkaian; 

Moremenggunakan perkhidmatan mel elektronik untuk mengganggu ketenteraman orang lain;

Moremembazirkan sumber-sumber pengkomputeran;

Moremembawa barang makanan dan minuman ke dalam Makmal Komputer; 

terlibat dalam lain-lain aktiviti yang tergolong di dalam senarai di atas;

melanggar peraturan berkenaan penggunaan Internet Universiti Malaya atau Perpustakaan Universiti Malaya

Pepustakaan memandang serius terhadap penyalahgunaan sumber komputer yang disediakan dan berhak membuat pemeriksaan dan salinan sebarang fail atau maklumat untuk membuktikan kesalahan tersebut. Pengguna yang terbabit akan dikenakan tindakan disiplin dan boleh didakwa untuk tindakan undang-undang. Peraturan dan Akta-akta berkenaan komputer seperti Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Hakcipta 1997 ada disimpan di dalam fail Makmal Komputer untuk rujukan jika perlu.

Tingkah laku

Pembantu Pelajar dimestikan menghormati pengguna dan membantu mereka sekadar yang termampu. Anda haruslah berada dalam keadaan sabar dalam menangani tingkah laku mereka. Jika keadaan kritikal sila panggil kakitangan perpustakaan. Anda bekerja bukanlah untuk dikasari; oleh yang demikian sikap yang baik dan tenang harus dikekalkan setiap masa.

Cadangan pengguna & sikap pengguna

Pengguna Makmal Komputer yang ingin memberi cadangan yang membina haruslah di catat di dalam Laporan Pengawai Bertugas atau email cadangan tersebut terus kepada comp_lab@hotmail.com Tindakan dan perhatian akan diberikan atas cadangan yang diterima.

Bagi pengguna yang tidak mematuhi arahan atau peraturan yang telah ditetapkan; Pembantu Pelajar dimestikan menulis nama dan nombor matrik mereka besertakan bukti. Mereka ini akan dikenakan hukuman yang sewajarnya. 

Penutupan Makmal Komputer

Beri pengumuman kepada semua pengguna Makmal Komputer setiap 15 minit sebelum Makmal Komputer ditutup. Pastikan nama pengguna di dalam komputer pendaftaran di "logout". 

Tutup semua komputer dan alat elektrik kecuali "hub" dan hantarkan fail, kunci dan barang-barang yang tertinggal di kaunter pertanyaan. Pastikan juga jumlah alat-alat komputer adalah mencukupi dan aturkan kerusi yang bertaburan.

Penjimatan elektrik

Komputer-komputer atau alat-alat elektrik yang tidak digunakan haruslah ditutup. Semua komputer di dalam Makmal Komputer telah dikonfigurasikan dalam keadaan APM "Auto Power Management Mode" iaitu monitor akan ditutup sementara. Keadaan ini boleh dikembalikan seperti biasa dengan hanya menekan papan kekunci "keyboard" atau menggerakkan tetikus. Timbul juga masalah di mana pengguna komputer memadamkan "offkan" komputer tanpa mempedulikan kesannya. Pembantu Pelajar hendaklah menasihatkan mereka dan beritahu kesalahan yang telah mereka lakukan.

Menyalin perisian

Sebarang penyalinan perisian hakmilik Perpustakaan adalah diklasifikasikan sebagai mencuri. Pengguna yang berbuat demikian haruslah dinasihati dan diberhentikan tindakannya. Fail-fail perisian yang berada di dalam disket mereka haruslah dibuang.

Pengguna yang muat turun perisian (download) dari laman-laman web seperti http://www.download.com, http://www.hotfiles.com tidak perlu ditahan atau diambil disketnya; kerana perisian yang dimuat turun adalah perisian shareware atau freeware. Perisian-perisian seperti ini adalah percuma.

Kebersihan Makmal Komputer

Makmal Komputer hendaklah dipastikan bersih sepanjang masa. Paling kurang Pembantu Pelajar hendaklah mengutip sampah yang bersaiz besar iaitu sampah yang nampak dengan mata kasar. Makmal Komputer menyediakan bakul sampah untuk tujuan ini. Jika Pembantu Pelajar nampak akan pengguna yang membuang sampah merata-rata; nasihatkan mereka agar membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Disket

Pengguna haruslah menggunakan disket mereka sendiri. Fail-fail mereka adalah tidak sepatutnya disimpan ke dalam cakera keras (hard disk) Makmal Komputer. Jika pengguna hendak membeli disket, arahkan mereka ke meja pertanyaan yang terletak berhampiran pintu masuk utama perpustakaan atau di Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya (Pekan Elektrikom).

Etika Pakaian

Peraturan Perpustakaan Universiti Malaya mengenai pakaian adalah dikuatkuasakan. Pakaian yang bersih dan kasut hendaklah dipakai setiap masa. Ia menunjukkan ketrampilan dan sikap anda.

Mail elektronik

Setiap pembantu pelajar dimestikan mempunyai akaun email sendiri. Ini membolehkan mesej-mesej yang penting dihantar. Berikan email anda kepada Pn Zaharani untuk tindakan lanjut. Timbul juga keadaan di mana pengguna meminta untuk membuat email. Arahkan mereka untuk membuat email di BPK (Bahagian Perkhidmatan Komputer), Free Based Email di url seperti http://www.hotmail.com, http://www.mailexcite.com atau pemberi khidmat Internet - ISP "Internet Service Provider".

Loceng kecemasan & kebakaran

Jika berlaku kebakaran:

MoreLoceng-loceng kecemasan akan dibunyikan

MoreKakitangan perpustakaan dengan alat pembesar suara akan siap sedia membantu pengguna.

MoreJangan cemas

MoreAmbil dokumen, dompet dan barang-barang persendirian.

MoreIkut kakitangan perpustakaan ke pintu-pintu kecemasan

MoreTurun tangga dengan tertib. Jangan tolak orang lain.

MoreApabila di luar, pergi jauh dari bangunan perpustakaan

Keselamatan diri adalah penting. Jika loceng kecemasan berbunyi. Pastikan dan arahkan pengguna agar keluar dari Makmal Komputer dengan menggunakan tangga kecemasan yang ada dalam perpustakaan.

Kebakaran kecil

Jika alat elektrik atau komputer terbakar. Gunakan alat pemadam jenis ABC yang tergantung di dinding Makmal Komputer. Matikan suis utama dan panggil kakitangan perpustakaan. 

Black-out

Jika keadaan ini berlaku. Matikan suis utama, alat-alat elektrik dan arahkan pengguna keluar dari Makmal Komputer. Pastikan Makmal Komputer dikunci dan beritahu kakitangan perpustakaan.
 
 
Kunci Makmal Komputer

Selepas makmal komputer dikunci. Berikan ia kepada kakitangan perpustakaan di Kaunter Pinjaman atau di Meja Pertanyaan. Jangan sepah-sepahkan kunci Makmal Komputer kerana ia melibatkan keselamatan komputer yang berharga beribu-ribu ringgit. Kerjasama anda dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai.

Kunci ini juga haruslah digunakan dalam masa bekerja. Bukan diluar masa bekerja.

Manual dan dokumentasi

Manual dan dokumentasi disimpan dalam komputer Instructor dalam format pdf – Portable Document Format; untuk membacanya perisian Adobe Acrobat adalah diperlukan.

Pembukaan Makmal Komputer

Buka pintu utama Makmal Komputer dan buka "hub", suis utama dan komputer. Kemudian ambil kad matrik pengguna dahulu dan arahkan tempat duduknya sebelum mendaftarkannya ke dalam komputer. 

Penggunaan PC

Tempoh penggunaan pc dihadkan 1 jam bagi setiap pengguna. Jika senarai menunggu ramai, tempoh penggunaan ini hendaklah dipatuhi. Tempoh ini juga boleh berubah-ubah mengikut jumlah pengguna. Contohya jika tiada pengguna dan tempoh seseorang pengguna telah mencukupi; maka tidak perlulah menyuruhnya berhenti. Ia bolehlah terus menggunakan komputer tersebut sehingga ada pengguna lain yang ingin menggunakannya. Ini juga bermakna rekod dalam komputer tidak perlu dikemaskinikan iaitu pengguna itu tidak perlu didaftarkan sekali lagi.

Cara-cara menggunakan komputer dengan betul

MorePengguna seharusnya berehat setiap 30 minit berdepan dengan layar komputer. Berehat dengan membuat sedikit senaman ringan serta memandang keluar tingkap sekitar 1 minit

MoreBiarkan kedudukan kerusi dan meja komputer pada kedudukan yang paling selesa dan sesuai dengan kedudukan dan ketinggian pengguna

MoreBiarkan kedudukan bahagian paling atas monitor lebih rendah daripada paras mata pengguna. Ini bermakna pengguna melihat layar komputer bukan dalam keadaan mendongak

MoreBiarkan kedudukan monitor serapat yang boleh dengan papan kekunci. Tetapi janganlah sampai papan kekunci terkebawah daripada paras monitor. Ini boleh mengelak daripada berlakunya ketegangan pada mata dan leher yang mungkin disebabkan oleh terlalu kerap berpusing atau memandang ke atas dan ke bawah

MoreElakkan daripada kemungkinan berlakunya pembalikan cahaya dan silauan ke mata oleh cahaya dari luar

MoreBahan-bahan yang mungkin ditaip sebaiknya diletakkan di bahagian tepi monitor. Ini boleh dibuat dengan menyediakan pemegang kertas yang dilekatkan pada tepi sebelah kiri atau kanan monitor. Oleh yang demikian semasa kerja menaip dijalankan, pengguna tidak perlu menggerakkan tengkuk ke atas atau ke bawah dan hanya perlu melihat ke sisi sahaja

MoreMenggunakan tetikus biarlah secara lembut dan tidak menimbulkan sebarang ketegangan pada bahagian tangan atau lengan. Tetikus seharusnya diletakkan berselebahan dan sama paras dengan papan kekunci

Pakar menasihati bahawa kadar kecederaan utama adalah disebabkan penggunaan tetikus. Kurangkan penggunaan tetikus, penggunaan papan kekunci dianjurkan

Ketika menggunakan papan kekunci, sentuhlah secara lembut sahaja. Lagipun papan kekunci direka sememangnya tidak memerlukan daya atau kekuatan yang lebih. Anggaran jumlah penggunaan komputer dalam pelbagai bidang pekerjaan menjadi 75% menjelang tahun 2000. Ini memungkinkan kadar kecederaan Repetative strain injury (RSI) akan terus meningkat sekiranya kesedaran pengguna tidak diutamakan. Penghidap RSI bukan sahaja akan menanggung kesakitan dan tidak lagi mampu menggunakan komputer, ia mungkin menimbulkan akibat yang lebih besar seperti hilang pekerjaan atau menjadi cacat. Harus diingat RSI tidak mempunyai vaksin.

Penggunaan Laptop

Penggunaan laptop persendirian di dalam Makmal Komputer adalah tidak digalakkan sama sekali. Sesiapa yang hendak menggunakan laptop persendirian hendaklah meminta kebenaran bertulis Pustakawan Rujukan di Meja Pertanyaan. 

Pengguna yang dibenarkan menggunakan Makmal Komputer

MorePensyarah

MoreMahasiswa & mahasiswi Universiti Malaya

MoreKakitangan Perpustakaan

Harus di ingat ahli perpustakaan kategori ahli luar dan ahli korporat hanya dibenarkan menggunakan Makmal Komputer dengan meminta kebenaran bertulis Pustakawan Rujukan di Meja Pertanyaan. Sebuah pc telah diperuntukkan di Sudut Internet bersebelahan dengan Meja Pertanyaan; sila arahkan mereka ke situ. Keutamaan adalah diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya sahaja. 

Hakcipta @ Mohd Faizal b Rosli
Dikemaskini pada:

 

Sukakan Laman Web Ini? Beritahu kawan anda!

Nama Anda: E-mail:
Nama Kawan: E-mail:
Komen:


Cari Kata Kunci di Laman Web Faizal:


Home | About Myself | Adik-beradik
Friends | Computer Lab | Internet | Forum
Message Board | Chat Room | Links
Sign My Guest-book | View My Guest-book

Top